Bila duduk rumah lama-lama pun kita akan rasa kurang selesa. Iyalah, nak juga tengok matahari, ambil udara segar di luar atau sekurang-kurangnya tengok keadaan luar. Disebabkan kes Covid-19 yang semakin parah ni, kita semua harus berjaga-jaga tambah-tambah lagi kebanyakkan kes tidak diketahui kluster dan punca.

 

Bekerja dari rumah adalah salah satu sebab yang boleh menyebabkan seseorang rasa tidak selesa berada di rumah terlalu lama. Nak siapkan kerja hakiki, anak-anak yang meminta perhatian, memasak, berikan anak makan, tidurkan anak dan macam-macam lagi yang perlu dilakukan. Boleh buat stres tau!

 

Tapi, senaman angkat kaki selama lima minit ini boleh mengurangkan stres yang anda tanggung. Ini kelebihannya.

 

  1. Melancarkan sistem peredaran darah

Dengan mengangkat kaki, aliran darah dalam tubuh akan meningkat dan melancarkan pencernaan.

 

IKLAN
  1. Kaki terasa ringan

Kadang-kadang kita terasa berat di bahagian kaki. Ini kerana darah telah banyak terkumpul di bahagian tersebut dan alirannya kurang baik. Angkat kaki selama 20 minit dan rasai perbezaannya.

 

 

  1. Kurangkan stres

Nak kurangkan stres, perlu tenang. Pengaliran darah juga perlu berada dalam keadaan baik. Peredaran darah yang lancar membuatkan darah mengalir dengan baik ke otak dan jantung. Sebab itu kita boleh rasa tenang.

 

IKLAN

 

  1. Meningkatkan kualiti tidur

Untuk anda yang menghidap insomnia atau kesukaran tidur, boleh juga melakukan senaman ini kerana ia melancarkan peredaran darah dengan baik. tidur pun lebih nyenyak!

 

 

  1. Mengurangkan sakit belakang

Ketika melakukan senaman ini, tekanan dari bahagian belakang badan boleh membuatkan kita rasa lebih relax.

IKLAN

 

 

  1. Kurangkan rasa bengkak pada kaki dan kekejangan

Bila di rumah, kita akan banyak duduk untuk melakukan kerja. Jadi, senaman ini sangat sesuai untuk dilakukan untuk mengelakkan masalah bengkak kaki dan kekejangan. Anda juga perlukan INI untuk lebih selesa.

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI