Orang kulit cerah kena pandai main alat solek untuk naikkan seri. Owh ya,paling penting, pastikan anda prep dulu muka sebelum teruskan mekap. Bukan nak tebal-tebal pun, janji ada warna di wajah anda.
Jika terlampau bersolek akan nampak garang dan ‘badut’, jadi cuba ikut teknik ini untuk elakkan kelihatan pucat.
Tip Solek Untuk Orang Kulit Cerah, Pastikan Jaga Beberapa Step Ini!
Haaa… sebenarnya cukup menjaga beberapa langkah ini dalam solekan, pasti anda nampak cantik secara semula jadi.
Elak penggunaan solekan jenis neutral atau nude
Jika anda mempunyai kulit jenis putih pucat lesi, elakkan memakai gincu bibir nude ataupun rona coklat kerana ianya menyebabkan anda kelihatan lebih suram dan mati sahaja.
Ads
Penggunaan warna menambahkan seri
Oleh kerana kita tahu warna bibir neutral berada di luar, apa tips kecantikan untuk kulit pucat? Wanita dengan kulit pucat perlu menggunakan gincu bibir warna terang seperti merah atau corals.
Elak eyeshadow yang neutral
Kulit yang pucat lesi tidak masuk dengan eyeshadow neutral. Krim dan kuning air akan menghapuskan kulit anda daripada memberi anda dimensi.
Ads
Eyeliner
Jika anda menghadapi masalah memilih eyeliner yang betul, baca tip berkesan ini untuk individu yang mempunyai kulit wajah pucat lesi. Cara terbaik ialah memilih eyeliner gelap daripada warna eyeshadow. Jangan pilih yang jenis ringan.
Maskara
Secara mudah, sentiasa pilih maskara hitam. Ini akan membantu membuatkan mata anda kelihatan lebih pop. Maskara coklat atau jenis clear tidak memberi impak yang baik.
Foundation
Pilih foundation yang betul untuk kulit wajah anda. Dalam memilih foundation yang betul, ada yang terlalu warna merah jambu, ada yang menyebabkan wajah nampak kelabu disebabkan salah pilih warna bedak asas. Apa yang perlu anda lakukan ialah cuba uji di muka bukannya di tangan. Pastikan pencahayaan cahaya adalah semula jadi sebelum membuat keputusan muktamad.
Ads
Sila pakai blusher
Mungkin ada sesetengah daripada kita semua yang tidak mengenakan blusher di pipi. Tahukah anda blusher memberikan warna pada wajah, kehangatan, serta menambahkan seri individu tersebut.
Bronzer
Bronzer terbaik untuk memberikan cahaya pada wajah, diletakkan di pipi, dagu, hidung dan dahi. Bukan itu sahaja, jika anda berwajah bulat, gunakan bronzer untuk memberi kesan tirus di pipi.
Teruja menunggu majlis perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah yang bakal bernikah dengan wanita pilihannya yang dikenali sebagai Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam pada 11 Januari 2024 yang berlangsung selama 10 hari.
Perkahwinan Pengiran Muda Abdul Mateen
Terdiri daripada adat-istiadat yang unik, ketahui dengan lebih terperinci mengenai istiadat perkahwinan diraja yang Pengiran Muda Mateen dan YM Dayang Anisha bakal lalui sehingga hari perkahwinan mereka.
Hari Pertama (7 Januari 2024)
Majlis Istiadat Bersuruh Diraja: Hanya berlangsung apabila perundingan antara kedua belah pihak bakal pengantin telah dipersetujui.
Hari Kedua (8 Januari 2024)
Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga: Mengandungi lima jenis irama iaitu Gendang Perang, Gendang Raja Lalu, Gendang Arak-Arakan, Gendang Alih-Alihan Tengah dan Gendang Alih-Alihan Ujung. Turut dimainkan juga tiga lagu serunai iaitu Kudidi, Sangga Bunuh dan Liu-Liu.
Hari Ketiga (9 Januari 2024)
Majlis Istiadat Menghantar & Menerima Tanda Diraja: Pengesahan calon pasangan pengantin diraja.
Pertunangan Diraja.
Hari Keempat (10 Januari 2024)
Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja: Mencalit bedak kepada bakal pengantin oleh keluarga pengantin yang rapat.
Hari Kelima (11 Januari 2024)
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja.
Hari Kelapan (14 Januari 2024)
Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja.
Pengantin Diraja berarak sekeliling Bandar Seri Begawan.
Hari Kesembilan (15 Januari 2024)
Majlis Persantapan Diraja.
Hari Kesepuluh (16 Januari 2024)
Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat: Dimulai dengan bacaan zikir, diikuti dengan tembakan meriam kesultanan Brunei.
Menutup Gendang Jaga-Jaga: Diiringi dengan Gendang Arak-Arakan dan diakhiri dengan membokar dan membuka perhiasan.
Sepadan dan cantik manis pasangan mempelai. Semoga majlis perkahwinan pasangan diraja ini berjalan lancar dan dipermudahkan.
Teruja melihat perkongsian baju pengantin oleh penyanyi, Noh Salleh yang bakal melangsungkan pernikahan pada 23 September ini dengan wanita pilihannya, Fatin Athirah Mustapa.
Walaupun Noh tidak berkongsi sebarang perincian mengenai busana pengantin rona putih, namun jelas terselit perasaan bahagia apabila dia bakal melangkah semula ke gerbang perkahwinan.
Tertulis Nama Di Penyangkut Busana
Namun vokalis kumpulan Hujan itu tampak terbuka berkongsi persalinan istimewa yang tertera namanya dan Athira Mustapa pada penyangkut kedua-dua busana tersebut.
Lebih menarik, jelas tertulis tarikh 23 September pada penyangkut baju itu sebagai bukti tarikh hari bahagia mereka seperti didedahkan media sebelum ini.
Menurut sumber, busana perkahwinan Noh dan Athirah yang juga peguam itu merupakan rekaan daripada butik berjenama Fidae.
Susulan itu, perkongsian terbabit meraih respons netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah selain mendoakan pasangan tersebut berbahagia sehingga ke akhirnya.
Sekadar info, Noh telah melangsungkan pertunangan dengan wanita berusia 30 tahun itu pada 7 Mei lalu.
Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.
Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah yang sering dialami oleh ramai orang selepas hari raya ialah berat badan yang makin bertambah. Ada yang berjaya menurunkan berat badan ketika berpuasa, tapi sebaik tiba Syawal, berat badan kembali meningkat bahkan ada yang lebih banyak daripada berat asal. Aduh, pening dibuatnya.
Selain menjaga pemakanan ketika diet, perlu juga mengambil berat tentang apa yang diminum. Ada beberapa minuman yang dipercayai boleh membantu anda sukses dalam diet.
Berikut dikongsikan jenis-jenis minuman yang boleh korang amalkan.
AIR PUTIH
Daripada semua minuman, air putih adalah minuman paling sihat. Ini juga kaya akan nutrisi yang membantu tubuh sentiasa fit dan berat badan terjaga dengan baik. Minum air putih membantu tubuh terhindar daripada risiko dehidrasi. Tapi ingat, mengambil air putih berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.
Minuman kedua yang berkesan membantu mengurangkan berat badan adalah kopi. Meski tidak melakukan sebarang aktviti, setelah minum kopi, kalori pada tubuh mampu terbakar dengan sendirinya. Kopi yang boleh diminum untuk program diet dan disarankan tidak lebih daripada 400 miligram setiap hari. Pastikan tanpa gula ya!
kredit foto: Pexels
TEH HIJAU
Sejak zaman dulu, teh hijau menjadi minuman utama yang dipercayai sangat menyihatkan. Teh hijau juga kaya manfaat dan mampu menjadi ubat. Para pakar percaya dengan meminum teh hijau secara rutin dengan jumlahnya yang tepat, dapat membantu mengurangi berat badan yang berlebihan.
Penyelidikan yang dilakukan di Jepun mengatakan dengan mengambil satu sudu makan cuka epal yang dicampurkan dengan segelas air suam, akan membantu menjayakan program diet. Ini juga menyihatkan sistem pencernaan dan meningkatkan sistem metabolisme tubuh.