Mengadakan majlis resepsi outdoor atau di luar memang penuh risiko, seperti hujan atau cuaca buruk lainnya. Namun sekiranya tema English Garden menjadi pilihan ia boleh disempurnakan di D’Tahta Wedding Shah Alam.
Nuansa taman terasa dengan dekorasi yang dibuat serba hijau dan penuh bunga, dalam suasana serba selesa dan tenang.D’ Tahta mempunyai semua kemudahan serba lengkap. Dewan untuk majlis persandingan anda dengan konsep-konsep berikut:
WHITE HALL: Dengan Sentuhan Mewah, Anggun & Glamor Simbahan Putih Gaya Inggeris.
GARDEN HALL : Dengan Suasana Penuh Kehijauan, Tenang Dan Damai Seumpama Di Taman Desa Inggeris.
Ads
Warna-warna lembut, ceria dan natural turut menambah kesan manis dekorasi pada ruang Warna-warna lembut seperti putih atau pastel kelihatan mendominasi ruang dewan. Aksesori hiasan seperti juraian manik dan motif bunga timbul digunakan sebagai latar dibahagian pelamin. Untuk tirai ini biasa diaplikasikan hanya dengan satu warna .
Ads
Setiap meja dialas dengan rona putih serta hiasan bunga bagi membangkitkan seri meja tetamu. Efek glamor dilihat apabila adanya lampu candelier tergantung menghiasi ruang dewan. Di ruang Garden Hall mewah dengan juntaian bunga-bungaan ibarat berada di dalam taman.
Ads
Foto: D’TAHTA Wedding & Events
Lihat topik menarik minggu ini di Pesona Pengantin , jam 7 malam hanya di Maya HD dan Astro Prima.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbekal kerja keras dan keyakinan yang padu Muas Mo kini dikenali sebagai perancang perkahwinan yang dikenali dalam industri perkahwinan. Muas Mo diasaskan oleh anak muda, Mohd Muas Sazwan Mohammad Mazlan, Graduan jurusan Sarjana Muda Pengurusan Majlis UiTM Puncak Alam sejak tahun 2011. Hingga kini hasil kerja Muas Mo sentiasa mendapat perhatian dengan lontaran idea-idea yang fresh dan tersendiri.
Bagaimana membina nama hingga menjadi wedding planner yang dikenali sekarang?
Jangan bersikap memilih kerja atau pelanggan , itulah yang saya praktik sepanjang dalam aliran ini. Di samping itu sentiasa mengekalkan momentum kerja yang berkualiti. Hasilkan sesuatu rekaan yang unik dan lain daripada rekaan sedia ada di pasaran. Selain itu saya percaya dengan meluaskan hubungan baik dan kenalan serta rakan-rakan dalam industri perkahwinan dapat menjadikan diri kita relevan di dalam industri.
Apakah prinsip kerja yang diamalkan ?
Saya sentiasa bersikap ikhlas dalam menghasilkan sesuatu kerja dan membuat design dengan sepenuh hati agar pelanggan berpuas hati dengan rekaan yang tercipta.
Bagaimana menghadapi persaingan di kalangan wedding planner sedia ada?
Paling penting janganlah bongkak, sentiasa bersikap merendah diri dan rajin mengkaji trend terkini. Tidak dinafikan persaingan sangat hebat. Maka kita perlu hasilkan sesuatu design yang berlainan dengan pesaing dan cipta signature sendiri. Jaga hubungan baik sesama pesaing / rakan sama bidang kerana hakikatnya saling memerlukan antara satu sama lain.
Apakah signature dekorasi oleh Muas Mo?
Jika melihat hasil kerja oleh Muas Mo kebanyakannya berorientasikan sentuhan susunan floral yang tersendiri dan unik serta perincian kerja yang kemas dan bersahaja.
Apakah rujukan terbaik bagi anda dalam mencetuskan idea dekorasi?
Kami banyak mengkaji trend-trend terbaru berkenaan dekorasi dan susunan floral dari luar negara dan juga mengkaji trend di Malaysia dan menggabungkan keduanya untuk disesuaikan dengan budaya dan penerimaan rakyat Malaysia
Bagaimana menguruskan bunga-bunga segar?
Sememangnya rumit dan perlukan teliti. Pemilihan bunga disesuaikan dengan suhu iklim sesuatu tempat majlis itu. Susunan bunga akan dibuat saat akhir bagi memaksimumkan kesegaran bunga sepanjang majlis berlangsung
Adakah Muas Mo bertumpu hanya untuk Lembah Klang?
Tidak, kami juga mengambil tempahan luar Lembah Klang jika ada kekosongan jadual
Momen paling diingati sepanjang buat kerja kahwin, kongsikan.
Momen paling indah bila bertemu rakan-rakan baik yang sama dalam perniagaan namun kami saling bantu-membantu antara satu sama lain dan sangat rapat.
Cabaran membuat majlis kahwin indoor dan outdoor
Tentunya keduanya memberi cabaran yang berbeza. Untuk majlis kahwin indoor biasanya kurang berhadapan dengan masalah yang besar namun untuk majlis outdoor, persiapan yang teliti perlu dilakukan untuk sentiasa bersedia dengan perubahan cuaca yang tidak menentu dan angin yang kuat. Jika hujan pula kadangkala barang-barang pelamin berpotensi untuk rosak dan sangat penting untuk memastikan jika membuat majlis outdoor penggunaan barang-barang yang tahan lasak berbanding setup indoor
Cabaran dalam industri perkahwinan
Cabaran bagi saya ialah untuk kekal relevan di dalam industri serta sentiasa diterima oleh pelanggan lama dan baru. Oleh itu perlunya saya untuk sentiasa menghasilkan design-design baharu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Idea kreatif kerap menjadi ikutan bagi wedding planner. Apa komen anda tentang perkara ini?
Ya tidak dinafikan di dalam industri, setiap wedding planner perlu untuk lebih kreatif mencari idea-idea baru di samping sentiasa tahu akan trend-trend terkini. Wedding planner juga perlu kreatif dari segi menggabungkan penggunaan bahan-bahan sedia ada dengan yang baharu untuk mencipta sesuatu design yang tampak fresh, unik dan terkini
Sebagai wedding planner , apa yang anda utamakan untuk kepuasan hati pelanggan?
Sudah tentu memberikan servis yang terbaik dan menghasilkan sesuatu design yang disukai untuk pelanggan sehingga mereka berpuas hati dan rasa berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Itulah kepuasan bagi seorang wedding planner.
Perancangan masa hadapan untuk kekal terus dalam industri?
Kami bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan dengan mengambil pelanggan-pelanggan seluruh Malaysia dan memandangkan kami juga mendapat permintaan yang banyak untuk menghasilkan pakej pelamin dan dekorasi pada harga yang lebih ekonomi, seiring dengan itu kami bercadang untuk mempelbagaikan lagi servis dan pilihan harga dari bajet sehingga eksklusif.
Projek terkini Muas Mo
Kami baru sahaja membuka dua lagi anak syarikat untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan servis dari Muas Mo namun pada harga bajet iaitu Bijou by Muas Mo dan juga Heirs by Muas Mo untuk pelanggan-pelanggan mendapatkan pelamin mini hasil sentuhan dan kualiti terbaik setanding Muas Mo tetapi dengan harga sangat berpatutan , mampu dimiliki oleh semua lapisan pelanggan.
Tip & nasihat buat mereka yang baru ceburi dalam industri perkahwinan
Sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, sentiasa bersemangat untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap masa, melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat dan profesional selain daripada itu, hasilkan sesuatu yang fresh dan unik bagi menyerikan lagi industri perkahwinan di Malaysia.
FOTO : NURUL NIZA & KOLEKSI PERIBADI MUAS MO
Muas Mo berkongsi DIY pelamin mudah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berbalas kasih memeterai cinta dua hati menjadi satu. Ikatan murni mengikat janji setia hingga ke akhir hayat. Gubahan hantaran kasih menyuntik romantis cinta sebagai saksi saat mempelai dua sejoli bakal disatukan. Dulang hadiah berhias bunga disua berbalut dengan penuh adat.
Aura jelita yang terpancar bersama olesan rona segar daripada palet produk jenama terkenal ini nyata tampak memukau pandangan. Kesegaran yang dirasai membuatkan raut wajah tampak berseri dengan set penjagaan kulit yang berkualiti tinggi.
Wangian cinta memberi kesegaran yang berpanjangan saat mempelai mengatur langkah ke mahligai cinta. Set perhiasan kemas daripada Swarovski ini mempertaruhkan kelainan dengan rekaan yang minimalis dan moden.
Aksesori jam tangan yang penuh bergaya dengan rona elegan ini mampu membuatkan penampilan lebih stailo. Pautan cinta lebih bermakna bersama iringan hadiah gajet yang melambangkan ikatan dua jiwa.
Jiwa seakan-akan mengerti dan hati mula berbicara saat dulang cinta diterima berisikan tas tangan daripada jenama mewah ini. Sepatu rekaan minimalis ini meraikan langkah penuh bermakna ke teratak bahagia untuk menyempurnakan jalinan cinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...