Pilihan tempat isteri nak berpantang di mana ini biasanya terpulang kepada situasi. Kalau beranak anak sulung, mungkin tak berani nak berpantang di rumah sendiri lagi. Jadi pilihan terbaik sama ada di rumah ibu atau mentua.
Tetapi macam mana kalau ada anak-anak yang dah sekolah? Haaa… Mungkin jawapan nak berpantang kat mana itu ada dalam perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Berpantang di rumah mertua atau dirumah ibu sendiri?
Alhamdulillah, isteri saya dapat merasai 3 jenis pengalaman berpantang. Di rumah ibunya, di rumah ibu mertua dan di rumah sendiri, ketiga-tiga tempat ada pro dan cons.
Rumah Ibu Sendiri
Tempat terbaik untuk seorang isteri berpantang. Siapa yang lebih faham akan dirinya melainkan ibunya sendiri? Sudah tentu ibunya akan melayaninya seperti puteri raja. Dari mandi baby, pakaikan baju, sapukan minyak, siapkan baby semua dibuat oleh ibunya. Isteri boleh fokus kepada penjagaan diri sendiri, bertungku, mengurut, bertangas dan sebagainya. Dia dapat kurangkan pergerakan, kurangkan berjalan, pemakanan 100% dijaga dan disediakan ibunya.
Rumah Ibu Mentua
Option kedua jika rumah ibu sendiri jauh, atau ibu sendiri uzur, tidak larat untuk menjaganya, atau kehendak dari suaminya. Tak banyak wanita yang sanggup berpantang di rumah ibu mertuanya terutamanya selepas dia “kenal” siapa mertuanya. Layanan mertua dan layanan ibu sendiri tak sama, dia tak boleh menyuruh ibu mertuanya sesuka hati. Tak larat atau tak kuat macam mana pun, dia akan cuba buat semuanya sendiri. Jika tidak, dia akan dicop mengada-ngada atau manja. Ibu mertua akan mula membuat perbandingan antara diri menantu dan dirinya dulu. Dia hari kedua dah boleh mandikan anak, memasak, sidai baju, kemas rumah dan sebagainya. Nak berkongsi perasaan pun susah dengan ibu mertua sebab tiada keserasian dan persefahaman bersama.
Rumah Sendiri
The last option, pilihan terakhir jika anak-anak yang lain perlu ke sekolah atau suami nak isteri berpantang dirumah sendiri. Berpantang di rumah sendiri memerlukan si isteri kuat luaran dan dalaman disebabkan semua perkara, dia yang kena buat sendiri. Dari mandi anak, siapkan anak, penjagaan dirinya, anak-anak yang lain, kebajikan suami, semuanya memerlukan perhatiannya dan berpantang sendiri lebih berisiko terhadap diri isteri.
Setelah isteri sendiri berpantang diketiga-tiga tempat yang dinyatakan di atas, nasihat saya, tempat yang terbaik ialah di rumah ibunya. Di situ dia lebih terjaga dari segi mental dan fizikal.Malah di situ dia lebih gembira.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI