Pernah dengar tak orang kata bila dah kahwin, kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan tetapi kita juga mengahwini seluruh ahli keluarganya. Bukan bermaksud akad nikah tu sekali dengan ahli keluarga tetapi layanan kita kepada keluarga mentua sama macam kita melayan keluarga sendiri.
Bila bercerita bab ini, kaum wanita yang bergelar isteri paling ramai yang mempunyai masalah dengan mentua. Ada yang sangat berkira dengan duit yang suami berikan pada ibunya. Dengar macam tak wajar tapi dalam perkahwinan, masalah ini selalu sangat timbul. Tak tahu di mana salahnya bila seorang anak lelaki beri duit belanja pada ibu. Ada isteri yang siap sekat jumlah untuk diberikan kepada mak mentua.
Bersama Pengasas Dianz, Puan Nurul Diana, dia berkongsi macam mana cara nak ambil hati mak mentua. Bakal isteri kena baca ni.
Sentiasa mengaku dan meminta maaf pada ibu mertua.
Mengaku pada ibu mertua kita bukan menantu yang baik kerana ada masanya terkeluar juga perangai ‘bukan-bukan’.
Bawa ibu mertua membeli-belah. Walaupun bukan barang berjenama sekurang-kurangnya pemberian yang kecil sudah memadai.
Jadilah diri sendiri
Jika ada rezeki lebih, bawa ibu mertua beli tudung baru atau jalan-jalan di pasar malam. Hati mak bukan dibeli dengan jenama tetapi jiwa dan kasih sayang.
Bila menjengah Instagram Diana atau Dianz, banyak nasihat dan tip yang diberikan boleh digunapakai untuk memperbaiki diri dan kehidupan. apa yang dia lakukan untuk ibu dan ibu mertuanya boleh dijadikan inspirasi untuk wanita lain melayani mentua masing-masing.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Jadi, untuk yang bakal jadi isteri atau sudah menjadi isteri, janganlah berkira sangat dengan mak mentua. Biarlah anak dia nak bagi berapa banyak pun untuk ibunya asalkan tidak memudaratkan.
Jika anda sebagai menantu tak boleh nak memberi kepada ibu mertua, jangan pula sekat suami dalam soal ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI