kulit berpeluh

Kalau nak tahu, kulit berpeluh lepas pakai pelembap dan sunscreen sebab ada proses membebaskan haba. Situasi ini normal dan tidak terlalu janggal bagi anda yang sudah biasa memakai set pejagaan kulit.

Cara Atasi Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Pastikan Ikut Langkah

Bila pakai moisturizer atau sunscreen, kandungannya yang bersifat occlusive (memerangkap) akan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kulit kehilangan lembapan.

Ini menyebabkan peluh terbebas lebih perlahan dan titisan yang keluar adalah lebih besar dan ketara.

Simptom ini juga turut terjadi apabila pakai losyen badan atau makeup.

Cara untuk mengatasinya adalah:

1. Kurangkan saiz moisturizer yang dipakai.

Kadang kulit hanya berpeluh sewaktu mula-mula pakai pelembap, jadi biarkan dan kalau nak selesa, pakai dalam aircond. Cepat lah pelembap tu kering dan meresap ke dalam kulit. Lama-kelamaan makin serasi dengan kulit dan tidak berpeluh lagi. Sekiranya kulit tetap jadi berpeluh, cuba kurangkan sedikit jumlah moisturizer yang dipakai pada muka.

Haaa.. tapi jumlah sunscreen tak boleh kurangkan ya, mesti pakai dengan dos yang betul iaitu 2 jari untuk seluruh muka.

IKLAN

Cara Atasi Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Pastikan Ikut Langkah

2. Kurangkan lapisan produk penjagaan kulit.

Melapis produk penjagaan kulit dengan banyak boleh buatkan kulit jadi berpeluh kerana sesetengah toner, essence, dan serum yang dipakai sebelum moisturizer turut mempunyai bahan yang occlusive (memerangkap) biasanya jenis silicone.

Cuba pecahkan kepada beberapa rutin yang berlainan sebagai contoh toner untuk rutin pagi, essence pada rutin pertengahan hari, dan serum untuk rutin malam.

IKLAN

Cara Atasi Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Pastikan Ikut Langkah

3. Tukar kepada moisturizer dan sunscreen yang lebih ringan.

Pilih moisturizer yang mempunyai tekstur gel atau gel-cream kerana komposisi occlusive nya adalah lebih sedikit. Selain itu, pilih jenis yang cepat menyerap dan mempunyai kemasan (finishing) yang sesuai dengan jenis kulit.

IKLAN

Sunscreen jenis gel atau watery essence adalah lebih ringan berbanding jenis cream. Jika boleh, pilih suncsreen yang tinggi kandungan pelembap dan manfaat lain supaya tidak perlu pakai moisturizer lagi sebelumnya. Hanya pakai sunscreen sahaja sudah memadai untuk rutin siang.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, produk dengan label ‘oil-free’ atau ‘non-comedogenic’ bukan jaminan, ini tidak membuatkan kulit jadi berpeluh.

Ada beberapa pelembap dan sunscreen yang dilabel begitu tetapi bila saya pakai tetap tak selesa, berpeluh, dan rasa melekit.

Cara Atasi Kulit Berpeluh Lepas Pakai Pelembap Dan Sunscreen, Pastikan Ikut Langkah

Cara paling tepat untuk tahu sesuatu produk itu sesuai atau tidak dengan kulit kita, tak lain tak bukan adalah: kena pakai sendiri.

Itu sahaja ‘undang-undang’ melawa kali ini. Harap anda boleh praktik dalam penjagaan wajah ya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI