
Gelaran ‘anak mak’ sering dikaitkan dengan anak lelaki yang sangat rapat dan manja dengan ibunya. Itu sama sekali tidak salah. Namun, ada yang menganggap ia dapat menimbulkan konflik antara suami isteri.
Tapi, ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? mari kita lihat sebabnya.
1. Mereka gentleman
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
2. Mereka lebih peka dan teliti
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
3. Seorang yang romantik
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
4. Seorang yang bertanggungjawab
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
5. Hormat orang tua
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
12 Tip Berkesan Untuk Simpan Duit Kahwin

Perihal perkahwinan tentunya memerlukan modal atau jumlah yang yang besar untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.
Oleh itu, setiap pasangan perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda perlu tahu mengenai bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya tidak berdepan dengan konflik kewangan selepas berkahwin.
Edisi kali ini berkongsikan tip untuk menjimatkan bajet kahwin.
1. Jangan Mementingkan Standard Anda
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia. Ramai pasangan yang hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang mewah dan tampak gah.
2. Jumlah Tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
3. Menyewa Busana Perkahwinan
Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas memakai busana tersebut, anda perlu memulangkan semula kepada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
4. Awasi Perbelanjaan Anda Setiap Bulan
Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
5. Elak Berhutang Kad Kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
6. Adakan Majlis Gotong Royong
Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding perkhidmatan katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
7. Jangan Merokok
Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
8. Membuka Akaun Khas
Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit.
9. Kurangkan Membeli Gajet Elektronik
Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
10. Tempahan Fotografi
Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
11. Berbalas Hantaran
Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi di kalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
12. Membeli Belah Ketika Ada Potongan Harga Sahaja
Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Kahwini Pasangan, Selidik Dahulu Lima Perkara Penting Ini

Isi Kandungan
ToggleTujuan mendirikan masjid adalah untuk mendapat ketenangan dan keredaan Allah SWT. Namun, kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya. Bila memilih pasangan, anda harus ingat bahawa inilah orang yang akan bersama anda sepanjang hayat. Tidur sebantal, makan sepinggan, berkongsi susah senang dan banyak lagi perkara yang akan dilalui bersama.
Oleh itu, amat penting untuk anda memastikan beberapa perkara tentang pasangan sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Jom kita lihat!
Agama

Sebelum mendirikan rumah tangga, perihal agama harus dilihat terlebih dahulu. Ini kerana, suami bertanggungjawab untuk memelihara diri dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat Islam.
Lelaki sebenarnya digalakkan berkahwin dengan wanita yang kurang ilmu agama supaya suami dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah. Wanita pula tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki kurang ilmu agamanya kerana wanita bukan ketua keluarga. Ini kerana lebih susah mendidik lelaki yang kurang ilmu agama berbanding mendidik wanita yang kurang ilmu agamanya.
Latar Belakang Keluarga

Sebelum berkahwin, ambil masa untuk mengenal dengan keluarga pasangan anda. Ini penting untuk mengetahui cara dia dibesarkan, dengan siapa dia bergaul, di mana dia membesar dan lain-lain lagi. Semua ini adalah faktor-faktor yang banyak mempengaruhi personaliti dan cara dia berfikir. Ketahui baik buruknya, hobi dan cita-citanya, hubungan dia bersama keluarganya dan sebagainya. Ini amat penting untuk memastikan keserasian anda berdua bagi membina masa hadapan bersama.
Keadaan Kesihatan

Sekiranya anda atau pasangan mempunyai penyakit, anda harus memberi tahu terlebih dahulu pasangan anda sebelum berkahwin. Contohnya jika anda mempunyai penyakit kronik, eloklah beritahu kepada pasangan supaya dia dapat menerima anda seadanya dan boleh bersedia untuk menjaga anda setelah berkahwin. Berilah sokongan dan semangat kepada bakal pasangan anda terhadap penyakit yang dihadapinya.
Baca: Masih Single? Ini Antara Doa Ringkas Anda Boleh Amalkan Supaya Jodoh Cepat Datang
Pelan Jangka Masa Panjang

Penting buat pasangan saling menyokong antara satu sama lain. Apabila sudah berkahwin, semua perkara akan dikongsi bersama. Maka, rancanglah kehidupan anda bersama dan atur kehidupan selepas berkahwin dengan terancang. Rancang perjalanan karier, keluarga dan kewangan sekeluarga. Letakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya. Bertolak ansur dan saling bantu-membantu agar rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia.
Kedudukan Kewangan

Sebelum berkahwin, ketahuilah pekerjaan dan status kewangan pasangan anda. Anda juga perlu tahu simpanan yang dimiliki oleh pasangan demi menjamin kesejahteraan anda berdua selepas berkahwin. Sekiranya anda atau pasangan anda memiliki hutang, berkongsilah pendapatan bersama untuk menyelesaikan hutang tersebut. Tidak menjadi kesalahan isteri membantu meringankan beban suami selepas mendirikan rumah tangga. Selepas berkahwin rancang kewangan keluarga anda bersama dan pastikan anda mempunyai simpanan untuk masa hadapan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Kalau Nak Pakai Cincin Kena Tahu 10 Perkara Ini Dahulu

Lelaki juga suka memakai cincin sebagai aksesori menyerlah keterampilan. Tidak kira bentuk dan logam yang menyaluti, cincin mampu menterjemah tarikan tersendiri selain melambangkan status dan prestij diri.
Rekaan dan bentuk cincin yang tersarung di jari manis memberi pengaruh besar kepada pemiliknya. Tidak kiralah mahal atau murah, cincin memancarkan peribadi diri hingga menjadi tarikan mata yang melihat.
Bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum dirasakan paling cocok dan begitu bergaya. Ini kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama bagi lelaki muslim.
Tip pemilihan cincin
1. Pertamanya, seseorang mestilah dapat membezakan bentuk cincin yang hendak dipilih sama ada ia sesuaian dengan karektor diri atau tidak.
2. Usah terpengaruh dengan reka bentuk yang mungkin tidak sesuai disarungkan pada jari anda.
3. Tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin berbentuk besar kerana kelihatan tidak
seimbang.
4. Warna dan bentuk cincin mempengaruhi sesetengah individu. Lebih baik selidik terlebih dulu kandungan dan kesesuaian cincin dengan jari sendiri.
5. Jangan tergesa-gesa memiliki cincin semata-mata mahu kelihatan hebat dan menarik di mata orang lain.
6. Lakukan pemerhatian dan meninjau di beberapa kedai emas dan permata untuk mendapatkan idea cincin terkini yang sesuai.
7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah untuk mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa. Cuba dan terus mencuba.
8. Jika perlu, minta jurujual cermin untuk melihat kesan atau effect cincin yang disarungkan pada jari.
9. Pastikan cincin yang sudah berkenan di hati tidak terlalu ketat mahupun longgar.
10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI