Teka-teki status penyanyi rap Bunga Isme akhirnya terjawab apabila dia sendiri mengesahkan telah sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri, tahun lalu.
Bunga Isme Dah Kahwin
Enggan berkongsi tarikh sebenar selain tidak menghebohkan penikahannya itu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 24, memilih untuk menyembunyikan pernikahan demi menghormati keluarga kedua belah pihak.
“Saya sudah berkahwin. Alhamdulilah kami sudah berbincang tentang hal ini, semua urusan dipermudahkan.
“Pernikahan kami sudah pun berlangsung pada tahun lalu. Saya cuma hanya boleh cakap, selepas selesai belajar, rezeki (pernikahan) itu datang lebih awal.
“Saya pun tidak menjangkakannya tetapi saya menghormati keputusan kedua-dua belah keluarga merahsiakannya,” katanya.
Ads
Hanya Keluarga dan Rakan Terdekat Raikan
Majlis berlangsung sederhana, pelantun lagu Intan Payung itu mengakui semuanya diraikan dalam kelompok keluarga dan rakan terdekat sahaja.
“Sebenarnya kami mahu bersederhana sahaja, lebih senang dan tenang untuk menjalani kehidupan seterusnya.
“Bagi saya kita kena dapat kata persetujuan daripada semua pihak. Jadi kami keputusan untuk mengadakan majlis secara kecil-kecilan.
Ads
“Majlis yang diraikan bersama keluarga dan sahabat terdekat sahaja,” kongsinya.
Soal Anak Ikut Rezeki, Fokus Pada Kerjaya
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, Bunga menyerahkan sepenuhnya perihal itu kepada Tuhan.
“Kami belum merancang untuk menimang cahaya mata kerana mahu memberi fokus terhadap kerjaya.
Ads
“Namun kami tidak menolak sekiranya dikurniakan anak lebih awal,” katanya.
Pada April lalu, status hubungan Bunga menjadi tanda tanya peminat apabila dia dilihat mengenakan pakaian sedondon dan beraya bersama vokalis kumpulan Razqa iaitu Amzar Sabri meraikan 1 Syawal.
Foto mesra dikongsi Amzar di akaun Instagram itu turut mengundang pertanyaan ramai sehingga ada yang membuat andaian mereka sudah sah bergelar suami isteri.
Tular komen bekas personaliti media, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar yang menitipkan semangat buat pasangan selebriti Nora Danish dan Nedim Nazri selepas penceraiannya baru-baru ini.
Kelihatan tulisannya menggambarkan keperitan penceraian yang dia sendiri pernah lalui dalam kehidupannya, namun bangkit dan kini bahagia dengan pasangan hidupnya.
Komen Azrinaz Mazhar
Bagi Azrinaz, perceraian adalah satu perkara yang sangat menyakitkan dalam sesebuah nakhoda rumah tangga.
“Perkara yang paling menyakitkan dalam perkahwinan apabila perceraian adalah satu-satunya pilihan,” coretnya menerusi ruangan kapsyen muat naik terbaharu Nedim.
Pasti Akan Mampu Hadapi Bersama
Kata bekas wartawan penyiaran TV3 itu, dia percaya bahawa baik Nora mahupun Nedim sudah cukup matang untuk mendepani segala dugaan dalam kehidupan selepas ini.
“Saya percaya kalian berdua cukup matang untuk mengatasi semua ini dengan bijaksana seperti mana terlihat dalam video (temu bual dengan media).
“Saya mendoakan perkara baik-baik dan kekuatan buat anda (Nedim) dan Nora,” katanya lagi.
Nora, 42, dan Nedim, 41, bercerai talak satu di di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.
Sekadar info, Azrinaz merupakan bekas isteri ketiga Sultan Brunei. Mereka bernikah pada tahun 2005, namun perkahwinan itu hanya bertahan selama lima tahun.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan orang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 18 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah, 16.
Azrinaz kembali bergelar isteri kepada Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya di TV3.
Menerusi perkahwinan yang terbina sejak 1 Mei 2018 itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Areesya Malaykha, 4, dan Atheera Medinah, 2 tahun.
Tumpang bahagia melihat pelakon, Elisya Sandha hamil anak kedua dan berkongsi berita gembira ini dengan kejutan yang dibuat kepada suami dan ahli keluarga mentuanya.
Apa yang menarik, reaksi pelakon serta penerbit, Sheila Rusly ternganga dan melompat kegirangan saat diberitahu tentang keadaan menantu kesayangan itu kembali berbadan dua.
Elisya Sandha Hamil Lagi
Bukan mudah untuk dapat reaksi begini, perasaan yang bercambur baur itu juga sampai kepada sesiapa sahaja yang turut menonton video yang dikongsi oleh pasangan pelakon ini.
Reaksi Sheila yang menitiskan air mata kegembiraan sebelum memeluk Elisya menjadi perhatian pengikutnya.
Rezeki Dapat Anak Kedua
Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 25, mendedahkan status terbaharunya menerusi satu hantaran dalam Instagram dengan menyatakan puteri sulungnya bakal bergelar kakak.
“Syukur untuk rezeki yang terbesar dalam hidup. Terima kasih atas doa semua.
“Bunga (anak sulung) nak jadi kakak dah,” tulis adik pelakon Fasha Sandha itu.
Pelakon filem Rasuk itu juga memuat naik video yang memperlihatkan suaminya, Uzair Haqimy, tidak dapat menahan sebak sebaik melihat keputusan ujian kehamilan tersebut.
Detik berharga itu disusuli pelukan mesra pasangan terbabit bersama anak sulung mereka, Bunga Elhaq.
Di hujung video, Elisya turut berkongsi gambar imbasan kandungannya yang kini sudah memasuki 12 minggu, enam hari.
Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021 dan dikurniakan Bunga Elhaq yang kini berusia dua tahun.
Bertuahnya pelawak, Achey mempunyai isteri yang sanggup susah senang dengannya. Tak semua mampu bertahan tetapi memang ada. Yang dapat pasangan begitu, setialah!
Pengorbanan Isteri Achey
Menerusi Dol’s Podcast mendedahkan Anne pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah syarikat bank terkemuka selama tiga bulan sewaktu dirinya menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.
Dalam audio siar dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Mamat Sepah itu, Achey memaklumkan isterinya tidak menggunakan sesen pun daripada gaji dan berkorban menyerahkan kesemua untuk kegunaannya.
“Apa yang dia (isteri aku) dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini.
“Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.
“Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.
“Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” katanya dalam sebak.
Tak Kisah Anggapan Orang Luar
Kata Achey lagi, susulan pengorbanan isteri kesayangan itulah membuatkan beliau tidak kisah jika ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne.
“Dan kalau orang nak cakap aku sekarang ini ‘menunggang’ isteri, aku akan cakap, ‘Ya aku menunggang’ sebab aku saja yang ada keistimewaan itu.
“Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Dan sebab apa aku ‘menunggang’ isteri aku sebab nama dia perlu diuar-uarkan supaya orang tahu dia.
“Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia,” kongsinya.
Kagum dan Cuit Emosi
Pengorbanan Anne buat Achey menyentuh hati ramai. Kebanyakan warga maya meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar pasangan itu dikurniakan kebahagian berpanjangan.
Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...