
Isi Kandungan
ToggleSelesa ke tinggal rumah keluarga selepas kahwin? Soal privasi macam mana dan kalau ada ipar duai, auratnya masih terjaga atau sebaliknya? Semua ini kena fikir, begitulah rumitnya kehidupan selepas sah jadi suami isteri.
Tinggal Rumah Keluarga
Bak kata saudara ESz Sabri, semua ini kena berbincang masa awal-awal nak ikat hubungan. Jom baca sola perlu ke tinggal rumah sendiri lepas kahwin ?
1. My house my rules!
Setiap rumah ada rules dia sendiri. Ada budaya dia sendiri. Bila kau kawen dan masuk rumah mertua, kau kena ikut rules rumah mertua. Bukan tak baik tapi mungkin kau tak selesa. Bila ada rumah sendiri kau boleh set rules untuk keluarga kau sendiri.
2. Jaga privasi diri dan pasangan
Bila dah kahwin ada banyak batas yang perlu kita jaga. Tambah lagi kalau rumah tu banyak penghuni nya. Adik beradik pasangan. Ada laki ada perempuan. Anak buah ada yang bujang dara dah pun. Pergaulan kena jaga. Dari segi aurat terutama yang muslim. Nampak remeh dan biasa tapi kalau tak jaga boleh rosak binasa.
3. Menjaga silaturahim
Ipar duai. Pakcik makcik. Anak anak buah. Cara pergaulan kita tak semua sama. Ada cakap direct. Ada yang cakap berlapik. Ada yang manis depan racun belakang. Yang mulut sweet and sour pun ada. Kalau tinggal rumah sendiri benda macam ni dapat di kurangkan. Rumah kau, kau lah! Rumah aku, aku lah.
4. Matang ekonomi
Tinggal rumah sendiri ni ibarat kau buka negara sendiri. Kena urus tadbir sendiri. Termasuk lah ekonomi. Perbelanjaan kelangsungan hidup bersama. Mula mula memang akan sengkek. Tak cukup itu ini. Tapi bila dah nampak yang mana perlu kurang mana perlu lebih baru ada rentak. Jadi lebih matang. Lebih berakal. Berkepimpinan.
5. Perancangan jadi lebih jelas
Suami isteri dapat merancang hala tuju keluarga dengan lebih mudah. Nak anak 10 ke anak 15 ke. Spending berapa saving berapa. Beli kenderaan yang sesuai. Banyak isu yang tak jelas akan menjadi jelas bila kau tinggal rumah sendiri. Percaya lah.
Bukan nak kata tinggal rumah keluarga tak elok. Bukan! Tapi kalau dapat tinggal rumah sendiri lagi elok. Itu sahaja!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Tukar Status, Buat Perkara Ini Supaya Anda Tak Menyesal Nanti

Tak lama lagi status ‘bujang’ akan bertukar menadi ‘berkahwin’. Ramai bakal pengantin teruja bila orang yang disayangi dan dicintai bakal menjadi teman seumur hidup. Tapi ada perkara yang perlu bakal pengantin lakukan. Kalau boleh, ubahlah perkara ini. Baik lelaki mahupun wanita, persediaan ini penting untuk kehidupan akan datang.
Perhubungan
Anda sudah melalui perhubungan ‘tanpa ikatan’. Ketika itu semua nampak sangat indah namun kehidupan berdua ada plot ‘twist’ tersendiri. Semestinya anda perlu bersedia untuk perhubungan dan komitmen yang lebih jitu. Mana yang suka bergaduh dan ‘minta putus’ tu, kenalah beringat perkara ini ya!
Pendapatan sendiri
Sangat penting untuk mempunyai pendapatan sendiri. Tak kiralah sama ada bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. buat wanita khusunya, ini sangat penting kerana ia mengambil kira masa depan anda. Kedudukan kewangan yang kukuh membantu ekonomi keluarga yang lebih baik.
Tinggal Serumah
Jangan cepat melatah! Tinggal serumah bersama teman serumah atau tinggallah secara bersendirian. Gunakan masa yang ada untuk diri sendiri. Jika anda mempunyai teman serumah, berboraklah semahunya kerana selepas bergelas isteri atau suami, tanggungjawab anda adalah kepada keluarga.
Mengembara
Jika anda tidak pernah mengembara, gunakan kesempatan ini untuk ‘melihat’ dunia. Sekalipun tidak boleh ke luar negara, travel di dalam Malaysia pun dah cukup menyeronokkan. Bawa bersama rakan-rakan lain untuk menikmati saat ini bersama.
Hobi
Ciptalah hobi ikut kesukaan anda. Dekorasi rumah, membuat kek atau mungkin belajar menari! Bukan apa, ini adalah waktu terbaik untuk anda mempunyai masa dan ruang tersendiri. Bila kita buat apa yang kita suka, tentulah kita akan lebih gembira. Betul tak?
Berhenti berkongsi
Jangan terlalu terbuka berkongsi kisah cinta anda. Tak perlu hebahkan kepada seluruh dunia apa yang anda miliki sekarang; seorang lelaki atau wanita yang bakal menjadi pasangan hidupmu. Elak menggunakan media sosial untuk hebahkan pada semua.
Cukuplah sekadar berkongsi berita gembira bersama keluarga dan teman rapat. Nanti bila dah ada tarikh unutk pernikahan, silalah beritahu dunia ok!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bersyukur Dapat Isteri Yang Boros Menjadikan Rezeki Suami Lebih Bertambah

Dalam hubungan suami isteri, pelbagai karakter atau sikap pasangan yang harus anda berdepan setiap hari. Bagaimana dengan perihal andai mempunyai isteri yang boros? Itu dan ini hendak dibelinya walaupun masih ada yang belum digunakan.
Mengikut kajian, lelaki yang memiliki isteri yang berperangai suka bermewah ini akan mendapat kesenangan dalam kehidupan yang akan datang. Ini kerana jika si isteri rasa bahagia dengan apa yang telah disediakan oleh si suami, di situ jugalah terletaknya rezeki yang datang melimpah ruah tanpa anda sangkakan.
Janganlah pula kamu terkejut jika rezeki yang kamu dapat seperti itu saja. Semakin banyak kita mengeluarkan rezeki ke jalan Allah semakin lancarlah rezeki kamu nanti.
Sentiasalah berkongsi rezeki kerana dengan berkongsi harta anda tidak akan pernah hilang malah dengan hasil perkongsian, kita akan mendapat dua kali ganda keuntungan.
Buat para suami di luar sana, janganlah kamu berkira sangat dengan isteri jika kamu menginginkan rezeki yang melimpah ruah. Pada masa yang sama, kita juga seharusnya melihat sikap isteri yang boleh melancarkan rezeki para suami juga.
Di sini juga kami kongsikan beberapa penerangan tentang sikap si isteri yang boleh mendatangkan rezeki buat si suami.
Berikut merupakan sifat-sifat isteri yang boleh mendatangkan rezeki untuk suami
Memiliki seorang isteri yang solehah adalah menjadi idaman setiap lelaki. Walau seburuk mana perangai lelaki itu, sudah pasti ia menginginkan isteri yang solehah. Bagi lelaki yang ditemukan dengan seorang wanita seperti itu, ia sudah dianggap sebagai bonus dari Allah SWT.
Satu nasihat buat para suami-suami di luar sana. “Sentiasalah menggembirakan hati isteri, Nescaya ia boleh memberikan rezeki”. Berikut adalah sifat-sifat bagi seorang isteri yang boleh mendatangkan rezeki kepada suaminya.
- Wanita yang taat kepada suami
Setiap wanita yang sudah bergelar isteri wajib mematuhi segala arahan suami selagi tidak bertentangan dengan agama. Seorang isteri harus taat kepada suami supaya suami sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan aman dalam tugasnya mencari rezeki yang halal untuk ahli keluarganya. Bagi wanita yang mempunyai kerjaya sendiri juga dibolehkan asalkan mendapat keizinan dari suami dan menjaga maruah diri dan menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri.
“Lelaki adalah pemimpin tertinggi wanita kerana Allah telah mengalahkan sebahagian daripada mereka (lelaki) ke atas yang lain (perempuan) dan untuk tujuan apa yang mereka (lelaki) menghabiskan dari kekayaan mereka. Kemudian wanita-wanita yang soleh adalah taat lagi menjaga diri mereka di belakang suami mereka sebagaimana Allah telah menyembuhkannya, “(Q.S. An Nisa: 34).
- Taat pada perintah Allah SWT dan Rasul
Setiap wanita yang taat dengan segala suruhan Allah dan Nabi ia akan sentiasa memberikan ketenangan dan turut membawa ke syurga.
Suasana rumah yang aman dan tenang dan selesa adalah kunci utama yang sangat berharga. Dengan adanya kehadiran seorang suami yang beramal soleh juga boleh memgiringi isteri yang solehah dan membuat keadaan rumah menjadi semakin berseri dan dilimpahi keberkatan. Mendidik anak-anak yang soleh dan solehah juga dapat rahmat yang banyak dari Allah Swt.
- Wanita yang melayan suaminya dengan baik
Tugas yang sangat penting yang harus dilakukan oleh para isteri adalah melakukan sebaik yang mungkin dari rumah. Cara melayani suami dengan baik serta mendidik anak-anaknya. Contoh bagi seorang isteri yang melayan suaminya dengan baik adalah seperti menyediakan makan dan minum termasuk menyediakan segala keperluannya. Memenuhi hak yang harus didapatkan oleh seorang suami. Apa yang lebih penting adalah sentiasa menjaga perasaan suami agar suami tidak akan terasa hati dengan perbuatan kita sebagai isteri.
Ciri-ciri wanita seperti inilah yang menjadi idaman setiap lelaki yang bergelar suami. Pada masa yang sama ia boleh menjadi sebagai rakan baik dalam melayari bahtera yang penuh dengan ujian. Sentiasalah menarik aura positif di dalam suasana rumah termasuklah rezeki untuk suami.
- Wanita yang berhias cantik semata-mata untuk suaminya saja
“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah,” (H.R. Muslim).
Sudah menjadi sifat wanita sejak azali lagi sukakan perhiasan dan kecantikan. Tapi bagi wanita yang solehah, dia hanya akan berhias dan kelihatan cantik hanya di depan suaminya saja. Bagi wanita yang selalu dilihat kelihatan bersenang lenang mereka akan tahu bagaimana ingin menyenangkan hati suaminya. Malaikat juga akan turut mendoakan serta memudahkan datangnya rezeki kepadanya.
- Wanita yang sentiasa menjaga kehormatan dan harta suami
Sekiranya seorang suami keluar rumah untuk menjalankan tugasnya mencari nafkah yang halal dan pada masa yang sama si isteri turut meninggalkan rumah tapi dia seharunya pandai menjaga kehormatan dirinya daripada orang asing. Kepercayaan yang diberikan suami kepadanya seharusnya digunakan ke jalan yang lebih memberikan manfaat dengan keizinan dari suami. Wanita seperti itulah yang turut memudahkan perjalanan rezeki menjadi lebih mudah dan lancar ke dalam rumah dan boleh dianggap sebagai hadiah kepada Allah di atas kesetiaan dan kejujuran terhadap suaminya.
- Wanita yang sentiasa meminta keredhaan dari suami
Sifat wanita seperti ini adalah sangat memahami dan tahu bagaimana untuk menyenangkan hati suaminya. Untuk mengekalkan sikap dan tingkah laku supaya suaminya tidak akan terasa dan menguris perasaan suaminya. Dia juga akan sentiasa berjaga-jaga supaya suami tidak menyimpan perasaan marah terhadapnya. Jika dia ada membuat salah, isteri yang baik tidak akan terus tidur malah dia akan meminta maaf dahulu kepada suami atas perbuatannya. Sentiasa memberikan pendidikan yang berguna kepada anak-anak serta merahsiakan aib keluarga dari orang lain.
“Bolehkah anda beritahu isteri-isteri syurgawi isteri-isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suami mereka, jika suami mereka marah datang kepada suaminya dan meletakkan tangannya pada suaminya dan berkata” Saya tidak dapat tidur sebelum kamu bahagia, “(HR An Nasai).
Ciri-ciri isteri seperti inilah yang boleh memudahkan rezeki melalui tapak tangan suaminya disebabkan kesetiaan dan kejujuran terhadap suami.
- Wanita yang sentiasa menerima pemberian suami dengan hati yang ikhlas
Wanita yang baik, dia tidak akan pernah merungut tentang rezeki yang dibawa pulang oleh si suami. Dia akan sentiasa menerima dengan hati yang terbuka dan akan menghargai setiap pemberian suami kepadanya. Sudah pasti ramai wanita yang turut bersyukur walaupun apa yang diberikan tidak seperti yang diharap. Allah SWT juga telah berjanji, andai kita bersyukur dengan apa yang telah diberi, dia akan meningkatkan lagi rezeki yang melimpah kepada kita.
- Wanita yang boleh menjadi pasangan untuk meraih redha Allah
Bagi wanita yang menjadikan rumahnya tempat untuk beramal ibadah dan memberikan seluruh kesetiaan kepada Allah SWT. Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teman untuk berbincang sangat sesuai dengan suami. Cara penyampaian yang lembut apabila membetulkan sesuatu.
Apabila suami menyampaikan nasihat dan pesan, sebagai seorang isteri kita seharusnya memberi perhatian kepada kata-kata suami dengan penuh minat. Sebelum menjalankan amalan sunnah seperti berpuasa sunat, seharusnya meminta keizinan dari suami dahulu. Jika suami tidak membenarkan maka janganlah isteri melakukannya juga.
Sentiasa menjadi sumber motivasi untuk mencapai kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Oleh itu ada fasa yang mengatakan ” Di sebalik kejayaan lelaki dengan adanya seorang wanita yang hebat di belakangnya”. Dengan adanya wanita seperti ini, ia menjadi tulang belakang dan menjadi rezeki utama untuk suaminya.
- Wanita yang tidak pernah berhenti berdoa untuk suaminya
Wanita yang sentiasa bersyukur adalah jenis wanita yang sentiasa menerima semua apa kehendak Allah SWT. Wanita yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak dan suami. Wanita seperti ini juga tidak akan pernah putus untuk berdoa dan menjadikan perbuatan itu sebagai rutin hariannya. Wanita seperti ini juga percaya akan rezeki yang diberikan kepada suaminya dan diberkati.
Seorang suami yang bertuah saja akan memiliki ciri-ciri seperti di atas. Andainya masih ada di antara isteri-isteri di luar sana yang masih belum mempunyai seperti berikut, suami haruslah memainkan peranan yang penting dan didik dan pimpinlah isteri anda ke arah yang diredhai Allah SWT. Tanggungjawab sebagai suami adalah sangat besar dan di akhirat nanti sudah pasti anda akan disoal mengenai perkara yang melibatkan isteri. Wallahualam.
Sumber: Momonganak.org
http://himpunandoaharian.com/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ramai Yang Buat Dan Tahu Pentingnya Solat Istikharah Dalam Soal Jodoh

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Perlaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Rasulullah menyatakan;
“Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat”.
(Hadis ini direkodkan daripada Bukhari)
Hadis ini hadis umum. Tidak disebutkan hukum wajib melakukan istikharah. Ini terbukti, apabila Rasulullah sendiri, tidak pula melakukan istikharah dalam beberapa hal. Kemudian, tidak pernah direkodkan apabila Rasulullah sudah membuat keputusan, nabi beristikharah lagi.
Istikarah bukan sahaja untuk memilih jodoh
Istikharah ini sebenarnya bukan satu perkara khusus untuk mereka yang mahu berkahwin semata-mata. Bukan ‘alat pencari jodoh’. Bukan juga alat ‘penentu’ siapa yang menjadi pasangan kita. Istikharah ini adalah apa yang terdidik oleh Rasulullah kepada kita dalam membuat apa-apa sahaja keputusan.
Namun, apabila sesetengah pihak mula mengganggap ia ‘alat pencari jodoh sebenar’ yang kononnya tepat 100 peratus, maka istikharah menjadi satu punca kekeliruan hati. Istikharah bukan lagi membantu menenangkan jiwa dan menetapkan hati kita.
Berkait dengan hati
Kita kena faham, bahawa Istikharah itu sangat berkait rapat dengan hati. Kalau hati kotor, mana mungkin akan mendapat petunjuk yang baik. Kalau hati bersih, InsyaAllah ilhamnya nanti juga baik. Ada orang, bersungguh-sungguh solat Istikharah, tetapi maksiat tetap tak tinggal, solat wajib tunggang langgang, maka bagaimana hendak mengharap kepada petunjuk yang baik dan molek ?
Justeru, satu proses yang paling penting dalam bab Istikharah ini adalah membersihkan hati terlebih dahulu. Jika anda sudah benar-benar melaksanakan proses ini, maka barulah anda boleh mengharap datangnya petunjuk yang benar kepada hati anda. Jika tidak, berkemungkinan petunjuk itu hanyalah bayangan daripada Syaitan.
Istisyarah atau mesyuarat
Manusia dianugerahkan akal untuk membuat pertimbangan. Justeru ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk berfikir, menganalisa dan mencari jalan. Islam menganjurkan bermesyuarat atau meminta pendapat orang berpengalaman sebagai kembar kepada proses Istikharah itu sendiri. Maknanya, kita tidak boleh seratus peratus bergantung kepada proses Istikharah semata-mata hinggakan ada yang menunggu-nunggu mimpi dan sebagainya.
Sebaliknya, dengan bermesyuarat pun kita akan mendapat kekuatan untuk membuat keputusan. Timbanglah dengan akal yang matang akan kesemua pilihan yang ada di depan mata, dan belajarlah untuk menjadi berani membuat keputusan. Itu kan sunnatullah dalam kehidupan.
Sumber : BaitulMuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI