Memiliki pasangan setia merupakan idaman bagi setiap insan. Mana tidaknya, kesetiaan adalah perkara yang paling utama dalam mengekalkan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Mungkin bagi sesetengah individu, menjadi pasangan setia dan jujur adalah sesuatu yang sukar untuk membuktikannya.

Dikurniakan pasangan setia suami isteri setia

Sekiranya dikurniakan pasangan setia, anda adalah seseorang yang cukup beruntung kerana dia mungkin akan menjaga anda dengan sebaik mungkin.

Namun bagi suami atau isteri yang melakukan pengkhianatan dalam hubungan, ia akan menyebabkan rumah tangga hilang dan anak-anak akan berasa kecewa.

Cakap Sayang Mungkin Mudah Tapi Setia Itu Yang Buat Sayang Jadi Mahal
.

Untuk menjadi pasangan yang setia memerlukan keinginan diri anda untuk setia. Antara perkara yang anda boleh amalkan ialah:

#1. Menghargai setiap pengorbanan

Sebagai suami, anda perlu menilai seberapa banyak pengorbanan yang telah pasangan anda lakukan.

Tetapkan di dalam hati dan fikiran untuk sentiasa mengingati setiap jasa isteri lakukan demi anda sehingga sanggup menggadaikan nyawanya demi melahirkan seorang zuriat.

Bukan itu sahaja, dia juga sanggup memilih untuk berjauhan dengan orang tuanya atau sanggup berhenti kerja hanya ingin memberikan yang terbaik buat anda dan seisi keluarga.

IKLAN

Sekiranya anda mengambil berat akan setiap perkara yang dilakukannya, pasti anda boleh ‘menutup mata’ dari melihat kelebihan wanita lain di sekeliling anda.

#2. Sentiasa bersyukur

Ramai sebenarnya pasangan yang telah mendirikan rumah tangga lupa untuk bersyukur dengan anugerah jodoh yang diberikan.

Dalam hal ini, sentiasa bersyukur kerana terdapat insan yang menerima diri anda seadanya biarpun dia mengetahui setiap kelemahan dan kekurangan.

Isteri yang baik tidak akan memfokuskan pada kelemahan suami kerana hatinya ikhlas untuk meneruskan perjalanan sebagai suami isteri hingga ke akhir nafasnya.

Walaupun dia sebenarnya boleh memilih kehidupan dengan orang yang jauh lebih baik, tetapi dia masih ingin bersama anda maka bersyukurlah dengan kehadiran dirinya.

IKLAN

#3. Jujur dalam setiap perbuatan

Untuk menjadi pasangan setia, anda perlu membiasakan diri untuk jujur dalam berkata-kata dan setiap tindakan yang berlaku dalam seharian.

Hal yang pernah diingatkan bahawa permulaan seseorang menjadi tidak setia adalah sikap suka berbohong dan menipu pasangan.

Sekiranya anda sering tidak jujur, anda sebenarnya telah meletakkan hubungan rumah tangga dalam keadaan berbahaya kerana mangsa penipuan akan mula tawar hati untuk berhadapan dengan anda.

Ia sekaligus telah mencipta sebuah pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diletakkan pasangan bertahun lamanya.

Cakap Sayang Mungkin Mudah Tapi Setia Itu Yang Buat Sayang Jadi Mahal
.

IKLAN

#4. Jangan menjemput orang ketiga

Kunci bagi sebuah kesetiaan terletak pada cara anda menjaga diri ketika berada jauh dari pasangan. Ia meliputi situasi di tempat kerja atau cara anda berhubung dalam media sosial.

Elakkan dari memuat naik status yang menunjukkan anda seolah-olah menjalani kehidupan bujang bagi mengelakkan perhatian orang ketiga.

Sentiasa tahu akan setiap batas pergaulan terutamanya anda perlu berada dengan mereka yang berlainan jantina.

Ingat, anda yang duduk berdua di dalam pejabat kerana perlu bekerja lebih masa akan mengundang godaan syaitan. Sekelip mata sahaja anda boleh terlupa akan isteri dan anak-anak yang menunggu anda di rumah.

#5. Sentiasa bersama susah dan senang

Tidak semua pasangan akan terus bersama ketika hubungan dilanda kesusahan. Sekiranya seorang isteri memilih untuk berada dengan anda melalui setiap detik getir seperti wang simpanan tidak mencukupi atau anda berhadapan dengan isu di tempat kerja, hargailah dirinya.

Hal ini kerana isteri dan anak-anak mampu menjadi penguat semangat anda untuk bangkit dari segala perkara yang membuatkan anda semakin lemah. Bukan itu sahaja, genggamlah dengan erat tangannya agar anda dan isteri bersama-sama menempuhi setiap onak duri bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.

Namun, sekiranya ribut taufan ini telah berlalu, jangan pula anda lupa akan pengorbanan yang telah isteri lakukan. Justeru, cara paling mudah untuk membuatkan isteri berasa sering dihargai adalah dengan mengucapkan kata-kata terima kasih, membantu isteri melakukan kerja rumah dan sentiasa berusaha menjadi suami yang terbaik.

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI