Wahai semua bakal pengantin sila follow menu diet yang diberikan ini, mana tahu sebulan je anda dah boleh turunkan berat badan. Jom istiqamah dalam berdiet!
Nasi makan segenggam sekali je sehari
Pagi wajib breakfast 7am-9am
Snacking 11am & 5pm
Lunch 12pm – 2pm
Malam last makan 7pm
Air secukupnya (25kg : 1liter air)
Sarapan
Roti gardenia wholemeal color purple atau hijau tu dengan peanut butter no sugar atau dengan tuna water. Atau hanya telur 2 biji rebus/ half boiled/ goreng telur mata/ scrambled tanpa minyak.
If nak minum air sejuk minum air kosong sahaja.. air manis stop terus.
Doktor suggest 1L for every 25kg of body weight tapi nak turun cepat perlukan air kosong yang banyak sebab air kosong ZERO kalori.. sebelum makan apa2 minum air masak dlu. Lepas makan pon mnum air masak. Inshallah tak lapar sampai esok ?
Snacking
Makan buah. Epal/pear/jambu. Takpun boleh ambek kacang yg unsalted. Badam or gajus. Pisang n peanut butter no sugar pon boleh
Ads
Kalau makan brown rice? Lagi cepat turun berat badan.
Nasi putih carb and kanji tinggi but kalau senaman/ jogg boleh juga turun berat badan.
Nak turun cepat takleh makan makanan berkuah. Kuah tinggi kalori.
Kadang2 timbang memang lambat turun tp badan reshape.
Tulang tunggak tubuh manusia memerlukan kalsium mencukupi bagi membolehkannya terus kekal sihat untuk berfungsi dengan sempurna.
Proses pembentukan tulang sumsum boleh diperoleh dengan melakukan aktiviti ringkas iaitu berlari berganding berenang mahupun mengayuh basikal.
Ini kerana tulang tulang sumsum, tisu semisolid terletak pada bahagian tulang lembut yang menghasilkan sel darah.
Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun, mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda.
Laman sesawang kesihatan Healthline.com, pula melaporkan hasil kajian saintis diketuai Dr Daniel Belavy, mendapati setiap individu yang berlari kira-kira lapan kilometer seminggu mempunyai tulang sumsum berusia setahun lebih muda.
Katanya, setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten.
“Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning.
“Lantaran itu, perubahan memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul.
“Perubahan itu menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,” katanya.
Penyelidikan menunjukkan terdapat hubung kait antara jenis senaman dengan sumsum lemak kuning atau dikenali sebagai tisu adipose sumsum (MAT). Bagaimanapun senaman yang dilakukan tidak mudah membakar kalori dalam tubuh.
Dr Belavy berkata, kajian membuktikan tiada sebarang manfaat MAT apabila individu menunggang basikal sehingga kira-kira 150 km seminggu.
Beliau berkata, fakta menyatakan MAT dikawal oleh lemak yang terkandung di bawah kulit, bukan hanya proses pembakaran kalori.
Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki MAT jauh lebih muda.
“Sukan yang menanggung beban mungkin akan memberi impak termasuklah bola sepak, tenis dan bola keranjang. Data menunjukkan aktiviti berdampak tinggi seperti berlari dan melompat memberi kesan positif kepada MAT.
Pakar Ortopedik Pediatrik Universiti California San Fransisco (UCSF), Dr Nirav Pandya, berkata senaman larian memberi kebaikan serta kesihatan ekstrim kepada keseluruhan badan.
Aktiviti itu bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu.
Beliau berkata, aktiviti sedemikian wajar dilakukan pada jarak dekat secara konsisten berbanding berlari jauh pada tempoh lama.
Penyelidikan sekumpulan pakar Institut kesihatan awam utama di Amerika Syarikat, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) antara 2011 hingga 2014, melaporkan sejumlah 475,000 kecederaan berkaitan aktiviti berlari atau berjoging dilaporkan berlaku setiap tahun.
Justeru, Dr Pandya mencadangkan cara terbaik mengelakkan daripada berlaku kecederaan dengan merujuk pakar perubatan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang larian.
Pakar boleh memeriksa tahap kesihatan individu secara keseluruhan selain menilai keupayaan sistem badan sebelum melakukan aktiviti fizikal.
“Anda boleh melihat kesan kepada kesihatan selepas mengambil keputusan menyertai sukan berlari sebagai proses rawatan untuk beberapa bulan. ” katanya.
“Keuntungan berlari melebihi potensi risiko kecederaan, jika seseorang meningkatkan aktiviti joging dan berlari dengan disertai jurulatih berkemungkinan berlaku insiden boleh dikurangkan.
Sumber : Berita Harian
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perkahwinan lewat, terutama dalam kalangan wanita boleh membawa kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, berikutan penurunan kadar kesuburan dan merencatkan pembangunan sosioekonomi negara.
Laporan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan penurunan dalam kadar kesuburan wanita disebabkan berkahwin lewat.
Peningkatan kos sara hidup turut mempengaruhi pembentukan keluarga dan menambah bilangan anak.
Kajian LPPKN mendapati, biarpun 86.8 peratus penduduk bujang berumur 25 hingga 49 tahun mempunyai hasrat untuk berkahwin, namun isu kewangan menjadi kekangan mereka.
“Perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu ringgit, turut menjadi faktor penyumbang kepada aliran kahwin lewat.”
Kesukaran mencari pasangan sesuai dalam kalangan lelaki dan wanita bujang ini juga mendorong kelewatan mendirikan mahligai perkahwinan.
Tumpu kerjaya
Tumpuan kepada kerjaya dengan sasaran berjawatan tinggi dalam kalangan wanita turut menyumbang senario itu.
“Wanita bekerjaya mahu memiliki kehidupan yang stabil dari segi kewangan hingga mereka melupakan hasrat menamatkan zaman bujang.
“Data menunjukkan penyertaan tenaga kerja wanita meningkat dari 46.8 peratus pada 2010 kepada 54.7 peratus pada tahun lalu. Ini membuktikan wanita mementingkan kestabilan karier dan kekukuhan kewangan.”
Penangguhan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh umur reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.
Penurunan kadar kesuburan juga berkait rapat dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa muda.
“Bagi ibu bapa muda pada hari ini, mempunyai anak bererti bersedia untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi dari saat anak dilahirkan hingga tamat belajar pada peringkat tertinggi,” katanya.
Penurunan pesat kadar kesuburan penduduk dalam dekad yang lalu, mempercepatkan proses penuaan negara.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin kebelakangan ini kita kerap mendengar tentang kesan buruk akibat dari kekurangan masa tidur. Pada masa yang sama, ia mampu memberikan kesan buruk kepada kesihatan tubuh badan. Disebabkan kekangan kerja yang banyak dan tidak boleh ditangguh sama sekali, ramai yang terpaksa melakukan pekerjaan di rumah sehingga masa tidur mula terganggu. Kalau nak kumpul duit sebab nak kahwin pun, tidur kena jaga ya semua!
Sekiranya anda pernah merasa secara langsung terhadap kesan-kesan kekurangan tidur seperti tidak mampu memberikan perhatian yang sepenuhnya, rasa rimas dan kelelahan kerana rasa mengantuk yang teramat. Tahukah anda, terdapat kesan sampingan yang serius boleh anda alami jika tidak dibendung lebih awal.
Mari kita semak kesan keburukan akibat kekurangan tidur yang boleh menyebabkan kanser yang harus anda ketahui.
Apa yang harus anda ambil tahu
Jika seseorang individu tersebut mengalami kurang masa tidur, kemungkinan besar ia boleh mengalami pelbagai jenis penyakit serta menganggu kesihatan tubuh badan mereka. Tahukah anda, terlalu kerap kurang tidur boleh menyebabkan anda mendapat risiko besar seperti penyakit kanser. Jika anda tidur kurang dari 6 jam, kemungkinan risiko kematian awal serta risiko kanser boleh berlaku seperti yang dilaporkan oleh The Independent.
Seandai ia masih diteruskan, kemungkinan disebabkan kurang masa tidur boleh menyebabkan kematian kerana mempunyai tekanan darah tinggi, diabetes tahap 2, sakit jantung dan strok. Menurut kajian yang telah diterbitkan oleh Journal Persatuan Herat Amerika, jika seseorang itu mempunyai masa tidur yang kurang dari 8 jam kemungkinan mereka akan mempunyai masalah kesihatan.
Terdapat satu penyelidikan yang telah dijalankan pada tahun 1991 sehingga 1998. Pada tahun 2016, dikatakan terdapat sebanyak 512 peserta yang didapati meninggal dunia dan separuh darinya mengalami penyakit jantung, strok dan kanser.
Oleh itu, sangat penting seseorang itu mendapatkan masa tidur yang cukup dan mampu melindungi dari terkena risiko kesihatan seperti di atas, ujar Prof. Julio Fernandez- Mendoza dari Pennysylvania State College of Medicine. Terlalu banyak tempoh tidur yang kurang akan menyebabkan kesihatan seseorang itu berada di tahap yang kritikal.
Hasil dari penemuan yang disebutkan oleh Mendoza, ia juga mampu mengenalpasti serta menyelesaikan masalah tidur yang memberi kesan pada kesihatan.
Jika anda tidak mahu apa-apa yang menganggu kesihatan tubuh badan, sebaiknya anda harus menjaga waktu tidur supaya teratur dan tidak mempunyai masalah. Sekian petikan dari Mv.beritacenter.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...