Kecantikan

Bukan Main-Main, Spray Muka Ini Mudahkan Makeup Kekal Tahan Lama

Share

Gunakan lah makeup setting spray untuk mengekalkan ketahanan makeup dengan lebih lama. Dengan adanya setting spray, muka anda pasti kelihatan jelita sepanjang hari!

Anda mahu memilikinya tetapi masih runsing untuk pilih makeup setting spray yang terbaik? Ini adalah senarai makeup setting spray yang boleh didapati secara online atau drugstore berdekatan.

1. Sendayu Tinggi Collagen Facial Spray
Setting spray local yang murah
Anda mahukan setting spray mengandungi kolagen? Ini adalah setting spray makeup yang mengandungi kolagen untuk membuat makeup kelihatan lebih berseri dan natural. Ia mampu melembutkan serta menambahkan keanjalan kulit. Jangan risau sebab makeup pasti tahan lama dengan setting spray ini! productnation

2. Maybelline Master Fix Setting Spray
Setting spray

Jika anda lebih suka pergi ke drugstore yang berdekatan, anda boleh cuba setting spray makeup ini. Ia sangat sesuai untuk kulit berminyak kerana semburannya mampu meresap terus ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan minyak. Selain itu, setting spray ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit!

3. Etude House Fix & Fix Mist Fixer
Setting spray Korea yang terbaik

Jika anda merupakan salah seorang peminat kpop atau lebih gemar menggunakan produk korea, anda boleh cuba setting spray ini. Ia dapat mengekalkan kelembapan serta melindungi kulit daripada persekitaran kotor. Setting spray ini boleh digunakan sebelum atau selepas makeup, mengikut kesesuaian.

4. NYX PROFESSIONAL MAKEUP Makeup Setting Spray
Setting spray yang tahan lama

Produk ini mempunyai 2 jenis setting spray iaitu Matte dan Dewy. Jenis matte sesuai digunakan bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak serta membuatkan muka nampak lebih bersinar. Jenis Dewy pula amat ringan dan selesa dipakai. Kedua-duanya membuat makeup tahan lebih lama daripada biasa. Tidak perlu membawa makeup anda keluar bersama lagi!

5. Elf Matte Magic Mist
Matte makeup spray terbaik

Matte magic mist ini diperbuat daripada vitamin B dan E yang baik untuk kulit. Dalam hanya beberapa saat sahaja, muka akan kelihatan glowing serta makeup tidak akan cepat luntur. Ia juga sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti harian. Walaupun anda berpeluh, makeup pasti on point dengan spray ini!

6. Mario Facial Spray With Aloe, Herbs and Rosewater
Setting spray air mawar terbaik

Ini adalah spray muka yang diperbuat daripada air mawar, aloevera dan herba. Setiap semburan pada muka dapat memberi kelembutan dan membuat kulit lebih lembap. Anda boleh menggunakannya sebagai setting spray untuk makeup lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, air mawar memang sangat bagus digunakan pada kulit muka!

7. Shu Uemura Stage Performer Fresh Top Coat Makeup Fix Mist
Setting spray terbaik untuk kulit berminyak

Siapa cakap kulit berminyak tidak ada setting spray yang sesuai? Ini adalah setting spray terbaik untuk kulit berminyak kerana dapat meresap dan mengawal minyak dimuka.

Ia bukan sahaja membuatkan make up tahan lebih lama, malah senang digunakan sebab setting spray ini mengambil hanya beberapa saat untuk kering. Kulit akan jadi selembut kulit bayi!

IKLAN