Wanita dan bebelan ibarat irama dan lagu, jika tiada lagu mana mungkin akan terciptanya irama indah bukan? Begitulah juga wanita, jika wanita tanpa bebelan umpama bunga yang tiada serinya. Tahukah anda bahawa memiliki isteri yang suka membebel bermakna isteri anda seorang yang sihat dan normal.

Sikap yang dikatakan seperti ’emak-emak’ ini sebenarnya satu perkara yang normal. Tetapi jika keterlaluan, ianya mampu mencetus perbalahan, bebelan salunya berkurangan ketika remaja, namun sikap berkenaan mampu melarat sehingga fasa perkahwinan sampaikan kadangkala membingitkan telinga suami mereka.
Bukan itu sahaja, ada juga suami yang terpaksa menahan marah apabila isteri mereka bersikap sedemikian rupa dengan terlalu kerap. Namun menerusi beberapa perkongsian ini, mungkin orang lelaki boleh melihat perkara tersebut dari sudut berbeza.

 

Terapi buat perempuan

Melalui perkongsian seorang individu bernama Hassan Muhammad menerusi Facebooknya, dia menyifatkan bahawa sifat membebel merupakan bukti tahap kesihatan wanita. Jika kita saksikan sendiri, orang wanita masih banyak bercakap meskipun sudah seharian penat melaksanakan tugas sebagai suri rumah. Namun sekiranya tiba-tiba diam tanpa sebab, suami perlu berjaga-jaga kerana itu juga tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada emosi orang perempuan.

IKLAN

Bini Kuat Bebel, Itu Tanda Dia Sihat Dan Cergas

Isteri kuat bebel, suami makin sihat

Mengikut kajian yang dibuat oleh seorang penyelidik bernama Profesor Hui Lui, siapa menduga rupanya personaliti membebel seorang isteri juga mempengaruhi kesihatan suami. Sebagai contoh sekiranya suami mengalami masalah kesihatan kencing manis dimana perlu peka dengan pengambilan ubat ataupun kawalan pemakanan, isteri yang kuat membebel akan memainkan peranannya untuk memberi peringatan secara berkala. Ini sekali gus mematahkan tanggapan bahawa kesihatan akan terjejas sekiranya kuat membebel.

IKLAN

Bini Kuat Bebel, Itu Tanda Dia Sihat Dan Cergas
Membebel bukti sikap tanggungjawab wanita

Mungkin sesetengah suami beranggapan bahawa sikap membebel itu adalah sangat menjengkelkan dan tiada kepentingan langsung. Namun tahukah anda, sebenarnya ia membuktikan bahawa wanita itu penuh dengan sikap bertanggungjawab dan sangat peka dalam memastikan keluarganya terurus. Menerusi artikel The Asian Parent juga, isteri kuat membebel juga petanda dirinya dipenuhi dengan rasa penyayang.Gambar sekadar hiasan

IKLAN

Jika isteri anda seorang yang suka membebel, itu bermakna isteri anda seorang yang sangat sayangkan anda dan seorang yang bertanggungjawab!

KREDIT : Facebook Muhammad Hassan

 

***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI