Hubungan jarak jauh ni bukan mudah. Hanya orang yang kuat je mampu melalui perjalanan ini. Buat yang sedang melalui hubungan jarak jauh, jangan mudah putus asa, ini tip buat korang ubat rindu
1. TERUS BERHUBUNG
Biar hanya seketika pastikan anda berdua akan terus berhubung setiap kali sebelum menamatkan hari-hari anda. Skype, Google Talk atau panggilan sekadar lima minit pun memadai mahupun hanya ucapan selamat malam. Ini bukti cinta anda masih utuh buatnya.
Namun usah lakukan kerana terpaksa dan pastikan anda sentiasa ada setiap kali si dia mahu berkongsi cerita. Selagi pasangan anda masih mahu berhubung maknanya si dia masih lagi serius untuk meneruskan hubungan yang dijalin walau jarak waktu dan masa memisahkan anda berdua.
2. EKSPRESIKAN PERASAAN BUAT SI DIA
Sedangkan pasangan yang sering bersama pun kadang sukar untuk menyatakan perasaan sebenar apatah lagi mereka yang bercinta jarak jauh. Namun ada cara bagaimana anda boleh memperbetulkan situasi ini. Dr. Gary Chapman menerusi artikelnya ‘The Five Love Languages for Singles’, menyatakan cara terbaik meluahkan perasaan adalah dengan pemilihan kata dan ayat yang betul kepada pasangan anda.
Ads
Usah mudah terlarut emosi ketika menyatakan sayang atau rindu kerana itu belum tentu akan membuat pasangan anda selesa malah lebih teruk merimaskan. Apa yang boleh dilakukan, hantarkan kiriman kata-kata pujangga cinta melalui e-mel berserta lagu yang tepat dengan perasaan anda ketika itu. Hal ini merupakan salah satu saluran yang boleh anda lakukan untuk mengekspresikan perasaan kepada si dia.
3. TULUS DAN SETIA
Syarat pertama harus jujur dan telus. Tiada apa yang boleh kekal lama tanpa ketulusan juga ketelusan dalam mengukuhkan sesuatu perhubungan. Jika syarat ini tidak berjaya dipegang kedua-dua belah pihak maka kasih dijalin hanya sekadar di permukaan, sama ada kerana takut putus atau sekadar bermain tarik tali.
Ads
Dr. Greg Guldner, pengarang ‘Long Distance Relationship : The Complete Guide‘ menyatakan 70% daripada pasangan yang mengalami epidemik cinta sebegini selalunya gagal dalam mempertahankan perhubungan kerana tidak mampu membiasakan diri dengan perubahan yang berlaku bila berhadapan dengan situasi baru ini.
4. BERIKAN KEJUTAN
Kejutan manis buat si dia adalah perkara yang sentiasa boleh anda fikirkan. Tidak salah wang yang anda laburkan setiap kali keluar bersama dulu dikumpul dan gunakan untuk memberi kejutan dengan mengunjungi si dia yang jauh. Hal ini pasti saja akan memberi keterujaan kepada pasangan selain menjadi bukti sayang kepada si dia.
Ads
Jika masih belum mampu untuk melakukan perkara tersebut banyak kejutan lain boleh diberi seperti mengirimkan CD band tempatan kegemarannya atau membuat kolaj memori, kompilasi komunikasi anda berdua di media sosial seperti Yahoo Messenger dan jadikannya satu himpunan seakan cerpen. Pasti akan membuat si dia tersenyum kembali ketika membacanya.
5. RAIKAN MASA SENDIRI
Cipta hobi serta minat baru agar masa lapang yang selalunya anda habiskan bersama si dia terisi. Dekatkan diri dengan aktiviti kesukaan anda seperti membeli-belah, bersukan atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Aktiviti begini mampu menukar duka sendiri anda selain memberi pengalaman berbeza ia juga pasti akan membikin si dia ingin tahu lebih lagi tentang aktiviti yang anda lakukan. Elakkan dari bersendirian dan ia boleh menyebabkan anda sentiasa teringatkan si dia. Penuhi hari demi hari anda dengan aktiviti berfaedah dan boleh menceriakan hari anda!
Kredit : Apakes
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap orang akan mengalami stress dalam hidup, yang membezakannya adalah sejauh mana kita mengatasinya. Ada sesetenagh orang dapat mengatasi stress dengan baik, mana kala ada yang tewas kerana terlalu stress dan akhirnya menemui jalan buntu.
Stress adalah satu perasaan yang normal, namun jika tidak dikawal dengan betul, ianya mampu memudaratkan diri kita. Tahukah anda, jika anda tidak tahu menangani stress anda, kemungkinan besar anda akan mengalami masalah penuaan yang teruk.
Menjadi seorang isteri dan juga ibu bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, ramai ibu-ibu yang tidak tahan jiwanya kerana tekanan men jadi suri rumah dan ibu kepada anak-anak. Namun sebagai seorang muslimah, sudah pasti akan menerima ketentuan dengan lapang dada dan bersyukur dikurniakan keluarga bahagia. Namun, bukan mudah ya menjadi seorang ibu.
Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar ekologi dari Universiti Dundee, Scotland mendapati, tekanan yang melampau boleh menyebabkan wajah seseorang menjadi hodoh.
Hal ini kerana mereka yang tertekan akan membebaskan hormon kortisol dalam jumlah yang tinggi sehingga menjadikan wajah menjadi tidak menarik akibat kerutan dan seterusnya kelihatan pucat serta tidak sihat.
Dr. Fhionna Moore yang mengetuai kajian itu berkata, sekiranya kortisol ini dikeluarkan dalam jumlah yang terlalu tinggi, ia juga akan membahayakan kesihatan.
Kajian dijalankan ke atas dua individu dengan mengambil sampel air liur mereka untuk menyukat bilangan kortisol yang dijumpai. Selepas itu, gambar mereka dirakam menggunakan sebuah kamera.
“Kami mendapati, kortisol yang terlalu banyak dalam air liur individu yang tertekan menjadikan wajahnya kelihatan kurang menarik berbanding seorang lagi individu yang jumlah kortisol dalam air liurnya adalah lebih rendah kerana kurang tertekan,” katanya.
Bukan mudah untuk mengawal tekanan perasaan, ramai yang telah tewas kerana mengalami masalah tekanan dan akhirnya menemui jalan buntu. Bahaya tekanan melampau ini apabila ianya tidak diluahkan dan terpaksa menanggungnya seorang diri.
Jangan biarkan tekanan perasaan menganggu emosi anda dan sekaligus mengawal anda. Jika anda tidak mengawalnya dengan baik, ianya mampu memberi kesan kepada diri anda dan orang sekeliling anda. Sekian petikan dari hanasuva.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hakikatnya semua rumah tangga ada masalah cuma yang bezanya macam mana kita handle dan bawa sesuatu isu sampai kepada titik penyelesaian.
Begitulah untuk mempertahankan sebuah cinta suami isteri, nak lagi faham boleh renungkan padangan saudara Firdaus Shakirin ini.
Semua Rumah Tangga Ada Masalah
Rumah tangga ni, bila banyak isu yang tak ada penyelesaian bersama.
Maka, end up akan hilanglah persefahaman. Bohonglah kalau kata, kau tak faham pasangan, pasangan tak faham kau, tapi boleh pula hidup bersama beranak pinak bertahun-tahun.
Atas dasar “persefahaman” apa kita bentuk dan bina keluarga kita sebelum ni?
Bila ada isu antara kita dan pasangan, seorang nakkan pilihan A, yang seorang lagi nak pilihan B. Cuba berbincang, cuba lagi cari yang mana ada titik persamaan, akhirnya tak dapat-dapat.
Masing-masing ada alasan kenapa bertahan di sebalik pilihan masing-masing dan masing-masing juga menganggap yang pilihan itu terbaik untuk dirinya atau diri pasangannya.
Berbincang hanya menyebabkan perbalahan. Berbincang hanya mengeruhkan lagi keadaan sebab tak dapat titik dimana dua-dua boleh bagi persetujuan untuk satu penyelesaian.
Maka disini, “hilang persefahaman” bersama sebab ada isu yang gagal mencapai kata putus, win-win untuk keduanya.
Nak Bertahan Kena Berbincang
Sayang sebenarnya andai rumah tangga yang kita bina bertahun-tahun diakhiri dengan isu yang kita tak dapat cari penyelesaian.
Penyelesaian itu adakalanya perlu datang dari pihak yang mampu menerima sesuatu pandangan untuk hubungan itu berubah ke arah yang lebih baik lagi.
Setiap rumah tangga ada masalah, andai kita mampu selesaikan masalah bersama, maka rumah tangga itu mampu kekal lagi.
InsyaAllah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sahaja mereka membina otot dan kekuatan pada quadriceps, hamstrings dan betis, mereka juga mewujudkan persekitaran yang ideal di seluruh badan. Selain daripada melepaskan testosteron dan pertumbuhan hormon, squats menyediakan persekitaran yang sangat anabolik untuk semua kawasan lain berkembang apabila sudah terlatih. Jika anda mahu untuk meningkatkan jisim otot dan kekuatan dalam semua bidang, squats/mencangkung akan membantu anda sampai ke sana.
Squats membakar lebih banyak lemak
Otot membakar lemak. Lebih banyak otot membakar lebih banyak lemak. Mencangkung adalah cara yang sangat berkesan untuk membakar lebih banyak lemak. Lebih banyak otot yang anda ada di tubuh anda, lebih banyak kalori anda akan membakar semasa latihan dan semsa berehat. Jika anda ingin mendapatkan tubuh tanpa lemak, teruskan usaha mencangkung anda.
Squats sangat berfungsi untuk kesihatan badan
Ya, mencangkung gaya sekolah lama akhirnya telah disebut dan berfungsi dengan sangat bagus. Orang selalu fikir squats/mencangkung adalah latihan yang dikhaskan untuk atlet dan ahli bina badan peringkat tertinggi sahaja,tetapi mencangkung telah menjadikan ianya dari satu pergerakan senaman yang selalu dielak kepada salah satu latihan senaman yang sangat berfungsi penting. Mencangkung boleh dikaitkan dengan pelbagai aktiviti kehidupan sebenar yang membantu untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan kecekapan dalam kehidupan seharian.
Squats membantu mengekalkan mobiliti
Dengan hanya meningkatkan kekuatankeseluruhan bahagian badan yang lebih rendah, squats membantu mengekalkan mobiliti . Tambahan pula, dengan melakukan squats dalam pelbagai cara yang boleh menguatkan otot kaki membolehkan anda membantu mencegah kelemahan dan meningkatkan kekuatan semasa melakukan sebarang aktiviti mudah alih yang berprestasi tinggi.
Squats mengekalkan keseimbangan
Mewujudkan lebih keseimbangan seterusnya akan memudahkan lebih banyak kekuatan dan membantu anda untuk membangunkan lebih banyak jisim otot . Ini juga menterjemahkan kepada pergerakan lain seperti deadlifts, Barbell bent over, push press, clean and press untuk bahagian atas badan dan membantu mewujudkan asas keseimbangan dan fungsi untuk bahagian badan lain yang lebih rendah seperti lunges, single leg squattsi dan leg pressess
Squats meningkatkan prestasi
Bukan sahaja squats akan memberikan kekuatan pada kaki anda, ia juga akan meningkatkan prestasi dengan membantu anda melompat lebih tinggi dan berjalan lebih cepat. Ini penting bagi mereka yang terlibat dalam sukan sama ada untuk pemain berpasukan ataupun merekan yang betanding pada hujung minggu. Squats berkhidmat untuk meningkatkan prestasi yang merangkumi pelbagai sukan (bersama-sama dengan keseimbangan dan pergerakan). Mereka benar-benar senaman yang amat bagus dan diterima satu dunia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!