Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.
Mana tidaknya, segala ranjau berduri, dugaan percintaan yang ditempuhi untuk menuju cinta yang halal, akhirnya dapat diterjemahkan melalui sebuah ikatan janji yang sah lagi halal. Cewah. Kemain intro gua ni ek. Kakaka.
Ada yang merancang untuk bercuti ke luar negara, ada yang mengambil pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin yang gah dan meriah serta ada juga yang beli kereta import mewah untuk pasangan. Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.
Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk melangkah dan mengharungi bahtera perkahwinan.
Jadi, apa kau boleh buat apabila baru berkeluarga;
***
Merangka Bajet Keluarga
Dulu makan sorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berkahwin, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.
Merekod Perbelanjaan
Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala belanja luar jangka. Contohnya seperti kos baiki paip rumah rosak.
Membuat Tabung / Pecahan Keperluan
Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah;
-Barang dapur
-Belanja makan
Ads
-Ansuran rumah
-Ansuran kereta
-Kos bil air & elektrik
-Hiburan
-Perlindungan takaful
-Tabung simpanan
-Tabung pelaburan
-Tabung pendidikan anak-anak
-Tabung kecemasan / luar jangka
Ads
-Tabungan bercuti
-Tabung pencen
-Tabung baik pulih kenderan / rumah
.
Simpanan Dan Melabur
Menyimpan dalam bank tidak memberi banyak keuntungan. Simpan di bank hanya untuk simpanan kecemasan sahaja. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas, ASB Financing dan sebagainya.
.
Perlindungan Takaful
Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada Astro pun asalkan ada perlindungan takaful. Ini Astro mampu bayar, takaful tak nak ambil. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.
.
Ads
Hindari Hutang
Apabila memulakan kehidupan baru, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa.
.
Kad Kredit Cukup Satu
Jika pasangan kau ada dua kad kredit, kau pun ada satu, bila dah kahwin tutup semua kad kredit. Biar tinggal satu je. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan. Kalau kau tak reti kawal penggunaan kad kredit, takde langsung pun molek juga.
***
Korang kena ingat tindakan kewangan korang sekarang akan beri kesan yang besar dalam 5-10 tahun akan datang.
Pada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru gua ucapkan. Kalau bergaduh tu biasalah. 1-5 tahun tu, proses kau orang nak mengenali hati budi pasangan masing-masing.
Gaduh kejap je, lepas tu baik balik ye. Kata cinta dan sayang, laut mana tidak ditimpa badai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dua hati yang berbeza latar belakang. Kah!
P/S: Silakan tag, share kepada suami / isteri korang tu. Nak tag tunang, bakal zaujah pun boleh. Mulakan kehidupan yang baru dengan ilmu kewangan yang padu!!!
Koleksi gaun pengantin terbaharu daripada pereka terkenal yang berasal dari Lebanon, Elie Saab untuk musim Autumn/Winter 2018 menghimpunkan koleksi yang cukup menawan. Untuk koleksi terbaharu ini, pereka yang terkenal dengan signature ‘Couture’ untuk setiap rekaanya, sekali lagi menggunakan siluet klasik dengan olahan moden yang cukup relevan untuk digayakan di masa kini.
Setiap koleksi terbaharu ini mempertaruhkan perincian mengagumkan yang terdiri daripada bunga timbul dan benang metalik yang memberi biasan elegan dan eksklusif. Selain itu, Elie Saab memberi aksen feminin yang lebih jelas buat rekaannya pada kali ini bagi melahirkan penampilan ratu sehari yang anggun dan romantis.
Penggunaan fabrik seperti sifon, organza dan tulle menjadi pilihan pereka yang bakal melahirkan kesan demure buat pengantin. Tidak ketinggalan sulaman renda eksklusif digunakan dalam koleksi terbaharu ini yang boleh dilihat pada gaun, cape dan layah.
Sarat dengan perincian berona senada yang membiaskan nada elegan dan mewah. Pereka Elie Saab ingin menonjolkan kesan romantis dan feminin buat penampilan ratu sehari.
Siluet ringkas memberi gaya anggun tiada tara buat penampilan ratu sehari. Penggunaan renda pada keseluruhannya diserikan lagi dengab perincian berbentuk 3D yang memberi nafas lebih dramatik.
Elegan dan memukau! Kilauan yang terhasil daripada gaun ini bakal memberikan keserian buat penampilan ratu sehari. Sulaman manik dan jemeki yang sarat membuatkan penampilan ratu sehari lebih mewah dan classy!
Gaun unik ini tampil berbeza dengan padanan cape berserta hood. Sesuai buat mereka yang inginkan kelainan dan sesuatu yang berbeza,
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila seseorang itu ingin melangsungkan pernikahan mahupun sebuah pertunangan, perkara pertama yang akan bermain di benak mereka adalah:
Adakah keputusan yang aku lakukan ini adalah yang terbaik buatku dan pasangan? Benarkah dia jodoh yang tepat buatku?
Antara si A dan si B, manakah yang paling terbaik untukku?
Islam adalah agama yang sangat sempurna. Bahkan Islam juga menyediakan penyelesaian bagi mereka yang keliru akan jodoh mereka sendiri. Walaupun manusia dikurniakan dengan akal fikiran tetapi mereka tetap memiliki kekurangan, terutama dalam menentukan sesuatu di luar kemampuannya
ISLAM MENGANJURKAN SOLAT ISTIKHARAH
Oleh yang demikian, umat manusia hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang itu membuat keputusan, mereka dianjurkan solat istikharah. Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk terutama apabila seseorang dalam keraguan untuk memutuskan antara dua perkara. Misalnya soal jodoh.
Namun masih terdapat kemusykilan terhadap jawapan berdasarkan petunjuk yang diberikan. Berikut adalah penerangan jawapan daripada Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari mengenai bagaimana kita boleh tahu bahawa seseorang itu jodoh atau tidak bagi kita.
1)MELIHAT KEPERIBADIAN SI DIA
Pertama sekali, anda harus lihat bagaimana agamanya, akhlaknya, adabnya dan bagaimana sopan santunnya. Anda harus nilai dari segi luaran. Cara percakapannya dan cara si dia melayan orang tua. Apabila sudah lama mengenalinya dan selesa berkawan dengannya, anda sudah boleh mula melakukan solat istikharah.
2)TERUSKAN SAHAJA NIAT BERNIKAH
Selepas menunaikan solat istikharah, anda teruskan sahaja niat untuk bernikah dengannya. Namun, sepanjang proses untuk bernikah, anda dapat merasakan ada sahaja halangan yang mendatang. Halangan tersebut telah mengakibatkan perancangan anda dan si dia terpaksa ditangguh meskipun niat anda adalah untuk bernikah iaitu untuk menyempurnakan iman.
3)HALANGAN MENDATANG SEPANJANG PROSES PERNIKAHAN
Halangan itu juga telah mengakibatkan anda dan si dia terpaksa membatalkan niat pernikahan tersebut. Pelbagai cara sudah anda dan si dia lakukan tetapi segala perancangan tidak dapat diteruskan dengan lancar. Ianya bermakna Allah SWT tidak mahu anda meneruskan niat untuk berkahwin dengan si dia. Itulah tanda dari solat istikharah. Istikharah maksudnya kita harapkan dan kita mahukan kebaikan daripada Allah SWT.
4)REDA DENGAN KETENTUAN-NYA
Namun apabila sudah diberi petunjuk seperti itu, anda seharusnya reda akan keputusan yang telah ditentukan oleh-Nya. Usah sesekali mempersoalkan akan ketentuan-Nya kerana setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Maka oleh itu, teruskan pencarian terhadap orang lain. Mulakan dengan niat yang sama. Sekiranya selepas solat istikharah, Allah SWT telah memudahkan proses sehingga ke tempoh perkahwinan, itulah yang Allah SWT inginkan untuk kita.
Istikharah bukan bermakna kita kena tunggu seolah-olah seperti wahyu datang:
5)PETUNJUK BUKAN HANYA DATANG DARI MIMPI
“Mana Malaikat Jibril ni? Siapa dia nak tengok dalam mimpi?”
Tidak semestinya setiap petunjuk disampaikan dalam mimpi. Malah, petunjuk daripada istikharah juga boleh berdasarkan kekuatan hati seseorang. Misalnya mereka mempunyai dua, tiga pilihan, petunjuk mungkin boleh berdasarkan kecenderungan hati untuk memilih yang mana satu. Terutama dari segi akhlak dan agamanya.
Tetapi sekiranya dalam membuat pemilihan dan masih ada halangan, pilihlah yang lain. Ternyata si dia masih bukan yang terbaik untuk anda jadikan suami atau isteri.
KESIMPULAN
Justeru, sekiranya anda masih ragu-ragu akan keputusan anda, lakukanlah istikharah. Ianya tiada batasan dalam melakukan solat istikharah. Maksudnya, sekiranya anda menunaikan solat istikharah dua rakaat, kemudian melakukannya lagi pada hari esok sebanyak dua rakaat, maka ianya tidak ada masalah. Semakin banyak anda lakukan, semakin bagus. Sehingga anda menemukan jawapan atas pertanyaan itu
Kredit: Baitulmuslim.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan pasti mengimpikan badan ramping dan langsing untuk mengenakan busana perkahwinan di hari bahagia, tetapi masalahnya tidak semua tubuh badan kita dalam keadaan sebegitu. Jadi, apa cara berkesan supaya anda kelihatan cantik menawan di hari persandingan. Amalkan tip berguna.
1. Minum banyak air masak
Cara yang paling mudah untuk mengurangkan berat badan sebelum hari persandingan ialah dengan minum lebih banyak air. Air mempercepatkan saluran penghadaman anda dan membantu anda berasa kenyang lebih cepat. Tindakan mudah minum 8-12 gelas air sehari boleh mempercepatkan metabolisme anda dan membantu anda bersedia untuk hari perkahwinan anda. Anda akan mengalami masalah kecing yang kerap pada mulanya, tapi itu adalah tindak balas yang bagus untuk tubuh badan anda. Kekerapan membuang air kecil itu bermakna ia cuba Ini adalah salah satu tip perkahwinan berat badan paling mudah dan berkesan!
2. Pemakanan yang sihat & khasiat
Persediaan untuk hari perkahwinan, adalah dengan memulakan pengambilan makanan sihat. Sebaiknya, mulakan dengan membawa bekalan ke tempat kerja, tiada lagi makan makanan ringan ataupun makanan segera. Mendidik diri anda supaya anda boleh membuat pilihan yang terbaik untuk melangsingkan tubuh badan untuk hari perkahwinan anda dan seterusnya! Pengambilan makanan seperti melebihkan sayur-sayuran dan lauk berbanding dengan nasi. Kurangkan pengambilan gula dalam makanan seharian.
3. Motivasi diri dengan kerap mencuba pakaian perkahwinan
Ini satu lagi cara berkesan bagi mendapatkan apa yang diingini, menjadikan dress fitting sebagai motivasi agar anda sentiasa alert untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Hanya pastikan fitting terakhir anda memuaskan kerana anda tidak mahu menyarung pakaian yang tidak muat ketika hari bahagia.
4. Elakkan makanan manis, sama seperti tip nombor 2
Okay, hari bahagia makin hampir jadi anda pasti serabut memikirkan pelbagai perkara dan penyelesaian anda lebih banyak mengambil makanan manis seperti donut, kek, cupcakes, gula-gula dan macam-macam lagi. Cuba untuk menghadkan atau mengelakkan gula-gula manis kerana ini akan menyumbang kepada kembung berlebihan. Apabila mempunyai keinginan manis, pilih gula semulajadi seperti buah-buahan. Perubahan kecil seperti ini boleh membuat perbezaan yang besar dalam membantu anda menurunkan berat badan untuk hari perkahwinan anda!
5. Amalkan sup
Menurut kajian, makan semangkuk kecil sup sebelum makan utama anda boleh menyimpan sehingga 700 kalori seminggu. Adakah anda tahu jika anda makan sup sebelum makan utama, anda akan makan purata 100 kurang kalori pada waktu makan itu. Jadi cuba amalkan makan sup agar anda kekal langsing di hari bahagia nanti.
6. Sayuran hijau
Sediakan salad dalam hidangan utama untuk makan tengahari, makan malam dan anda mendapati diri lebih ramping. Sayuran hijau mempunyai phytonutrients yang dapat membantu dalam penghadaman. Dengan hanya menambah salad untuk rancangan makanan harian anda, anda akan menjadi lebih ringan, mempunyai lebih banyak tenaga, dan juga kurang dijangkiti penyakit, kerana sayur juga membantu imunisasi di dalam tubuh badan anda.
7. Bersenam
Ini merupakan satu tabiat yang bagus, dengan melakukan senaman kecergasan 3-5 hari seminggu bagi melangsingkan dan mendapatkan berat badan ideal untuk hari bahagia nanti.
Sumber Gambar: Pinterest
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!