Sebahagian besar pasangan yang telah berkahwin pasti akan mengalami penambahan berat badan. Jika wanita mengalami perubahan pada bentuk tubuh, lelaki juga berdepan dengan masalah yang sama.

Apabila ditanya kenapa berat badan naik atau gemuk, pasti jawapan “bahagia” yang akan keluar dari mulut mereka.

Dalam erti kata lain, perkahwinan dapat mengubah tingkah laku makan seseorang berbanding ketika dia hidup membujang sehingga menyebabkan berat badan bertambah sekali gus mengubah bentuk tubuh.

Namun bagi lelaki yang masih maintain kurus walaupun makan banyak, mereka spesies rare ataupun mungkin mereka disiplin dalam menjaga berat badan.

Di sini disenaraikan punca-punca mengapa berat badan suami makin bertambah selepas berkahwin.

1. Rasa bahagia sebab dah ada orang temankan

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

IKLAN

Kalau dulu masa bujang mungkin anda kerap makan sorang dan selera pun tak berapa nak ada sangat. Berbanding selepas berkahwin, kini anda rasa bahagia kerana sudah ada yang menemani anda saat makan dan membuatkan selera anda bertambah kerana anda boleh makan seberapa banyak makanan yang anda suka.

2. Isteri masak macam-macam makanan

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

Kalau bujang dulu, mungkin lauk yang anda makan tak berapa nak ‘meriah’. Balik-balik lauk yang sama. Kalau lapar baru nak makan. Tapi bila sudah berkahwin, rata-rata isteri yang suka memasak akan bertanyakan soalan “Abang nak makan apa hari ni?” Ini memberi maksud bahawa isteri akan masak apa yang anda ingin makan. Jadi secara tidak langsung, anda boleh request macam-macam makanan. Walaupun mungkin isteri anda tak berapa pandai memasak, namun percayalah dia akan berusaha untuk belajar dan memasak makanan yang anda inginkan itu.

3. Kena habiskan lebihan makanan isteri

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

IKLAN

Apabila isteri seronok memasak terutamanya ketika masak menu baru tentu sahaja isteri excited nak masak dalam kuantiti yang banyak, selain menjadikan anda ‘bahan uji kaji’ untuk merasa masakan barunya itu. Jika makanan yang dimasak itu tidak habis dan isteri anda jenis yang makan sikit, andalah yang akan menjadi ‘mangsa’ untuk menghabiskannya kerana tidak mahu membazir dan menjaga hati isteri yang bersusah payah memasak untuk anda.

4. Rasa selesa dengan diri sendiri

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

Faktor selesa juga mungkin menjadi penyebab kenapa berat badan lelaki bertambah selepas berkahwin kerana mereka kurang menjaga penampilan diri dan tidak menjaga pemakanan. Alasannya, sekarang dah ada orang yang jaga, jadi apa nak kisah sangat dengan penampilan.

5. Tanggungjawab yang dipikul semakin besar

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

IKLAN

Jika bujang mungkin anda disiplin dalam menjaga kesihatan, sering bersenam atau mengunjungi gim. Namun apabila sudah berkahwin, tentu sahaja anda memikul tanggungjawab yang banyak dan besar sebagai seorang suami serta ayah. Perubahan dalam diri anda setelah berkahwin membuatkan jadual anda padat kerana dari pagi hingga ke petang berada di tempat kerja dan malam pula anda di rumah menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anak. Faktor sering menangguhkan aktiviti bersenam kerana sibuk atau penat membuatkan berat anda mulai bertambah dari sehari ke sehari.

6. Aktiviti di rumah kebanyakan isteri yang buat

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

Apabila berkahwin, segala keperluan di rumah kebanyakannya dilakukan oleh isteri. Dari membasuh pakaian, melipat pakaian sehinggalah menguruskan rumah semuanya isteri yang lakukan. Kalau ada pun suami yang membantu, mungkin bantuannya minimum. Ini membuatkan aktiviti manual mengemas rumah ketika suami bujang dahulu dibuat oleh isteri apabila sudah berkahwin. Kurangnya aktiviti suami mengeluarkan peluh sedikit sebanyak menyumbang pada peningkatan berat badan ditambah pula jika suami seorang yang liat untuk bersenam.

7. Tidur selepas kekenyangan

Bukan Sahaja Bahagia, Rupanya Ada Sebab Lain Kenapa Berat Badan Lelaki Makin Bertambah Lepas Kahwin

Apabila sudah berkahwin aktiviti bersantai sambil menonton tv juga menjadi semakin seronok. Selepas makan tentu sahaja suami kekenyangan lantas meletakkan kepala di riba isteri sambil isteri membelai manja suami sehingga membuatkan suami terlena di ribaan isteri. Faktor tidur selepas makan ini ternyata bukanlah tabiat yang baik kerana ia tidak elok untuk kesihatan sekali gus membuatkan berat badan boleh bertambah.