Teruja melihat deko hasil sepasang suami isteri, pilih gaya minimalis untuk sedapkan mata memandang dan dapatkan ruang yang lebih luas.
Pemilik rumah, Dya Zakira dan suami fokus untuk ruang nampak kemas dan teratur susun atur perabut dan begitu juga dengan pemilihan warna dan aksesori kediaman.
Pilih Minimalis
Kongsinya, “Alhamdulillah 2024 genap setahun kami huni #rumahkecilku #syurgaku Main deco-deco bersama suami, suka tengok dalam FB rumah deco cantik-cantik untuk cari idea dekorasi, jadi tercipta lah deco minimalis rumah kami.”
Idea Dekorasi Suami Isteri
Menariknya, segala dekorasi rumah adalah idea bersama suami isteri, tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman.
Namun, pemilik menjadikan dekorasi Pereka Hiasan Dalaman terkenal, Anis Syuhada sebagai sumber inspirasi dan idea mereka suami isteri dalam menghias rumah.
Ads
Barang-barang dekorasi dan aksesori rumah pula kebanyakkan dibeli dari Shoppe, IKEA dan SSF.
Dalam menyusun atur dekorasi rumah, pemilik berpendapat jika memiliki keluasan yang kecil, mengurangkan barang-barang yang tidak perlu dan mempunyai kabinet untuk meletak barang-barang kecil seperti kuali, periuk dan sebagainya membuatkan perkakasan dan barangan nampak lebih rapi tersusun.
Pilih Kemasan Lantai Jubin & SPC
Pemilik juga mempunyai alasan tersendiri dalam mengekalkan kemasan jubin pada lantai dan memasang SPC pada ruang tertentu di rumah.
“Saya beli rumah ni, ruang tamu luar tiles dah cantik. Itu yang saya pasang SPC di dapur, tangga, bilik tetamu dan bilik anak sahaja.
Ads
“Bagi pendapat saya kalau buat full rumah guna SPC, ruang rumah nampak sedikit sempit berbanding pasang tiles. Mungkin sebab effect kilat tiles,”ujarnya.
Untuk ruang dapur pun memang kurangkan barang, kemudian pastikan di tempat asal. Tidak terlalu memerlukan peralatan gantung di dinding pun. Barulah nampak kemas!
Jadi suami isteri yang baru masuk rumah, boleh rujuk idea deko minimalis ini untuk nampak ruang lebih luas dan tersusun rapi. Apa yang penting, suami isteri sama-sama buat dan berminat untuk dekorasi rumah bagi nampak cantik berseri.
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kasihan pengantin kena tipu mudah-mudah oleh pihak catering, pada saat tiba-tiba langsung tak beri maklum balas mengenai persiapan hidangan kepada tetamu.
Jalan akhir, keluarga pengantin terpaksa masak sendiri untuk melancarkan majlis perkahwinan keesokan harinya.
Pengantin Kena Tipu RM13K
Abang kepada pasangan pengantin terbabit, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, dalam kenyataan menerusi Facebook berkongsi, sepatutnya catering itu menyediakan hidangan untuk 1,000 tetamu dan pelamin. Tetapi kosong!
Akibat kejadian itu, keluarganya kerugian RM13,000 bagi majlis perkahwinan yang berlangsung semalam di Dewan Maktab Rendah Sains MARA Serting.
“Untuk makluman semua, kami telah menjadi mangsa penipuan. Katerer ditempah oleh adik kami tidak hadir. Banyak kali kami cuba call (telefon) tapi tiada respons.
“Jadi kami adik-beradik memilih masak sendiri. Hanya kemampuan kami siapkan dalam anggaran 400 pax (bungkus) makanan… itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman,” katanya.
Buat Laporan Polis
Burhanuddin turut memaklumkan pihaknya telah membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol pada malam sebelum majlis berkenaan.
Keluarga pengantin ini juga bercadang mengajukan kes berkenaan ke peringkat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia atau merujuk kes ke pihak peguam.
Besar ujian pengantin ini, moga selepas ini kehidupannya dipermudahkan dalam segala hal. Buat anda yang bakal buat majlis, beringat sama jangan sampai terkena nasib yang sama. Pastikan betul-betul kenal dengan pihak catering atau mungkin boleh semak dengan pelanggan sebelumnya.
Perempuan bila dah berkahwin, dunianya adalah suaminya. Hilang kawan-kawan bukan kerana tak mahu berkawan tetapi tiada masa untuk menyembang seperti sebelum jadi milik orang.
Terlalu banyak di bahunya yang patut dia uruskan. Begitulah realiti, nak lagi faham cuba baca perkongsian daripada Anna Anggat ini.
Perempuan Bila Kahwin, Dunianya Hanya Suami
Saya tak faham bila suami zaman sekarang (tak semua) lebih gemar membiarkan isteri untuk berdikari. Uruskan semuanya sendiri. Dari urus anak sampai lah urus emosi sendiri.
Tanpa sedar, lebih ramai sebenarnya isteri tertekan zaman sekarang. Jangan bandingkan zaman mak-mak nenek-nenek kita dulu ya. Zaman dulu Dan sekarang sangat berbeza.
Tapi Itulah, martabat wanita direndahkan. Teremosi dikatakan mengada. Tekanan dikatakan sengaja buat-buat.
Isteri terlalu berdikari, suami pula selesa dengan menganggap isteri nya boleh buat semua. Isteri yang terbiasa “sendiri” lama-lama tidak lagi meletakkan suami sebagai keutamaan dalam membuat keputusan.
Bila Terlalu Berdikari
Isteri yang terbiasa “merawat” diri sendiri juga lama-lama anggap kehadiran suaminya tidak lagi penting. Ibarat kau ada atau tak ada. Sama sahaja.
Saya bekerja dalam persekitaran hari-hari saya akan dengar masalah orang. Perkahwinan bukan untuk meletakkan sepenuhnya tanggungjawab pada satu pihak.
Ye lah. Buat anak kan sama-sama, jadi rumahtangga juga tanggungjawab sama-sama. Tak mampu urus anak sama-sama, sekurangnya urus lah emosi isteri. Dari jauh pun boleh, lebih daripada cukup buat isteri recharge.
Namun ada yang sedih, ada yang anggap emosi isteri tidak penting. Isteri yang gembira akan menghasilkan ibu yang gembira pada anak-anak.
Jadi renungkan situasi ini, risau dek kerana masing-masing sibuk sampai lupa menghargai seorang isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua bintang terkenal Korea ini bersatu dalam sebuah majlis pernikahan tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja. Majlis pernikahan pasangan ini dilakukan di sebuah gereja yang terletak di wilayah Gyeonggi, Korea Selatan, manakala majlis resepsi pula dilangsungkan di Paradise City’s Banquet Hall. Dewan tersebut dihias cukup menarik dengan berkonsepkan perkahwinan seperti dalam filem ‘Twilight’ lakonan Kirsten Stewart dan Robert Pattinson.
Taeyang kelihatan kacak dalam persalinan tuksedo hitam manakala Min Hyo Rin pula mengayakan gaun potongan kemban ballgown dalam rona putih gading dengan perincian bungan 3d.
Dekorasi perkahwinan pasangan ini yang berlatarkan warna-warna alam semulajadi cukup menampakkan kesegaran dan juga kemewahan tanpa kelihatan terlalu sarat. Konsep lantai karpet rona hijau seolah-olah menggambarkan rumput di taman.
Pasangan ‘power couple’ di dalam insdustri hiburan di Korea Selatan ini telah mula bercinta lebih empat tahun lalu dan mereka dilihat begitu merahsiakan perkahwinan biarpun telah melakukan sesi penggambaran istimewa pra-perkahwinan untuk majalah Dazed Korea sehinggalah rakan-rakan terdekat yang memuat naik gambar-gambar sekitar majlis mereka di laman instagram.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!