Memang ramai yang sensitif dengan kebanyakan agen pencuci yang terlalu ‘kuat’ terutamanya anak kecil. Kalau tak kena gaya, ada yang boleh rosakkan kulit, buat kita rasa gatal-gatal dan rasa tak selesa bila dihidu.
Ini kerana sesetengah produk pencuci komersial mengandungi bahan kimia tertentu yang mungkin tak serasi dengan kulit anda. Jika ini berlaku kepada anda atau salah seorang ahli keluarga anda, mungkin anda boleh cuba membuat sendiri pencuci serbaguna semulajadi yang bebas bahan kimia. Apa yang menarik, cara membuat pencuci DIY yang dikongsikan oleh Ummu Uwais Azizah ini sangat mudah sebab ia hanya menggunakan 2 bahan!
CARA BUAT PENCUCI SERBAGUNA HOMEMADE. TANPA BAHAN KIMIA, BAU PUN WANGI!
Pernah sesekali guna pencuci lantai untuk cuci lantai bilik air, baunya memang kuat sangat sampai buat saya terbatuk dan rasa sesak nafas. Apatah lagi sejak ada anak yang mula masuk fasa meniarap dan menyusur ni, memang cuba nak elak penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan pada kami yang jenis sensitif.
Sudahnya kadang-kadang mop lantai pun guna air je. Rupanya ada cara mudah nak buat pencuci serbaguna yang mesra alam dan bebas bahan kimia. Mudah sangat guna 2 bahan saja iaitu cuka dan kulit oren. Yang pasti, baunya pun wangi sangat macam essential oil. Boleh release stress tau!
Di sini saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuatnya.
Ads
BAHAN-BAHAN
Cuka putih / cuka buatan
Kulit oren / lemon
CARA-CARA
PARUT KULIT OREN / LEMON
Gunting kulit oren atau lemon kecil-kecil supaya aromanya dapat dikeluarkan.
Masukkan siap-siap ke dalam sebuah bekas kedap udara atau botol spray.
2. TAMBAHKAN CUKA
Ads
Tambah cuka putih tadi sampai penuh bekas atau sehingga menutupi semua kulit oren atau lemon. Pastikan semua kulit oren terendam dengan sempurna tau sebab kulit oren yang tak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi. Tutup bekas spray tadi.
3. PERAM
Seterusnya, biarkan ia diperam selama seminggu dua sebelum digunakan.
4. CARA GUNA
Ads
i) Untuk cuci ‘table top’ dapur: Lembapkan kain dengan air, spraykan sedikit larutan pencuci homemade ini. Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas. Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka sitrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.
ii) Untuk cuci lantai: Lembapkan kain mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan cuka sitrus ini atau spraykan terus ke lantai. Wangi je bau lantai nanti. Macam bau oren segar! Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas pun tak apa. Kecuali kalau lantai terlalu kotor boleh tambah soda bikarbonat dan bilaskan dengan air.
BERKESAN & SELAMAT!
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, pencuci serbaguna ini boleh tahan selama sebulan atau mungkin lebih. Jika larutan cuka dah habis, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Selain kulit oren atau lemon, boleh juga guna kulit limau nipis, limau purut atau apa saja jenis buah-buahan sitrus yang ada di rumah. Mudah kan?Selamat mencuba.
*Tips dan cara membuat pencuci serbaguna homemade ini dikongsikan oleh Ummu Uwais Azizah menerusi Facebook.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang dulu-dulu pernah berkata kalau anda ingin menambat hati suami, pikat dengan masakkan dahulu. Melalui perut, turunya ke hati. Walaupun sibuknya seorang isteri itu, masakkan tidak pernah di lupa untuk suami tercinta. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara anda dan pasangan suami menjadi lebih kuat lagi. Mari kita lihat antara menu simple tapi bermakna untuk anda suami anda!
1. Nasi Goreng Kampung
Foto : Huang kitchen
Semestinya ini adalah resipi yang paling simple dan mudah. Bahan-bahanya tidak memerlukan banyak. Jika suami anda seorang yang sukakan pedas, anda boleh tambah sedikit cili untuk menaikkan kehangatan rasanya.
2. Ayam Masak Merah
Menu ini sering kita lihat di restoran atau gerai-gerai. Sememangnya ini merupakan antara salah satu lauk yang di gemari rakyat Malaysia. Rasanya yang begitu lazat pasti akan membuatkan suami anda suka. Lebih-lebih lagi dari air tangan isterinya sendiri.
3. Asam Pedas
Ini pula adalah antara yang popular di Johor dan Melaka. Jika suami anda dari negeri tersebut, boleh lah cuba masakkan ini di rumah. Namun, tidak semestinya orang di negeri itu sahaja suka. Anda boleh cuba resipi ini walaupun suami anda bukan berasal dari negeri tersebut. Sekali cuba pasti nak lagi.
4. Spaghetti / Pasta
Sekali sekala anda boleh mencuba masakkan western pula untuk suami anda. Resipi spaghetti juga sangat mudah dan ringkas. Pasti suami anda akan suka dengan kelainan masakkan anda nanti.
5. Ayam Masak Lemak
Masakan ini juga menjadi menu kegemaran untuk ramai orang. Jika dimasak dengan resepi dan cara yang betul memang menjadi sangat ‘power’ rasanya. Pasti suami akan melekat duduk di rumah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hubungan suami isteri pasti ada pasang surutnya. Selangkah ke alam perkahwinan kehidupan anda akan jauh berbeza dengan bujang dahulu. Banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.
Malah, jika sudah berkeluarga, anak-anak adalah keutamaan anda. Komunikasi adalah penting dalam sesebuah hubungan. Jika ada masalah bincang. Jangan pendam. Itu adalah salah satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah.
Sebenarnya senang je nak kekalkan hubungan ni kalau kita juga menjaga hubungan dengan yang maha esa. Mungkin tips ini dapat membantu anda.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!