Akhirnya penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina Hashim selamat bernikah dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Eddy Nasruan Adil Tunku Mudzaffar dalam sebuah majlis tertutup.
Che Puan Jeslina Hashim Sah Milik Tunku Eddy
Berita gembira terbabit dikongsi pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim yang kini menjadi biras kepada penyanyi berusia 46 tahun itu.
“Hari yang indah dan majlis yang indah bagi meraikan akad nikah adik ipar saya Eddy Mudzaffar bersama Jeslina Hashim.
Ads
“Semoga Allah menjaga dan merahmati kalian berdua agar sentiasa gembira, sihat dan terus bersama hingga jannah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dihadiri Sarimah Ibrahim
Sarimah hadir ke majlis tersebut bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin dan anak mereka, Tunku Sofia Najihah, 4.
Ads
Difahamkan, pernikahan pasangan yang sudah lapan tahun menjalin hubungan cinta itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Menerusi video, mempelai menggayakan persalinan sedondon serba putih, bahkan pengantin perempuan turut menitiskan air mata gembira sebelum upacara menyarung cincin.
Ads
Sebelum ini, Jeslina pernah mendirikan rumah tangga dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005, namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Micah, 15, dan Keira, 13.
Tunku Eddy yang juga adik kepada suami Sarimah adalah cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan dan Yang di-Pertuan Agong ke-10, Tuanku Ja’afar.
Ujian rumah tangga buat pelakon, Mawar Rashid mengesahkan sudah berpisah dengan pasangannya, Raf Yaakob atas dasar tiada persefahaman.
Menerusi portal Kosmo! Mawar, 28, menyatakan perpisahan tersebut dilakukan atas persetujuan bersama namun masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak.
“Kami berdua sudah bersetuju perpisahan ini atas dasar tiada persefahaman namun masih mengekalkan hubungan baik.
“Fokus utama ketika ini ialah memberi sokongan dan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak kami.
“Kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai ibu bapa adalah sangat penting dan itu yang kami lakukan bersama ketika ini, insya-Allah,” katanya dalam satu perkongsian Instagram hari ini.
Dia yang pernah membintangi drama Suamiku Paling Sweet itu turut meminta orang ramai memberi ruang serta mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini.
“Kepada rakan media, hanya ini sahaja kenyataan daripada kami berdua dan harap anda menghormatinya.
“Buat pengikut media sosial, kami memohon doa yang baik daripada anda semua,” ujarnya.
Pada masa sama, dia juga meminta orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi tidak benar mengenai perceraian itu.
“Bukan mudah untuk kami berdua berkongsi mengenai hal perpisahan ini kepada anda semua.
“Namun ini adalah jalan terbaik buat kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong serta memberi kata-kata yang baik, semua itu sangat bermakna untuk saya dan Raf,” ujarnya.
Sebelum ini, Mawar pada 10 Oktober lalu mengejutkan ramai apabila berkongsi foto tidak lagi bertudung dalam media sosial.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf yang merupakan adik kepada selebriti Fazley Yaakob pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad yang kini berusia empat tahun, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan anak pelengkap ikatan perkahwinan namun bukan semua pasangan yang berkahwin dimurahkan rezeki dengan kehadiran cahaya mata.
Jika minggu lalu kisah seorang pemuda beri kucing makan dikejutkan dengan tawaran pekerjaan, minggu ini kisah seorang wanita dikurniakan zuriat pula kerana perbuatan sama dan ia menghangatkan timeline media sosial.
Tampil berkongsi detik indah itu, wanita menggunakan Tweethandle @heerawahab atau nama sebenarnya Nurul Thahira Abd Wahab memaklumkan dia berjaya hamil selepas sebulan memelihara haiwan itu.
Saya dan suami sudah dua tahun berkahwin namun belum dikurniakan zuriat. Sebelum ini saya pernah hamil tapi keguguran.
Menurut wanita berusia 24 tahun ini, pelbagai usaha dan kaedah telah dilakukan untuk mendapatkan zuriat termasuk mencuba perubatan secara tradisional namun ia tidak berhasil.
Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sehingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah, namun tak berjaya.
Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafein, makan makanan yang sihat, makan vitamin, tapi semua seperti tidak menjadi.
“SETIAP KALI BERI MAKAN PADA KUCING, SUAMI AKAN CAKAP DENGAN KUCING MINTA DOAKAN SUPAYA KAMI JUGA DIKURNIAKAN ZURIAT. MEMANG ITULAH SATU-SATUNYA PERKARA DIA AKAN KATA PADA KUCING”
Benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti. Thahira atau lebih mesra disapa Herra yang kini sudah 11 minggu hamil memberitahu suaminya, Mohd Shidee Jahli, 31, seorang yang penyayang dan sangat sukakan kucing.
Setiap kali ke kedai makan, dia mesti akan order ikan untuk diberi pada kucing. Even dalam bakul motor, kereta dia akan ada bekalan makanan untuk diberi pada kucing.
Setiap kali beri makan pada kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.
Menurut anak jati Pokok Sena, Kedah ini lagi, beberapa individu lain turut tampil berkongsi nasib sama dengannya.
Selepas share pengalaman itu ramai pula yang tampil berkongsi masalah. Ada yang sudah 11 tahun kahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Heera mendedahkan dia pernah mengalami kemurungan gara-gara terlalu inginkan zuriat sehingga terpaksa menjalani beberapa sesi terapi.
Rakan-rakan yang berkahwin masing-masing dah ada anak dan besar. Kita dekat sini terasa apabila orang tanya bila nak ada anak, tak teringin ke nak ada anak.
Saya asyik menangis sehingga tak lalu makan. Sampai satu tahap saya berasa amat tertekan dan berputus asa. Kalau berjalan ke mall dan lalu depan kedai babysaya akan rasa terlampau sedih. Dah macam tak betul. Sehingga saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa dan memilih untuk menjauhkan diri.
Heera bagaimanapun menasihati wanita khusunya mereka yang belum dikurniakan zuriat untuk tidak tertekan dan berputus asa dan sentiasa percaya akan dikurniakan ganjaran jika berbakti sesama makhluk tuhan.
Saya tak sangka akhirnya saya mengandung kerana sebelum ini setiap kali lewat datang bulan saya teruja buat ujian kehamilan namun keputusannya selalu menghampakan.
Tapi kali ini suami perasan kelakuan saya berbeza. Saya sering mengadu ubat gigi tak sedap, dah expired ke?
Kemudian dia suruh saya buat ujian kehamilan dan betul saya mengandung. Saya buat ujian itu sehingga lima kali sebab saya betul-betul tak sangka. Yang penting kita usaha, selebihnya berserah kepada Allah.
Perkongsian kisah itu mendapat respons positif daripada orang ramai yang berpendapat ia merupakan ganjaran Allah kerana berbuat baik terhadap haiwan terutamanya kucing, haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW.
Sumber: mStar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan usahawan Kiah Propa, selamat melangsungkan perkahwinan apabila kembali bergelar isteri kepada bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil memaklumkan sebelum ini Nazri pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula dengannya.
“Lapan tahun, duda aku ajak aku nikah balik. Dia tak putus asa.
“Masa itu dia sihat, aku tak nak malah aku dah selesa hidup seorang tetapi jodoh aku dengan dia panjang pula,” ceritanya.
Kemudian, hati pelakon drama Jangan Menangis Cinta itu terbuka untuk kembali bertaut kasih bersama bekas suami dengan niat untuk menjaganya yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.
Kali ini dia sakit, aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan batasan aurat.
Permintaan dia sebelum menutup mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan Kiah kerana sanggup menggalas kembali tugas sebagai isteri demi menjaga suami yang sakit.
Mana nak jumpa perempuan macam ni? Satu dalam 1000, biasa kalau sakit kena tinggal adalah.
Baiknya Kiah, semoga mendapat balasan syurga kerana menjaga bekas suami.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...