Berikut ini adalah beberapa cara yang boleh dilakukan oleh isteri agar menarik bagi suami, iaitu:
1. Menyambut kedatangan suami dengan senyuman
Tanggung jawab suami adalah mencari nafkah untuk memenuhi keperluan keluarga. Oleh itu, mereka bekerja untuk mendapatkan wang. Hal inilah yang membuat mereka penat ketika pulang dari pekerjaannya. Sesampainya di rumah, seorang isteri harus menyambut kedatangan suami dengan senyuman yang ikhlas.
Secantik apapun seseorang, tidak akan menyejukkan hati suami jika ia tidak senyum di hadapan suami. Ketulusan senyum membuat kepenatan suami berkurang kerana merasa seronok melihat istrinya itu. Cara menjadi isteri idaman suami dapat dilakukan dengan hal ini.
2. Merendahkan suara di hadapan suami
Suami adalah ketua keluarga yang harus dihormati oleh isteri. Bahkan Allah memerintahkan kepada isteri untuk merendahkan suaranya ketika di depan suami. Meskipun sedang dalam keadaan marah sekalipun, seorang isteri juga harus berkata-kata dengan lembut agar masalah tidak semakin besar kerana emosi suami yang terganggu.
Selain itu, dengan berbicara lemah lembut kepada suami untuk mencerminkan rasa hormat kita pada suami. Inilah isteri idaman kebanyakkan lelaki.
3. Memperhatikan keindahan dan kebersihan tubuh
Pastinya kita selalu ingin melihat suami dengan kesegakkannya dan kebersihan. Begitu juga dengan suami yang menginginkan isterinya berpenampilan demikian. Tanggung jawab sebagai seorang isteri adalah mengerjakan urusan rumah, seperti memasak, mencuci, dan banyak lagi.
Meskipun demikian, seharusnya tanggung jawab itu tidak menghalang kita untuk melakukan tanggung jawab lain iaitu membuat suami bahagia dengan berpenampilan cantik. Namun, kita juga tidak harus membazir wang hanya untuk melakukan perawatan. Masih banyak perawatan yang boleh kita lakukan tanpa menghabiskan banyak wang. Ini dilakukan agar tubuh kita nampak cantik di mata suami.
4. Mengendalikan kewangan keluarga
Cara lainnya adalah isteri harus bijak mengatur kewangan keluarga dengan sebaik mungkin. Suami sudah bekerja keras untuk mendapatkan wang. Jadi, kita harus pandai-pandai menggunakan wang tersebut untuk memenuhi keperluan suami. Keperluannya harus lebih diutamakan daripada keinginan.
5. Membuktikan kemampuan dalam mengurus rumah
Rumah merupakan tempat dimana kita tinggal. Setelah suami bekerja di luar maka ia akan menghabiskan waktunya di rumah. Oleh itu, rumah harus bersih dan indah agar suami seronok untuk tinggal di rumah. Hal ini merupakan kewajiban isteri untuk menguruskan kerja-kerja rumah, seperti meyapu, membersih dan lain-lain.
Selain itu, masaklah makanan kesukaannya. Ia juga menjadi cara untuk belajar menjadi isteri yang solehah. Dengan cara ini, suami akan sering di rumah sehingga hubungan suami isteri dapat terjalin dengan baik dan harmoni.
Rata-rata kedai emas sekarang ni bersusun orang menunggu giliran nak masuk. Maklumlah, harga emas tengah murah. Jangan takut berbelanja untuk beli barang kemas asalkan tahu bagaimana untuk mendapat untung lebih lagi.
Tak sah kalau kahwin tak ada barang kemas kan? Bukannya wajib tetapi sekurang-kurangnya ketika kahwin ada juga satu barang kemas yang kita boleh simpan sebagai harta. Tak ada wanita yang tak sukakan emas cuma kena tahu keuntungannya bila berbelanja untuk barang kemas.
TIP BELI BARANG KEMAS
Emas 916 atau 999
Kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Sebab tu anda boleh lihat perbezaan harga kedua-duanya yang begitu ketara berbanding emas putih.
2. Jangan beli emas putih
Kenapa nak beli emas putih? Sebab warna emas kuning tak sesuai dengan warna kulit ke? Ish…rugilah macam tu. Emas putih tidak ada nilai melainkan nilai cinta anda pada si dia. Eh! Emas putih sukar untuk dijual semula.
3. Elak beli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.
4. Survey harga upah
Ha, ini yang Pesona Pengantin nak kongsikan ilmu yang diberikan pengguna Facebook ShaQiela.
Mari kita mula mengira guys..
-Kedai A harga Rm225/gm
-Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan? Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira-kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050.”
Tidak habis di situ, SyaQiela berkunjung ke kedai emas lain untuk membuat perbandingan. Apabila ditanya tentang harga semasa, staf beritahu RM238/gm.
Yelah, tadi RM225 je kan… Jauh kan beza. Takpa, kita teruskan misi. Maka di sini adalah huraiannya.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. Anda rasa murah ke mahal?
Meh check kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga semasa Rm238/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm230.
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
Harga upah boleh dirunding
Apa yang penting di sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm900 lebih dan sebagai pelanggan, anda BOLEH menurunkan harga upah mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.”
Sebab tu sambil-sambil cuci mata, kena tahu juga bagaimana barang kemas boleh jadi nilai lebih baik untuk kita bagi jangka masa panjang.
BELI BARANG KEMAS & BAYAR SECARA ANSURAN!
Jom Pesona Pengantin bagi anda ‘çuci mata’ lagi dengan pelbagai jenis barangan kemas yang sangat cantik dan moden rekaannya. A&C Jewellery bukan sahaja menawarkan rekaan barang kemas terkini dan moden malah anda juga boleh membeli mengikut bajet sendiri. Nak bayar secara ansuran pun boleh!
Untuk beli cincin secara online, ada tip mudah yang anda boleh cuba.
Kena tahu ukuran saiz jari. Boleh sahaja singgah mana-mana kedai emas dan ukur jari di sana.
Pastikan ukiran cincin tidak terlalu tajam. Kena fikir sama ada corak cincin tu boleh tersangkut pada kain atau tak.
Pastikan anda chat dengan penjual. Anda boleh tanya soalan berkaitan untuk tahu lebih lanjut lagi tentang cincin yang ada mahu. Bukan kena bayar pun!
Kalau dah namanya jodoh, orang yang kita tak pernah sangka pun boleh jadi teman hidup. Walaupun hanya berselisih bahu, sekadar teman sekerja atau duduk bersebelahan di dalam bas, mungkin nama mereka sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.
Nor Izza Erma dan Mohamad Ammar yang menjalankan perniagaan perunding majlis mula berkenalan ketika Izza mengajar di sebuah SMK Raja Tun Uda sekitar tahun 2009 – 2010.
“Ketika itu saya mengajar kelas tingkatan tiga dan empat dan suami pula merupakan pelajar tingkatan tiga. Pada awalnya saya hanyalah seorang guru yang diminati anak murid (suami). Tak pernah sekalipun Ammar mengaku dia menyukai saya dan saya sendiri langsung tidak tahu yang dia sukakan saya. Sehinggalah pada satu hari saya bertukar ke sekolah lain.
Rupa-rupanya ‘kehilangan’ saya itu membuatkan Ammar mula mencari-cari. Akhirnya pada tahun 2016, suami dapat cari saya di Facebook, itupun sebab nak ucapkan selamat hari guru,” tulis Irma
Selepas ‘bertemu’ di media sosial, masing-masing hanya sekadar berbalas komen. Irma sendiri tidak mengharapkan apa-apa yang serius kerana sudahpun mempunyai keluarga sendiri.
“Nak dijadikan cerita, pada suatu hari suami check di media sosial saya dan mulai perasan saya sudah berpisah dengan suami. Kami pun mula chatting sejak tahun 2019. Itupun kerana Ammar menawarkan saya peluang menjadi model permotoran (saya juga merupakan seorang model sambilan). Selepas 10 tahun, itulah kali pertama kami berjumpa kembali untuk berbincang mengenai jobmodelling. Selepas beberapa bulan chatting di Instagram, Ammar buat pengakuan yang dia sukakan saya.
Tapi bukan senang untuk saya menerimanya kerana saya mempunyai anak. Saya serahkan segala keputusan kepada keluarga. Tipulah jika saya katakan saya tak serik dengan hubungan yang serius selepas berpisah dulu. Yang membuatkan saya lebih takut, Ammar jauh lebih muda daripada saya, 11 tahun! Bila keluarga kata, beri peluang untuk bahagiakan diri sendiri, barulah saya mula cuba terima Ammar. Itupun selepas dia berjumpa keluarga saya.
Dari situ saya mula rasakan ada bibit cinta padanya. Dia berani berjumpa keluarga saya dan beritahu pada keluarga saya yang dia menyayangi saya. Kejujuran dan keyakinan itulah yang membuatkan saya mula jatuh hati!” kata Irma.
Awal berjumpa jadi anak murid dan sekarang jadi suami pula. Rasa pelik tak?
“Of course! Tapi kadang-kadang je sebab Ammar jenis yang matang. Susah nak nampak perangai kebudak-budakan tu. Cuba bila student saya adalah akwan-kawan Ammar dan apabila berjumpa dengan kawan-kawan cikgu dan student saya. Lagi rasa awkward bila berdating tu, terserempak dengan dengan student saya dan apabila kawan-kawan Ammar paggil saya cikgu.
Tapi disebabkan kami dah lama kenal, rasa seronok tu datang bila kami saling memahami. Banyak benda yang Ammar dh tahu pasal saya. Itu pun banyak menjimatkan tempoh perkenalan dan sangat selesa.
Sepanjang kami berkawan, saya memang tak expose hubungan kami di media sosial. Tak ramai yang tahu mengenai hubungan saya kecuali keluarga dan kawan-kawan terdekat. Ada juga anak-anak murid yang rapat dengan saya tahu dan rata-ratanya memberi kata semangat.
Kawan-kawan Ammar ada yang mesej saya dan memuji Ammar budak baik dan pendiam. Mereka suka kami berkawan. Paling penting, keluarga saya menerima Ammar dengan baik.”
Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah keran asaya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suamu walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.
“Nak mencari jodoh, perbanyakkan doa, jaga niat dan usaha semampunya untuk lakukan yang terbaik. Percayalah Allah akan mencukupkan semuanya. Suami menyatakan hasratnya untuk menjadikan saya sebagai isteri ketika kali pertama dia berjumpa dengan keluarga saya. Masa tu kami baru berkawan selama tiga bulan.
“Saya kalau boleh tak nak bercinta lama sangat. Saya nak terus kahwin dengan dia” Itulah kata-katanya. Saya pegang kata-kata ini; “You don’t need a perfect relationship, all you need is someone who loves your weirdness, want to spend time with you, love and respect you.”
Lama atau tidak perkenalan di antara pasangan lelaki dan wanita belum tentu menjamin hubungan itu menuju ke gerbang perkahwinan. Ada yang kata, kenal sekejap dah boleh juga bahagia dan ada juga berpendapat, lebih baik kenal lebih lama supaya tahu perangai pasangan. Tak kisahlah apa pun, yang penting kena jaga batas hubungan di antara lelaki dan wanita.
Manisnya kisah cinta selepas nikah di antara Wan Mohd Suzairie Wan Mohd Suhaimi (Jerry) dan isteri tersayang, Nurul Najwa Alias (Wawa). Siapa sangka chat berbalas chat di akaun Instagram menjadikan perkenalan itu membawa ke jenjang pelamin.
“Hanya dua bulan masa yang diambil untuk kami berkenalan. Kalua diikutkan, seminggu selepas kami kenal, Jerry (suami) terus meluahkan isi hatinya dan melamar saya untuk dijadikan isteri. Mula-mula memang terkejut dan serba salah kerana saya baharu putus tunang. Jerry pula baru sebulan putus tunang. Senasib pula!
Saya terima Jerry kerana saya percaya dengan keikhlasan dan kesungguhan Jerry menerima saya seadanya. Saya percaya jodoh Allah. Walaupun perkenalan kami tak lama tapi kami percaya bercinta selepas kahwin itu lebih indah.
Bercinta selepas nikah best. Kita umpama hidup dalam kejutan setiap masa kerana banyak perkara yang membuatkan kami teruja untuk tahu mengenai hidup masing-masing. Kita pun boleh tahu sikap sifat sebenar pasangan kita. Mula-mula kenal Jerry, saya ingat dia pendiam tapi rupa-rupanya dia kelakar dan suka bergurau.” kata Wawa.
Momen perkahwinan Wawa dan Jerry sangat indah. Serba serbinya cukup sempurna. Daun elephant taro atau dikenali sebagai keladi gajah sebagai latar memberi efek kesegaran dalam suasana yang begitu sweet. Hujan renyai-renyai bagai meraikan kedua mempelai ini.
“Pelamin disediakan sendiri pihak kami dengan bantuan dan idea dari sahabat-sahabat (Huru Hara Community) dan idea utama dari sahabat sealiran suami, Jihan Megha Ismail. Memandangkan Jerry seorang jurufoto dan videographer perkahwinan, jadi dia tahu apa yang unik dan menarik untuk pelamin kami.
Solekan pula dari kenalan saya dan juga suami, Firdaus Kamil (FK Studio). Photographer rasmi pula dari Hilmi Razali. Manakala videographer oleh Photoplay Studio ( Firdaus Roslan). Idea asal adalah dari sahabat suami Jihan Meghaa Ismail tapi pilihan props, pakaian pengantin dan konsep dari suami dan saya sendiri.
Alhamdulillah kami happy dengan keputusan singkat yang kami ambil. Ternyata keputusan kami tepat. Lebih menggembirakan tak lama lagi kami bakal bergelar ibu dan ayah. Semoga dipermudahkan segalanya untuk kami.” kata Wawa lagi.
Tip melalui percintaan selepas nikah:
Jangan berahsia dalam perhubungan
Luahkan perasaan kita pada pasangan
Berusaha untuk saling memahami
Saling memaafkan diantara satu sama lain
Terima pasangan seadanya (sama ada baik atau buruk)
Pernah terpalit kontroversi rumahtangga, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melangsungkan perkahwinan dengan wanita dikenali sebagai Qistina Lim.