Jimat dan cepat. Itulah perkara pertama yang berada di fikiran bila kita nak rawat kecantikan diri sendiri di rumah. Ada banyak cara yang murah lagi jimat boleh kita praktikkan. Salah satunya adalah hanya menggunakan sebiji lemon saja.
Dari sebiji buah ini macam macam petua cantik boleh dilakukan di rumah dari rambut sampai ke kaki.
1. Hilangkan jerawat
Sapu jus lemon pada kulit bermasalah lalu biarkan seketika kemudian dibilas. Jika kulit berminyak lakukan rutin ini dua kali seminggu dan untuk kulit kering seminggu sekali sudah mencukupi.
2. Naikkan seri muka
Campurkan jus lemon dengan madu dan lumur pada wajah. Gabungan keduanya mampu menaikkan seri muka.
3. Kuku sihat
Sapu jus lemon pada kuku, biar kering dan bilas.
4. Cerahkan ketiak dan siku yang hitam
Potong lemon dan gosok pada bahagian yang gelap. Buat dengan teratur.
5. Turunkan berat
Minum segelas lemon dicampur dengan madu setiap hari atau air suam dicampur dengan lemon yang disimpan semalaman dalam peti.
6. Rawat rambut
Ratakan jus lemon ke atas kepala dan urut lalu dibilas, ia melancarkan pengaliran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.
7. Buang kulit mati
Lemon yang sudah digunakan jangan dibuang, kulit bahagian dalam boleh dibuat skrub. Gosokkan saja pada wajah, leher, siku dan lutut.
8. Hilang bintik hitam pada wajah
Cuci wajah dengan air yang dicampur perahan lemon.
Banyak manfaat lemon ini, kan. Jadi berbaloi sangat membelinya walau sedikit mahal namun dapat dimanfaatkan untuk rawatan seluruh tubuh.
Sumber : eRayHomeSpa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI