Apabila jodoh sudahpun ditentukan Allah, kita sebagai hamba hanya perlu berusaha untuk memastikan rumahtangga yang dibina itu berpaksikan kasih sayang, ketaatan dan kesetiaan. Bagi pasangan yang terpilih untuk menikahi bapa atau ibu tunggal, kelebihannya lebih lagi. Malah mereka dilihat sebagai individu yang mulia kerana sanggup menjaga anak-anak hasil perkahwinan pasangan bersama orang lain.

 

Terpesona melihat lelaki yang sudi mengahwini ibu tunggal yang sudah berusia dan mempunyai anak ramai. Pahala ganjarannya. Masakan tidak, kesudian mereka menerima pasangan seadanya membuktikan mereka bernikah untuk memelihara ibu tunggal dan anak-anaknya. Ada kelebihan memilih ibu tunggal sebagai pasangan. Ini antaranya:

 

Tidak banyak songeh

Ibu tunggal yang sudah mempunyai anak hanya mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjaganya dan anak-anak. Jauh sekali untuk dia memikirkan tentang hubungan. Dia tidak memerlukan lelaki yang banyak drama, sweet talker dan sebagainya. Malah dia juga tidak banyak demand ketika bersama anda.

 

Jadikan anda role-model

IKLAN

Mereka ini ada banyak pengalaman lebih-lebih lagi daripada perkahwinan terdahulu. Tak kiralah sama ada bercerai hidup atau kerana pasangan meninggal dunia, mereka tetap ada pengalaman tersendiri. Dia tahu bagaimana dan apa yang membuatkan seorang lelaki memainkan peranan dalam rumahtangga. Dia juga akan banyak mengajar anda untuk menjadi lebih matang dalam komitmen tetap.

 

Ada pengalaman membesarkan anak

Membesarkan anak bukan perkara mudah. Ada perlu banyak bersabar dan teliti. Buat seorang ibu tunggal, mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Hanya perlu diperbaiki sedikit sahaja lagi. Melalui pengalaman mereka, membesarkan anak akan membuatkan mereka rasa lebih enjoy dan tak kekok lagi!

 

IKLAN

Tidak manja

Watak manusia dibentuk oleh keadaan. Begitu juga perwatakan seorang ibu tunggal. Mereka mampu melakukan pelbagai perkara dengan sendiri. Jangan risau untuk meninggalkan isteri tinggal bersendirian, tahulah mereka menyesuaikan diri.

 

Kenal erti bahagia

Kebahagiaan yang pernah dikecapi saat dalam rumahtangga terdahulu menjadikan dia lebih menghargai kini. Pastinya dia tahu bagaimana untuk memperbaiki diri sekiranya dia pernah melakukan kesilapan dahulu. Dia sangat mengutamakan keharmonian rumahtangga dan mengelakkan diri daripada berlakunya pertengkaran dengan anda.

IKLAN

 

Tidak mudah cemburu

Sifat merendah dirinya sangat kuat. Anda menerimanya dengan hati terbuka, seorang ibu tunggal. Tentu dia melihat anda sebagai seorang lelaki yang mementingkan kebahagiaan bukan fizikal wanita itu semata-mata.

 

Jadi, tak ada salahnya apabila seorang lelaki bujang menikahi ibu tunggal. Janji bukan isteri orang. Betul tak?

 

***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI