20190521-104512-0000-5b4a9a00e430d8da47c85e8e6d054e50

Ini lima ubat patah hati buat anda yang rasa macam dah tak ada masa depan bila putus cinta.

Boleh Patah Hati Tapi Jangan Beriyer! Mungkin Dia Bukan Yang Terbaik

1. Jangan mendramatik-kan keadaan
Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama.

Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis.

Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?

2. Putus asa itu dosa
Ingat bahawa berputus asa itu dosa.

Rasulullah bersabda:

IKLAN

Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.”

—HR. Al Bazzar dan Thabrani

3. Jangan Menyendiri
Kamu jangan menyendiri.
Cari teman-teman yang dapat support dan yang dapat membuat kita bangkit lagi, bukan yang menjatuhkan kita pula.

4. Perbanyakkan Kegiatan Positif
Kita harus sering bergerak. Lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan.

IKLAN

Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah.

Insya Allah dapat melupakan pahitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang kita sangka.

Boleh Patah Hati Tapi Jangan Beriyer! Mungkin Dia Bukan Yang Terbaik

5. Bersyukur, Berusaha dan Doa
Kalau kita putus dari ikatan couple, itu bererti kita terbebas dari perbuatan mendekati zina.

IKLAN

Kita harus bersyukur.

Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja,tak perlu bercouple / bercinta sebelum kawin ni.

Buktikan kita serius.

Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu tidak matching dengan Kita. Kita belum ada rezeki, cuba lagi.

Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat kita. Pasti!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI