Cantik pula tengok rumah yang ada bilik baking dalam rumah, nampa kemas dan teratur bila pandai bab susun atur ruang.
Begitulah yang dihasilkan oleh suri rumah, Puan Noraini Hashimah menerusi laman Facebook miliknya Ainie Syeema.
Bilik Baking Dalam Rumah
Mendiami rumah teres empat bilik termasuk stor, tidak menjadi masalah untuk tiga beranak dalam keluarga ini mendeko ikut idea sendiri.
Profesional baker tersebut mengakui minat dalam bidang pembuatan kek merupakan antara sebab utama beliau berbuat demikian.
Selain itu, Noraini juga tidak mahu membuatkan ruang berkenaan nampak serabut.
“Sekadar berkongsi bilik baking yang jadi tempat saya bekerja yang berjaya disiapkan dalam tempoh dua minggu. Sebenarnya ini rumah teres biasa yang dibeli memandangkan sebelum ini kami hanya menyewa.
“Awal-awal masuk rumah saya sudah cop satu bilik untuk dijadikan bilik baking. Sengaja saya tidak mahu campurkan dengan dapur,” ujar beliau yang mesra disapa Ainie Syeema.
Ads
Fokus Keselesaan Masa Makan
Pada masa sama, wanita ini mahu memberi keselesaan kepada suami dan anaknya terutama ketika waktu makan.
Oven, chiller dan peti ais sengaja diletakkan di bahagian ruang makan tepi dinding. Setiap satunya ditempatkan plug berasingan bagi tujuan keselamatan.
Ringkaskan Ruang Yang Ada
Biarpun ruang bilik yang berukuran 6 X 6 kaki itu sempit, namun dengan kreativiti dan cara ibu kepada seorang cahaya mata itu membolehkan ruang berkenaan tampak tersusun dan kemas.
Ads
“Saya memang sengaja menghias serba ringkas memandangkan ruang tersebut terhad. Pada saya, walaupun hanya baking di rumah, namun tetap kena ada susun atur supaya senang kita nak cari barang, kerja juga akan lebih teratur.
“Ruang baking ini terletak bersebelahan dengan dapur. Jadi, mudahlah untuk saya membuat kerja-kerja dalam bilik termasuklah membakar dan mencuci barang selepas selesai semua kerja,” ujarnya lagi.
Barangan untuk kegunaan kerja-kerja membuat kek tersusun kemas di bahagian rak atas. Sementara bahan-bahan seperti gula, serbuk coklat, tepung dan buttercup ditempatkan di bahagian bawah.
Ads
“Semua ada tugas masing-masing ikut kepada satu-satu keperluan. Ini kerana ada mixer atau pengadun kek yang lain-lain kegunaannya. Ada yang cantik buat cake, ada yang sesuai buat cookies.
“Selain itu, bahan untuk baking memang saya beli berasingan dengan kegunaan peribadi di dapur. Jadi, barangan tidak bercampur,” ujarnya lagi.
Pilih Konsep Terbuka
Mengulas lanjut, Ainie Syeema berkata, beliau memilih konsep terbuka yang memudahkannya melihat semua stok tanpa tersorok dalam almari atau sebagainya, selain memudahkan untuk mencari barang.
“Saya tiada sebarang tip penjagaan, cuma saya aplikasikan first in first out. Malah, saya juga mempunyai jadual berkala yang mana hari Isnin adalah hari untuk berkemas dan memeriksa barangan baking supaya tiada yang tamat tempoh.
“Selain itu, macam mana kita masuk, begitulah kita keluar. Selepas siapkan kerja, penat macam mana sekalipun kena pastikan bilik sentiasa kemas. Walaupun kita baking dalam rumah tetapi kena disiplin dalam mengemas. Kerja juga akan lebih teratur,” katanya.
Haa.. untuk anda yang baru berumah tangga dan ada plan nak buat bisnes dari rumah macam ini, boleh lah cuba deko ruang baking sendiri ya. Barulah kemas dan tak stress buat kerja. Nak masak pun, enjoy!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan hantaran pembedahan lasik RM 12,000 itu sahaja yang menjadi hantaran paling istimewa buat Dynas. Ada yang lebih menarik dari itu yang pastinya ramai tidak mempercayai. Seperti biasa dalam berbalas dulang ini, pastinya terdapat set barang kemas yang diberikan daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Tetapi kali ini sedikit kelainan untuk Dynas dan pasangannya Syazrik. Set barang kemas ini cukup bermakna bagi Dynas tidak dapat ditandingkan dengan hantaran yang lain. Megapa dan kenapa perlulah bertanyakan pada tuan badan ye…. Pesona Pengantin terpaksa menghormati permintaan tuan badan agara tidak menjelaskannya dengan lebih terperinci.
Setiap pasangan mengimpikan majlis perkahwinan yang meninggalkan memori yang bermakna. Buat pasangan Tajul Aiman Aznan dan Nor Afifah Habib Mohamed memilih majlis resepsi mereka dengan tema Night Dinner Glam Beach. Majlis resepsi berlangsung dengan penuh meriah yang dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai. Dianggarkan lebih kurang 2000 jemputan hadir pada malam tersebut.
Villa Kuchinta, Kuantan menjadi lokasi untuk majlis istimewa ini. Memilih waktu malam dan dihiasi lampu fairy light memberikan suasana tenang dan glamor. Azmi dari Dream Catcher bertindak sebagai perancang perkahwinan untuk majlis ini.
Idea lahir setelah pihak pengantin perempuan iaitu Fifi menetapkan lokasi majlis. Fifi menyukai akan dekorasi serba putih dan kombinasi rona hijau. Maka Azmi mencadangkan kepada pengantin untuk mendirikan pelamin berhadapan kolam. Ditambah dengan pemandangan yang indah mengadap pantai. Pokok-pokok kelapa menjadi penyeri majlis ditambah dengan hiasan lampu. Kebanyakan idea dari pengantin sendiri kerana dia mahukan kelainan.
Antara jenis-jenis bunga yang digunakan ialah roses, hydrangea dan daun-daun hijau. Tiada kesukaran yang dihadapi cuma bimbang hujan turun kerana majlis berlangsung di luar. ” Seminggu sebelum itu agak merisaukan kerana hujan asyik turun, Fifi cadang meletakkan khemah andai hujan turun berterusan sehingga hari majlis. Namun Alhamdulillah cuaca baik. Pada hari majlis, kami tidak memasang langsung kipas memandangkan angin sejuk dari laut. Cukup sejuk dan nyaman suasana pada ketika itu,” cerita Azmi.
Lihat dekorasi yang diilhamkan oleh Azmi dari Dream Catcher.
Sumber : pic Azmi Dreamcatcher
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tema perkahwinan sememangnya memainkan peranan yang penting bagi setiap majlis terutama pada majlis perkahwinan anda. Mesti ramai yang akan bertanyakan kepada anda “Apa tema majlis nanti?”. Bukan nak terikut-ikut trend tapi perlu juga di ingatkan agar korang memilih tema yang sesuai dengan tempat dan juga pasangan.
Tema yang telah ditetapkan untuk sesuatu majlis boleh memudahkan lagi proses pemilihan baju pengantin dan ahli keluarga, hiasan pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.
Bagi korang yang masih tiada idea tema apa yang korang akan buat nanti korang boleh baca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.
English Wedding
Di lihat sebagai perkawinan seperti di raja, konsep english wedding selalu di temui di luar negara seperti British dan America.Apabila Putera Harry dan Meghan Markle mengikat tali percintaan dalam perkahwinan diraja British, pastinya ia menjadi satu majlis yang begitu popular dan terbesar di dunia. Malah tema perkahwinan di sana sering menjadi pilihan buat pasangan pengantin. Ia tema seperti Inggeris yang dan mewah.
Tema Fairy Tale
Sumber : Kahwin life
Untuk tema fairy tale, anda boleh inspirasi dari cerita dongeng yang terkenal seperti Cinderella, Snow White dan lain-lain. Anda boleh menghias pelamin untuk kelihatan seperti berada di dunia itu dengan meletakkan kereta kuda yang berwarna putih dengan pacuan empat roda untuk membawa anda ke alam fantasi Cinderella. Ukiran kerawang yang halus di kereta kuda ini menyerlahkan lagi konsep yang ingin diterapkan. Jika si mempelai perempuan mengenakan gaun kembang pasti akan kelihatan seperti Si Cinderella yang anggun dan jelita.
Tema Pantai
Perkahwinan pantai benar-benar menakjubkan. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa pasir yang putih dan kedegaran bunyi irama ombak laut membuatkan kita merasa tenang.
Perkahwinan oceanside memerlukan perancangan yang teliti dan penyelidikan menyeluruh. Anda perlu dipertimbangkan untuk memastikan perayaan di tepi pantai anda dimatikan tanpa sebarang halangan.
Tema Bollywood
Pesta tema Bollywood bukan hanya tentang hiasan perkahwinan idea malah anda boleh menggabungkan dari tema tradisional seperti alat peraga dengan tema Bollywood, namakan menu dan minuman kegemaran anda mengikut watak-watak dan bintang kegemaran anda, atau meletakkan persembahan tarian.
Tema Tradisional Melayu
Sumber : The wedding scoop
Masih lagi relevan, perkahwinan tema tradisional melayu sememangnya masih menjadi pilihan kerana adat resamnya dari zaman dahulu lagi. Ia sentiasa menjadi pilihan sehingga ke hari ini malah, upacara yang ada di dalamnya juga masih kekal sehingga sekarang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!