Tatkala kita mengimpikan kebahagiaan dalam berumah tangga bersama bakal pasangan, ujian datang bertimpa-timpa dalam pelbagai bentuk yang menguji kesabaran dan kesetiaan masing-masing.

Ini baru permulaan dalam pertunangan, belum lagi masuk ke alam perkahwinan. Masing-masing perlu ada sifat saling memahami dan kesabaran yang tinggi. Ini antara cabaran bertunang bakal anda hadapi.

Cabaran Getir Bertunang Apabila Pasangan Masih Belum Ada Kerja Tetap Dan Selalu Bertukar Kerja
.

Tiada Simpanan Untuk Kahwin

Untuk mendirikan rumah tangga, perkara paling utama adalah kewangan. Wang ringgit sangat diperlukan untuk persiapan majlis. Ia melibatkan wang yang banyak dan mencecah berpuluh ribu ringgit! Akan tetapi, dalam tempoh pertunangan ini, dugaan masalah kewangan banyak melanda kepada semua pihak.

Lebih-lebih bagi mereka yang tiada simpan duit untuk persediaan kahwin akan menimbulkan konflik yang besar. Tambahan pula zaman sekarang kos perkahwinan seperti pelamin, katering, jurugambar dan busana pengantin harganya adalah sangat mahal.

IKLAN

Impikan Majlis Kahwin Luar Dari Bajet Kemampuan

Setiap orang mengimpikan majlis kahwin yang grand dan indah. Maklumlah perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Masalah timbul jika ingin mendirikan perkahwinan yang gah bak istana, malangnya luar dari kemampuan. Kewangan yang tidak cukup akan menyebabkan proses untuk berkahwin menjadi lambat. Oleh itu, pasangan janganlah terlalu demand dan mengikut nafsu semata-mata. Perancangan kewangan yang bagus harus diambil kisah untuk kehidupan selepas kahwin nanti. Atur bajet kewangan sebaik-baiknya!

Pasangan Tiada Kerja Tetap & Sering Tukar Kerja

Zaman sekarang memang susah nak dapat kerja. Umur dah lanjut tapi jodoh telah sampai. Si teruna sudah melamar dan hubungan pertunangan sudah terjalin. Tapi bila pasangan tiada kerja tetap atau sering bertukar kerja, sudah tentu menyulitkan lagi situasi kewangan. Terutamanya dari pihak lelaki, yang memerlukan perbelanjaan kahwin yang banyak. Nak tunggu kumpul duit dulu? Alamatnya bertahun lagi la baru dapat berkahwin. Punca kewangan ini sering menjadi pertengkaran antara pasangan yang sedang bertunang. Faktor ini juga menjadi salah satu punca putus tunang.

IKLAN

Keluarga Perempuan Letak Hantaran Tinggi

Bila sebut pasal hantaran, kebanyakan lelaki risau dan kecut perut mendengarnya. Lagi-lagi zaman sekarang perempuan lebih berkerjaya dari lelaki. Sudah tentu pihak perempuan akan meletakkan hantaran yang tinggi untuk berkahwin.

Ini mengakibatkan pihak lelaki tertekan memikirkan hal untuk mencari wang yang lebih bagi memenuhi kehendak pihak perempuan. Hantaran yang tinggi diletakkan oleh pihak perempuan akibat faktor ekonomi sekarang kerana harga barang yang tinggi. Keluarga perempuan pula mahu yang terbaik buat anak daranya itu nanti.

Cabaran Getir Bertunang Apabila Pasangan Masih Belum Ada Kerja Tetap Dan Selalu Bertukar Kerja
.

IKLAN

Pertunangan Jarak Jauh

Perhubungan jarak jauh juga merupakan faktor dugaan bertunang. Apabila berjauhan, pelbagai perasaan menghantui diri masing-masing. Lebih-lebih lagi, apabila jarang berjumpa. Ditambah pula sibuk dengan urusan kerja. Dugaan ini harus dilalui dengan banyakkan bersabar dan memahami setiap pasangan. Bila sifat bersabar itu tersemai dalam diri setiap pasangan, hubungan ini sudah tentu dalam keadaan baik. Sabar itu merupakan tonggak kebahagiaan seseorang.

Tiada Masa Untuk Pasangan

Benar kata pepatah melayu, “Masa Itu Emas”. Masa adalah sangat penting dalam kehidupan. Dalam hubungan proses menyelami hati budi masing-masing ini, setiap pasangan perlu pandai menguruskan masa sebaiknya. Terutama masa bekerja dan masa bersama bakal teman hidup. Ramai pasangan yang kecundang dan putus tunang disebabkan tiada persefahaman. Ini kerana masa kerja pasangan yang tidak menentu membuatkan mereka jarang berjumpa.

Apabila hal ini berlaku, pasangan akan merasakan seperti hubungan pertunangan ini seolah-olah tidak wujud. Demi menjaga hubungan suci ini, pasangan sepatutnya bertolak ansur dan memahami tugas pasangannya itu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI