Tanya sahaja pada mana-mana wanita dalam dunia ini, pasti mereka inginkan mempunyai kulit yang cantik dan flawless. Oleh sebab itu, wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan kerana semuanya mengimpikan kulit sentiasa kelihatan cantik setiap masa.
Justeru, untuk dapatkan kulit yang sihat, anda perlu membuat pilihan bijak dengan mengetahui keperluan kulit sendiri. Terdapat pelbagai produk skincare yang dapat membantu kulit bakal pengantin menjadi lebih sihat dan flawless seperti di bawah. Ini adalah senarai produk yang berkesan dan selamat digunakan:
SULWHASOO Gentle Cleansing Oil EX (50ml)
Cleansing Oil terbaik untuk remover solekan
Langkah pertama yang perlu anda lakukan sebelum mencuci muka adalah membersihkan kulit wajah terlebih dahulu dengan cleansing oil ini. Gunakan cleansing oil yang lembut dan tidak akan menyebabkan iritasi atau kepedihan pada kulit wajah.
Berkesan untuk menghapuskan kotoran dan membuang sel-sel kulit mati serta melindungi lapisan kulit. Kandungan produk ini adalah dari bahan semulajadi iaitu benih Coix Lacryma-Jobi, kulit buah limau dan minyak buah Apricot yang akan menjaga kulit anda daripada cela.
HIMALAYA Purifying Neem Face Wash (100ml)
Cleanser terbaik untuk kulit kombinasi dan berjerawat
Bagi wanita yang mempunyai kulit kombinasi cenderung jerawat, produk dari jenama Himalaya ini sesuai untuk anda. Diperbuat daripada 100% bahan semulajadi yang mampu membersih kulit wajah anda tanpa kesan sampingan. Tidak mengeringkan, usah risau kulit wajah anda tidak akan menjadi iritasi.
Dengan kandungan dari bahan-bahan organik seperti daun Neem dan daun kunyit yang mempunyai khasiat tinggi untuk menjaga serta menghapuskan antibakteria, agar kulit bebas masalah. Kulit akan terasa lembut, bersih dan segar sepanjang masa.
THE BODY SHOP Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask (75ml)
Scrub/masker untuk muka – kecilkan pori
Langkah perawatan yang penting untuk membantu mengecilkan liang pori adalah dengan kaedah pengelupasan (exfoliation). Produk multifungsi dari The Body Shop ini boleh digunakan sebagai skrub muka dan juga masker. Mengandungi arang buluh dan daun teh, tekstur masker ini yang kasar dapat melakukan proses pengelupas (exfoliate).
Biarkan wajah kering selepas mencucinya dan lakukan gerakan putaran secara perlahan untuk menghapuskan sel kulit mati. Ianya dapat menghalang penghasilan minyak yang berlebihan serta membersih dan mengecilkan liang pori.
KIEHL’S Ultra Facial Oil-Free Toner (250ml)
Toner terbaik untuk kulit berminyak
Produk dari jenama Kiehl’s ini terbaik untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Toner bebas alkohol ini, tidak akan membuatkan kulit anda kekeringan serta mampu untuk menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.
Bahan kandungan dalam toner ini berfungsi untuk mengekalkan kehidratan dan kelembapan dengan sempurna serta mengimbangkan pH kulit wajah anda tanpa membuatkannya terasa pedih. Selamat untuk kulit sensitif, toner ini bebas pewangi dan paraben.
SK-II Facial Treatment Essence (30ml)
Essence terbaik dari Jepun – untuk kulit kering
Diterbangkan khas dari Jepun, essence ini mengandungi Pitera – bahan semulajadi yang diperkaya dengan vitamin dan mineral, mampu untuk melembap dan mengembalikan nutrisi pada kulit wajah anda. Produk ini mencerahkan kulit wajah sehingga tampak berseri dari jauh.
Menjadi kegilaan wanita-wanita Jepun, produk ini diformulasikan dengan bahan yang ringan dan anda boleh melihat perubahan pada kulit wajah hanya dalam masa 14 hari sahaja. Kulit wajah anda kelihatan menawan bak kristal!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI