Sumber Internet

S.Pavithra, 28, dan suaminya M.Sugu, 29, yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai seramai 316,000 pelanggan sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.

Pavithra yang mempunyai perwatakan lemah lembut serta petah berbahasa Melayu itu berkata dia mula memuat naik video masakan di YouTube selepas mendapat saranan daripada seorang rakan baik yang juga seorang YouTuber.

Namun apa yang menarik perhatian ramai, Pavithra sentiasa ditemani suami tercinta ketika di dapur dan adakalanya suaminya, Sugu turut sama memasak.

Siti Suryani Yaakop di laman facebooknya berkongsi, inilah sikap yang harus ada bagi setiap pasangan agar rumahtangga bahagia.

Jadilah sahabat terbaik dia

Satu yang aku suka tentang pasangan ni ialah, suami dia pun rajin melayan. Suruh shoot video pun dia shoot. Suruh makan pun dia makan. Suruh potong kayu pun dia potong kayu. Nampak bahagia dan manis sekali.

IKLAN

Bukan susah pun nak bagi isteri rasa gembira dan dihargai. Jadilah sahabat terbaik dia.

Cuba teman masa dia kat dapur. Tak ambik video pun takpa. Tak kupas bawang pun takpa. Teman je. Borak dengan dia. Seronok dah dia rasa. Dia bukan nak pembantu. Dia nak ‘companion’.

Bukan kerja banyak yang acapkali membuat isteri penat. Perasaan bersendiri tu sebenarnya yang buat dia rasa tak larat.

IKLAN

‘Small gesture. Big impact.’

Ni kadang belum suruh buat apa. Baru isteri ajak selfie sesama je pun muka dah macam berak tak hadam.

Janganlah sampai kurang harta, kedekut pula kasih sayang. Jika begitu, makanya kita telah menjadi orang yang paling papa sekali.

IKLAN

Comel betul dia berdua ni kan!

“Bukan Susah Pun Nak Bagi Isteri Rasa Gembira & Dihargai. Jadilah Sahabat Terbaik Dia”
📷 : Bernama

 

#kaknis

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI