Sesiapa sahaja tidak suka melihat wajah penuh dengan jerawat dan noda hitam. Ini adalah salah satu sebab mengapa keyakinan diri berkurangan. Jangan pandang rendah akan masalah ini, ada sesetengah orang rasa sangat ‘down’ bila berhadapan dengan masalah jerawat dan parut jerawat.

Terlalu banyak produk diluar sana yang menjanjikan keberkesanan, namun yang mana satu harus dipilih? Adakah ianya selamat digunakan dan bahan-bahannya selamat untuk kulit anda?

Image result for buah pic jerawat

Jika anda rasa ragu-ragu dengan produk luar, apa kata anda cuba cara semulajadi ini. Jika anda sering mendengar petua hilangkan jerawat menggunakan bahan dapur seperti kulit kayu manis, cengkih, kunyit dan sebagainya, buah adalah salah satu bahan yang sesuai untuk mengatasi masalah anda.

Buah yang dimaksudkan itu adalah buah pic, Selain enak dimakan, ia boleh dijadikan bahan untuk kecantikan kulit. Siapa sangka buah yang enak dimakan mampu menjadi bahan yang selamat digunakan bagi merawat masalah wajah.

Buah ini mampu menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan penghasilkan sel kulit baru. Ini kerana ia mengandungi AHA (alpha-hidroxy acid) yang sangat baik untuk menghapuskan jerawat, noda hitam, bekas parut dan mengecilkan pori-pori.

Jadikan ia sebagai masker yang sangat berkesan.

Caranya seperti berikut:

1. Kupas sebiji buah pic.

IKLAN

2. Rebus hingga lembik. Kemudian hancurkan menggunakan garfu.

3. Campurkan madu dan juga oat sehingga pekat.

4. Oles pada wajah selama 10 minit. Cuci bersih bersih.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, lakukan rutin ini dua minggu sekali. Sekian petikan dari wanista.com

Selain itu, buah yang bersaiz sebesar epal ini dan mempunyai warna merah jambu kekuningan mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan. Antaranya adalah:

1. Setiap biji pic mempunyai jumlah kalori yang rendah iaitu hanya 39 kalori bagi setiap 100gram pic, menjadikannya sebagai pilihan snek yang sihat bagi mereka yang gemar mengunyah. Ia mengenyangkan tanpa sebarang lemak.

IKLAN

2. Kaya dengan vitamin A, vitamin C, mineral dan antioksidan. Pengambilan pic secara konsisten boleh meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit berjangkit dan radikal bebas.

Image result for hapus jerawat

3. Memiliki karotin yang membantu memelihara kesihatan mata, membran mukus dan kulit. Makan makanan tidak diproses yang kaya vitamin A juga mampu melindungi kesihatan paru-paru.

4. Kaya dengan potasium, fluorida dan zat besi. Zat besi penting untuk pembentukan sel darah merah. Fluorida penting untuk kekuatan tulang selain mengelak kerosakan gigi. Potasium adalah komponen penting bagi sel tubuh serta mempunyai peranan menyeragamkan degupan jantung serta tekanan darah.

5. Kaya dengan antioksidan dan flavonoid seperti lutein, zeaxanthin dan B-cryptoxanthin, yang berperanan membantu melawan radikal bebas serta penyakit.

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : hellodoktor.com