Setiap pasangan yang berkahwin tentu mahu memiliki zuriat masing-masing. Pelbagai usaha akan dilakukan demi mendapatkan zuriat, lebih-lebih lagi jika usia perkahwinan sudah melebihi 5 tahun. Rezeki semua di tangan Allah dan pasti ada hikmahnya jika kita masih dikurniakan rezeki.
Namun, buat pasangan yang masih berusaha untuk hamil, cuba amalkan doa yang dikongsi oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin ini. Semoga doa ini membantu anda dan teruskan berusaha. Jika tidak hari ini, mungkin esok lusa Allah akan memakbulkan doa kita.
*****
Di sini saya nak kongsikan lagi pada yang nak Ikhtiar zuriat..
Saya ajarkan lagi salah satu ikhtiar doa untuk hamil…
Jika anda ada masih ada Ibu…Minta tolong ibu anda doakan dan buatkan..Kerana doa seorang ibu kepada anak adalah doa wali Keramat pada anak…Jika tiada ibu minta ayah buatkan..Jika tiada ibu ayah minta Ibu Ayah mertua buatkan…
Jika ada kawan yang sedang hamil bagus minta mereka buatkan…Doa ibu hamil ini adalah salah satu doa yang makbul juga..
Jika ada anak yatim minta anak Yatim buatkan..Akhir sekali minta suami buatkan dan kita sendiri yang buat….
Ads
Cara nya mudah sahaja…
Ambil air suam segelas lalu baca…
Al Fatihah 1x
Al ikhlas. 3x
Ali- Imran Ayat 38 satu kali..
Al-Anbiya Ayat 89 satu kali
Selawat 3x…
Kemudian tiup kan pada air suam tersebut…
Sebelum minum minta doa lagi…
(Jika minta Doa Ibu ,minta Ibu doakan Cara Doa Ibu sendiri) Jika kita sendiri buat ikut doa di bawah:
Ya Allah …
Ads
Aku Ingin Hamil… Engkau Permudahkan lah Rezeki Dan Urusanku.. Ya Allah Aku Ingin Hamil… Berkatilah Langkahku.. Ya Allah Aku Ingin Hamil … Kau Kurniakan lah Aku Zuriat Agar Aku Dapat Menikmati Bagaimana Menjadi Seorang Ibu… Semoga Saat Itu Pasti Akan Tiba… Aamiin Yaa Rabbal Allamiin..
Lepas tu minum…Buat la setiap hari …Bagus juga amalkan ketika waktu subur untuk isteri..Suami pun minum sama…
Cuba la kita Ikhtiar …
Mana tahu Allah dengar doa kita semua di Bulan yang mulia ini…
Ads
Amalkan juga doa ini ketika setiap kali lepas solat…Tapi Jangan lupa pesan saya kat atas cuba minta ibu anda buatkan..Minta dia doakan sendiri..Itu adalah Doa wali Keramat untuk anda…Tambah lagi bulan Ramadhan ini pintu syurga terbuka luas… Allahuakbar…
Moga cara ini dapat memberi #Hadiah yang anda inginkan ketika ini …
Ya Allah… Permudahkan lah…
Ya Allah… Berikanlah mereka Cahaya mata..
Ya Allah .. Berikanlah Mereka merasa menjadi SeorangIbu Dan Ayah..
Ya Allah… Makbulkan lah segala permintaan Mereka..
Apa hukum suami selalu merajuk, bersikap dingin dan tidak menghiraukan isteri? Suami juga sering menyakiti hati isteri dengan kata kata nya. Berhakkah isteri menuntut cerai kerana ditakuti dharar dari segi aqal di kemudian hari?
JAWAPAN:
Pada asalnya tidak boleh bagi seseorang wanita menuntut cerai sewenangnya daripada suaminya kerana itu ialah akhlak yang buruk. Daripada Thauban RA, bahawa
Maksudnya: Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa alasan makan haram baginya bau syurga.
Hadis riwayat Imam al-Tirmizi (1187) dalam Sunan dan beliau menghasankannya.
Melihat kepada situasi di atas, hal demikian masih boleh dibincangkan bersama dengan kesabaran dan hikmah bijaksana. Tidak sepatutnya cerai terus dijadikan sarana untuk menyelesaikan masalah. Ini kerana Iblis bersukacita dengan kejayaan tentera-tenteranya yang berjaya menceraikan suami isteri. Daripada Jabir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Sesugguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air lalu menyeru sekalian tenteranya. Maka di bawahnya ialah tentera yang paling besar pengaruh fitnahnya. Datang seorang daripada mereka mengadap Iblis, seraya berkata: “Aku telah berbuat sekian sekian.” Iblis menjawab: “Kamu tak buat apa pun.” Kemudian datang seorang lagi tenteranya lalu berkata: “Aku tidak akan tinggalkan dia (mangsaku) sehingga aku berjaya memisahkan antara dia dan isterinya. Iblis membalas: “Kamu hebat!”.
Hadis riwayat Imam Muslim (2813)
Justeru, gunalah sarana yang lebih baik seperti bersemuka, atau menggunakan wakil atau hakam daripada kalangan keluarga atau orang yang dipercayai menjadi orang tengah. Baik juga jika dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing untuk khidmat nasihat dan kaunseling.
Adapun dalam keadaan yang tidak boleh dieelakkan, boleh bagi wanita itu meminta cerai jika berlaku dharar seperti:
Kegagalan suami untuk menyediakan hak isteri seperti nafkah, pergaulan yang baik, dan tempat tinggal yang stabil. Isteri yang tidak diberikan hak yang disebutkan itu boleh memilih sama ada bersabar atau memohon perpisahan. Rujuk al-Mughni oleh Ibn Qudamah (8/204).
Suami itu menghina isterinya dengan memukulnya tanpa sebab yang sah, melaknatnya dan memaki hamunnya dengan bahasa kesat. Ini termasuklah memboikotnya tanpa alasan syarak, memukulnya, dan memaki seperti mengatakan “engkau anak anjing”, “engkau anak laknat”, “engkau anak kafir” dan sebagainya. Rujuk Hasyiah al-Dusuki ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/345)
Suami suka bermusafir lama seperti 6 bulan dan isteri itu takut dirinya tidak dapat mengawal fitnah, yakni keperluan syahwatnya. Imam Ahmad pernah ditanya berapa lama seorang suami boleh meninggalkan isterinya kerana musafir? Jawabnya: 6 bulan.
Rujuk al-Mughni oleh Ibn Qudamah (7/305)
Suami itu dipenjara dalam suatu tempoh masa yang lama dan isteri itu menderita kerana darar akibat perkara itu dan menuntut cerai. Pendapat Malikiyyah menunjukkan menuntut cerai itu dibolehkan kerana dianggap hilang tanpa uzur selama setahun. Rujuk Mausu’ah al-Kuwaitiyyah (29/67).
Suami berpenyakit mandul, tiada daya seksual, atau sakit berbahaya dan seumpama dengannya.
Suami berperangai fasiq lagi buruk dengan dosa-dosa besar seperti melakukan perkara syirik, tidak solat dan berpuasa dan isteri telah bersabar lama setelah menasihatinya. Syeikh Ibn Uthaimin pernah ditanya tentang isteri yang meminta cerai dari suami yang penagih dadah kerana takut pengaruh buruknya kepada keluarga. Syeikh menjawab menuntut cerai itu dibolehkan.
Timbul kebencian melampau dalam hati isteri walaupun tidak diketahui puncanya. Berkara Syeikh Jibrin: “Keadaan seperti ini sunat bagi suami itu menceraikannya jika dia melihat daripada keadaan isteri itu kegagalan menahan diri, bersabar yang mana membawa kepada cerai khulu’ kerana permintaan cerai itu berpunca daripada kegelisahan dalam hatinya dan tiada dosa atas demikian itu.”
Si suami menghalang isterinya daripada berjumpa keluarganya khususnya ibu bapanya.
Selain itu penanya juga boleh merujuk Seksyen 52 Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303:
(1) Seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, iaitu—
(a) bahawa tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun; (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan; (c) bahawa suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih; (d) bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun; (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk; (f) bahawa suami telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit; (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu; (h) bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain— (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya; atau (ii) berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak; atau (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah; atau (iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu daripada menggunakan haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu; atau (v) menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya; atau (vi) jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak Hukum Syarak; (i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya; (j) bahawa isteri tidak memberi keizinan akan perkahwinan itu atau keizinannya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak; (k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguhpun berkebolehan memberi keizinan yang sah, adalah seorang yang kecelaruan mental, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ord. 31 tahun 1952] bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau Ordinan Lunatik bagi Wilayah Persekutuan Labuan [Sabah Bab 74] dan kecelaruan mentalnya adalah daripada suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; (l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah sediakan duit raya atau belum? Baru kahwin atau lama sudah berumah tangga, tetap kena ada. Bukan paksaan tetapi ini cara nak eratkan hubungan juga.
Maklumlah, budak-budak jenis ingat. Siapa yang memberi pun memang akan dikenang. Tak perlu banyak pun, sesekali jumpa boleh lah ajar memberi pada sanak-saudara di hari yang mulia.
Sediakan Duit Raya
Namun seorang wanita berkata dia berasa kurang senangnya untuk beraya pada tahun ini apabila memikirkan tentang duit raya.
Meluahkan di laman X, wanita itu berkata dia berasa malu apabila pemberian sedekah RM5 pada lebaran sebelum ini menjadi pertikaian salah seorang saudaranya yang lebih kecil.
Rata-rata netizen menasihati wanita berkenaan agar tidak terlalu memikirkan tentang perihal kanak-kanak yang sepatutnya bersyukur menerima setiap pemberian.
Tak Wajib Pun, Janji Ikhlas
Sebenarnya, pemberian duit raya bukanlah satu perkara wajib tetapi ia sudah menjadi satu budaya dalam kalangan kita.
Jadi, perancangan harus dibuat bagi memastikan agar pemberian duit raya tidak membebankan diri sendiri sempena menyambut perayaan.
Pakar kewangan, Adam Zubir pernah berkongsi tiga tip untuk anak muda yang pertama kali mahu memberikan duit raya.
1. Bajet
Tetapkan bajet yang anda ingin keluarkan untuk dijadikan sebagai duit raya.
Mulakan dengan orang yang terdekat seperti anak-anak sendiri, anak buah serta ibu serta bapa.
2. Gunakan sampul berbeza
Masukkan duit raya terlebih dahulu menggunakan sampul-sampul tertentu seperti warna yang berbeza.
Kaedah ini memudahkan kita untuk membezakan jumlah duit raya diperuntukan kepada individu tertentu termasuklah ibu dan bapa.
3. Tujuan
Pastikan anda ketahui niat utama kenapa duit raya ini diberikan.
Anggaplah setiap wang yang diberikan itu sebagai satu sedekah amal jariah sebagai Muslim.
Haa… semua tip ini bukan sahaja memudahkan anda untuk menguruskan perbelanjaan tetapi juga dapat mengelakkan daripada anda menjadi pokai akibat tersalah pengiraan bajet yang dikeluarkan untuk duit raya.
Raya biar bersederhana, janji ikhlas!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kosmetik mesra wudhu” kerana banyak sangat produk sekarang yang mesra wudhu’? Kebimbangan saya adakah ia sekadar untuk menghalalkan suatu yang tidak dibolehkan oleh syarak sebab itu ia dipanggil mesra. Adakah ia halal disebabkan tidak najis dengan halal menggunakan bahan kosmetik berdasarkan hukum.
(Gambar sekadar hiasan)
Jawapan:
Terima kasih kerana bertanya. Berkenaan dengan definisi kosmetik mesra wuduk, kami mendapati istilah ini tidak ada dalam Kamus Dewan yang boleh kami rujuk. Namun begitu, kami rumuskan konsep “mesra wuduk” dalam artikel kami, Bayan Linnas Siri Ke- 88: Isu Kosmetik Mesra Wuduk, sebagai bahan kosmetik yang memiliki ciri berikut:
Produk kosmetik yang mudah ditanggalkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.
Produk kosmetik yang telap air yakni tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit, seperti minyak zaitun dan warna inai.
Berdasarkan rumusan di atas, maka terkeluarlah daripada senarai yang diharuskan, bahan-bahan kosmetik yang kami dimaklumkan menggunakan konsep mesra wuduk tetapi sebenarnya bukan dan mengelirukan pengguna. Contohnya, seperti penggunaan bulu mata palsu yang dilekatkan dengan menggunakan gam yang pastinya menghalang air untuk sampai ke bulu mata dan kulit. Kami tegas menyatakan hukum penggunaannya adalah haram kerana menghalang taharah bahkan bertambah haram apabila melibatkan penyambungan bulu atau rambut yang ditegah oleh syarak. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-250 : Hukum Menyambung Bulu Mata Dengan Kaedah Eyelash Extension.
Adapun berkenaan hukum berdandan itu sendiri, maka kami bahagikan kepada beberapa tujuan dan keadaan wanita yang berdandan itu sendiri. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-265 : Hukum Menyuntik Kolagen Pada Tubuh Badan Untuk Kelihatan Cantik Di Hadapan Suami. Secara ringkas, kami tegaskan haram berdandan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah. Adapun jika berdandan untuk suami, menggunakan bahan yang suci, tidak berbahaya, dan tidak mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya harus. Ini dapat dilihat bahawa para wanita pada Rasulullah SAW memakai inai, mewarnakan rambut dan kuku, memakai celak, memerahkan pipi, dan memakai anting-anting sebagai perhiasan.
SUMBER : http://www.muftiwp.gov.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!