Walaupun kadang-kadang ada pasang surutnya hubungan rumah tangga itu tapi percayalah suami kalau dia bahagia, dia akan menghargai anda lebih dari segala-galanya. Perkara yang jarang dia lakukan pun akan jadi perkara yang tak disangka oleh para isteri.
Namun begitu, si isteri jangan leka apabila tahu suami anda sedang bahagia. Hargai dan semaikan lagi hubungan itu agar kasih sayang tidak pudar. Jadikan dia keutamaan anda. Anda akan menjadi pasangan bahagia yang membuktikan pada dunia bahawa perkahwinan adalah kebahagiaan, tidak kiralah pada waktu senang mahupun susah.
Nak tahu suami bahagia atau tidak? Ini 11 tanda membuktikan yang suami anda confirm bahagia.
1. SELALU PELUK & CIUM
Apabila dia pulang dari tempat kerja, dia akan menghadiahkan anda sebuah ciuman. Ciuman itu bukanlah hanya sentuhan di pipi tetapi lebih intim. Anda boleh menafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira pulang ke rumah bertemu semula dengan anda.
2. RINGAN TULANG
Dia membantu anda menguruskan hal dalam rumah dan mahu meringankan beban anda. Dia dengan sukarela mengemas dan menguruskan rumah supaya rumah anda selesa didiami. Bukan itu sahaja, dia turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Dia sedar bahawa tanggung jawab mendidik anak bukan terletak hanya di bahu isteri, tetapi juga di bahunya.
3. SELALU MEMUJI ISTERI
Dia suka memberi pujian pada anda. Dia memberi perhatian pada anda dan segala yang anda lakukan. Anda perasan dia memerhatikan anda, tetapi dia tak mampu menghentikannya kerana dia sangat mencintai anda. Dia tidak pernah jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku pada diri anda. Janganlah asyik menghamburkan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti “Awak ni, makin gemuk pulak abang tengok”.
4. SENTIASA ‘CALL’, ‘SMS’ ATAU ‘WHATSAPP’
Apabila dia pergi untuk urusan perniagaan, dia akan menghubungi anda setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Ada juga suami yang baru sahaja sampai pejabat, akan terus membuat laporan, menghantar WhatsApp pada isteri, “Ayang, abang dah sampai”. Sehinggkan ada teman sepejabat kata dia kena queen-control.
Ads
Hakikatnya, apabila seorang suami betul-betul bahagia dengan rumah tangga, dia akan merindui isterinya dan ingin selalu bersamanya. Dia sangat setia pada anda dan anda juga tahu kebenarannya.
5. MENJADI SEORANG YANG PENENANG
Dia akan memeluk erat apabila anda menangis. Apabila anda berasa kecewa dan sakit hati sehingga menyebabkan air mata anda mengalir, dia ada untuk anda. Dia akan cuba sedaya upaya memahami apa yang anda lalui walaupun kadang-kadang tidak sesempurna mana.
6. PERKONGSIAN DARI HATI KE HATI
Ini antara tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi cita-cita dan kesedihannya dengan anda. Senang cerita, selalu ada sesi pillow-talk.
Perkongsian ini bukanlah sesuatu yang mudah baginya kerana dia perlu memberitahu anda supaya anda boleh menyokongnya dan membantu membina keyakinan dalam dirinya. Apabila dia terbuka untuk berkongsi dengan anda mengenai perancangannya untuk kerjaya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberikan sokongan. Dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya. Rasa cintanya pada anda sangat mendalam dan cukup untuk membuatkan anda memahami dan mendengar curahan hatinya.
Ads
7. SELALU SEBUT ‘I LOVE YOU’
Dia akan memberitahu yang dia mencintai anda. Dia akan mengulanginya setiap hari dan anda juga akan membalasnya.
Selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga, ada isteri yang akan mula merungut “Awak ni, tak cakap awak cintakan saya pun”; dan kemudiannya dibalas dengan “Eh, awak ni. Kan saya dah cakap masa kita kahwin awal-awal dulu. Tak cukup lagi ke?”. Itu bukanlah perangai seorang suami yang bahagia. Dia suka menyebut selalu kerana dia dapat merasai perasaan cinta tersebut dan dia tahu anda amat suka mendengar kata-kata tersebut.
8. TIDAK MARAH KALAU TAK ‘DAPAT’
Ada jenis suami yang apabila isteri period, dia hangin satu badan. Apabila isteri tidur dan apabila kejutkan tak bangun untuk ‘bersama’, pagi-pagi akan muncung muka.
Wahai suami, isteri bukan boleh menentukan bila periodnya akan datang. Kadang-kadang, isteri penat melakukan kerja rumah sampai tertidur. Bukannya tidak mahu melayan suami, cuma apabila penat sangat, apa pun tak sedar.
Ads
Bagaimana kalau pantang 100 hari? Boleh tahan?
9. TIDAK MALU PANGGIL AYANG ATAU SAYANG DEPAN ORANG RAMAI
Tanda suami bahagia ialah dia bersikap natural pada bila-bila masa. Ada suami yang control macho, tidak mahu tunjuk manja depan public. Ada yang panggil isteri dengan nama sahaja. Maka, suami yang panggil Ayang atau Sayang, atau apa-apa nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
10. TIDAK MALU PEGANG TANGAN ISTERI DEPAN ORANG RAMAI
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih lagi berpegangan tangan. Terus terdetik dalam hati, “Oh… sweetnyaaa….!”.
Ramai yang inginkan momen seperti itu. Ramai yang ingin kedut bersama-sama apabila menginjak usia tua.
11. SELALU AJAK SOLAT BERJEMAAH
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan ajak isteri solat bersama. Dia faham konsep jika solat berjemaah, dapat pahala 27 kali ganda. Oleh kerana sayangkan isteri, dia mahukan isteri mendapat pahala bersama-sama.
Kredit foto: Instagram Ayda Jebat dan Raja Syahiran
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Solekan pada hari pernikah adalah wajib untuk semua bakal pengantin. Make up saat inilah yang memainkan peranan penting untuk menaikan seri wajah. Betul, bila jadi perempuan memang akan didatangi dengan pelbagai dugaan mata yang membuat mata menjadi rambang. Lagi teruk perangai cerewat semakin menebal ketika menjelang hari penting iaitu majlis perkahwinan. Pada masa itulah raut wajah yang bulat ingin tampil lonjong, hidung yang berbunga inginkan ilusi lebih kuncup dan sebagainya. Ditambah pula dengan mengayakan busana pengantin mengikut citarasa fesyen terkini dan paling penting ialah seri pengantin yang dipancarkan dari wajah.
Bila bercakap mengenai seri pengantin, perkara utama untuk kelihatan cantik, anggun, jelita dan sebagainya ialah solekan ketika majlis. Bagi anda yang sering ke majlis perkahwinan pasti anda sendiri boleh menilai pemilihan gaya solekan pengantin. Pengantin sekalian, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu tentang dunia solekan seperti trend solekan terkini dan study hasil kerja makeup artis yang bakal menyolek anda agar tidak terkejut dengan hasil magis mereka saat hari istimewa anda.
Lazimnya solekan terang atau bold menjadi pilihan pengantin. Apa kata kali ini, kenakan solekan lebih santai dan natural dalam majlis persandingan anda. Selera orang tentunya berbeza, ada yang gemar dengan solekan bold, namun ada juga yang suka makeup natural. Tanpa makeup yang tebal pun keayuan atau seri wajah dapat dilihat dan terserlah pada hari pernikahan. Caranya dengan menggunakan makeup natural seperti berikut!
Solekan Natural Bronze tampil lebih elegan
Dengan menggunakan warna bronze di mata, pipi dan bibir, seri wajah dapat dilihat lebih ketara dengan hasil monochromatic bombshell bukan sekadar itu sahaja malahan glowing pada wajah semakin menyerlah.
Tampil lebih muda dan segar
Keayuan wajah juga terpancar dengan memfokuskan warna pink pada bibir dan pipi dengan rona peach segar. Solekan ini juga memberi hasil tampil lebih muda dan segar.
Solekan santai dengan hiasan kepala tampil lebih manis.
Kulit yang bersih serta solekan nipis dapat menyuntik elemen mewah namun tidak terlalu sarat dengan sentuhan hiasan kepala lebih yang agak menonjol dan menyerlah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas berkahwin, isteri bertanggungjawab dalam menguruskan hal kewangan keluarga. Namun, dalam pada menguruskan hal kewangan suami, isteri juga perlu menyimpan wang simpanan untuk diri sendiri.
Bukan apa, dengan kes-kes yang berlaku sekarang isteri tidak boleh mengharapkan 100% sepenuhnya terhadap duit suami. Misal kata suami anda buat hal? bagaimana pula dengan anak-anak?
Tidak kiralah walau hubungan anda aman sekali pun, wang simpanan diri sendiri untuk isteri perlu ada. Bagi suami, anda juga perlu mengingatkan isteri anda agar sentiasa menabung. Jangan asyik ‘shopping’ je. Tapi, bukan isteri je kena simpan, suami pun sama ya! Mungkin tips ini dapat membantu ‘savings’ dalam hubungan anda.
Kalau anda baru sahaja berkahwin dan masih keliru bagaimana cara untuk menyimpan wang dengan betul, mungkin cara ini dapat membantu anda dan pasangan.
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
4. Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb.
5. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
Masih wujud mentua yang suka cari salah menantu bila nampak rumah tangga anaknya bermasalah.
Padahal keduanya dididik dalam budaya dan cara berbeza, jadi sepatutnya kena belajar menghormati dan bagi peluang pada orang baru untuk belajar sesuatu bila masuk dalam keluarga baru. Okay, jom baca lagi dalam perkongsian saudara Firdaus Shakirin.
Cari Salah Menantu
Selagi mertua memainkan peranan menasihati anak sendiri, maka aman dan tenteram hidup menantu.
Yang membuatkan porak peranda hidup menantu ialah apabila mertua tidak mahu menasihati anak sendiri, sebaliknya menyalahkan menantu seolah-olah menantu yang buat anak dia jadi macam itu.
Berapa ramai mertua di Zimbabwe ini mampu menerima sekiranya menantu mengadu kesalahan atau salah laku anaknya sendiri?
Bukan budaya masyarakat di Zimbabwe ini untuk take it as a good input, good feedback and will advise in a good manner.
Tak jadi la macam itu.
“Mengadu tentang anak dia, kau la kena…”
Wujud Jenis Menghasut
Tak ramai mertua memainkan peranan menasihati, ada yang lebih gemar dan suka memainkan peranan menghasuti. Hasut anak sendiri untuk tak bagi muka pada menantu. Hasut anak sendiri untuk tak layan baik sangat menantu. Hasut anak sendiri untuk tak dengar cakap menantu.
Pelik sungguh kejadian ini…
Nanti, kita yang muda-muda ini akan dapat menantu juga. Tolong persiapkan anak kita sendiri tentang bagaimana untuk jadi seorang suami, seorang isteri yang baik.
Andai kata pasangan mereka mengadu sesuatu tentang mereka pada kita, jangan sesekali rasa tercalar ego, maruah dan harga diri kita sebagai seorang orang tua dan ibu bapa. Yang cetek agama saja yang akan rasa macam itu.
Yang baik kefahaman agamanya, dia akan menasihati dan menegur anaknya dahulu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!