Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang menunggu keputusan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan bila keputusan keluar, anda didapati tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut. Alangkah kecewanya hati.
Namun, jangan risau kerana anda masih lagi boleh membuat rayuan kerana kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei 2020.
Memetik artikel oleh Astro Awani, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat akibat penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.
Ads
“Ada yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
“Ada juga yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori 9 pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, Ahad lalu.
Ads
Selain menghantar e-mel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan, boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula Isnin 11 Mei 2020. Bagi negeri yang bercuti semalam, boleh pergi ke kaunter LHDN pada hari ini.
Ads
Foto: Sumber Internet
Perdana Menteri turut menekankan bahawa dia tidak berjanji yang semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan.
Sehingga 10 Mei, kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan sebanyak RM1.7 bilion. Dengan kelulusan tersebut beliau berkata, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Hari perkahwinan pastinya menjadi momen yang mampu menggetarkan jiwa dan hati sesiapa sahaja terutamanya orang tua. Selain ibu, ayah juga pastinya menjadi orang yang paling merasakan kehilangan kerana terpaksa merelakan anak perempuannya untuk hidup bersama lelaki pilihan.
Seorang ayah yang jiwanya mungkin lebih tenang dan jarang sekali berbicara berbanding ibu, pasti ada sesuatu yang anda tidak tahu tentang isi hatinya yang sangat lembut terhadap anak perempuan.
Sebelum bergelar isteri, hayatilah tujuh nasihat berguna yang sering dilafazkan seorang ayah buat anak perempuannya menjelang hari perkahwinan. Semoga nasihat ini akan anda sematkan sepanjang anda dna pasangan melayari kehidupan rumah tangga dengan bahagia.
1. Tetaplah saling mencintai buat selama-lamanya
“Anakku, memang benar cinta bukanlah segala-galanya. Namun tanpa cinta, segalanya tidak akan ada. Sentiasalah saling mencintai buat selama-lamanya. Percayalah bahawa kalian adalah dua makhluk yang memang ditakdirkan untuk hidup bersama.”
2. Sentiasalah bersama menempuh pelbagai dugaan dalam kehidupan
“Anakku, aku dan ibumu akan segera melepaskan kamu laksana penjaga pantai yang melepaskan sebuah pelayaran ke lautan dalam. Bahtera yang telah kalian persiapkan ini akan segera belayar dalam menempuh pelbagai dugaan yang mendatang.”
3. Bukalah matamu sebesar-besarnya sebelum bernikah dan tutuplah rapat-rapat matamu setelah bernikah
“Anakku, kalian berhak memilih siapa pun yang menurut kamu terbaik sebelum kamu bernikah dengan tetap membuka mata sebesar-besarnya. Namun, tutuplah rapat mata kamu setelah bernikah dengan hanya melihat antara satu sama lain.”
4. Tak perlu berlebihan dan hiduplah secara sederhana, namun cukup adalah lebih baik
“Anakku sayang, bukan harta yang menjadi perkara utama yang harus kalian cari, namun carilah kebahagiaan yang hakiki. Untuk itu, kalian tidak perlu berlebihan. Hiduplah secara sederhana namun cukup dengan penuh ketenangan hati.”
5. Mulalah belajar menjadi orang tua yang baik
“Anakku, jika pada saatnya nanti telah tiba giliran kalian untuk menjadi orang tua, maka jadilah orang tua yang baik. Sentiasa membimbing dan membesarkan anak-anakmu dengan penuh cinta dan kasih sayang.”
6. Teruskanlah belajar menerima antara satu sama lain
“Pasangan kamu umpama sehelai demi sehelai buku yang tidak akan habis dibaca. Untuk itu, sentiasalah belajar dan jangan jemu menerima kelebihan dan kekurangan antara satu sama lain.”
7. Sentiasalah saling menjaga dan bertanggungjawab antara satu sama lain
“Dari hidup berdua, kalian nanti akan membina sebuah keluarga kecil seperti aku dan ibumu dahulu. Untuk itu, sentiasalah saling menjaga dan bertanggungjawab antara satu sama lain. Kalian merupakan harta yang tidak ternilai untuk masing-masing.”
Sumber: brilio.net
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memikat hati isteri tidaklah sukar mana. Anda mesti sudah biasa dengan isteri anda sebab itu ia menjadi mudah dalam semua perkara.
Kalau nak tahu pegang tangan isteri juga adalah salah satu cara untuk pikat hati isteri anda. Tahukah anda terdapat beberapa waktu paling sesuai untuk pegang tangan isteri. Nah kami kongsi 7 tips berguna untuk anda. Selamat mencuba!
1) Sebelum keluar rumah
Cuba anda genggam dengan lembut tangan isteri anda dalam dua saat macam itu, kemudian bisik sedikit kepada isteri anda: ‘Saya sayang awak’. Confirm isteri anda akan tersenyum sepanjang hari. Boleh cair kalau hari-hari macam ni.
2) Waktu keadaan sukar
Bila isteri anda mengalami masalah dia mesti perlukan anda untuk mendengar luahan hatinya, cuba pegang tangannya. Jika perlu, cuba anda peluk sedikit dan beri kata-kata semangat kepadanya. Mungkin cara ini boleh menyembuhkan sedikit kesedihan isteri anda.
3) Waktu berada di tempat yang ramai orang
Jika anda tidak gemar untuk mencari isteri anda di dalam lautan manusia, apa kata anda terus pegang tangan mereka kemas-kemas. Jadi secara tak langsung, anda tidak perlu lagi untuk call atau whatsapp isteri anda untuk bertanya lokasi. Jimat masa.
4) Waktu melintas jalan
Cara paling mudah untuk si suami nampak gentleman adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang. Tak nampak macho lah nanti.
5) Waktu anda rasa perlu pegang tangan
Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit. Contohnya waktu tengah tengok wayang atau di dalam kereta. Biar isteri rasa macam ‘dijaga’ ketat oleh anda.
6) Waktu sebelum tidur
Cuba genggam sedikit tangan isteri anda dan ucapkan Selamat Malam. Pasti isteri anda tersenyum dan tidur anda akan lebih lena.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua pasangan yang berkahwin sememangnya inginkan cahaya mata, namun ada ketika pasangan ini terlajak hamil di usia lewat 40-an. Ada risikonya kerana ia mungkin mengancam nyawa bayi juga si ibu. Sebagai pasangan, anda perlu tahu perihal ini agar kedua anda bersedia lebih awal sebelum ingin menambah lagi bilangan zuriat.
”Doktor, umur saya dah lebih 40 tahun. Kalau saya mengandung lagi, apa risikonya?” Soalan sebegini selalu sahaja diajukan kepada doktor oleh wanita yang ingin hamil walaupun sudah berusia lebih 40 tahun.
Buat anda yang belum tahu, 40-an adalah usia di mana wanita tidak lagi digalakkan untuk mengandung. Kenapa? Ini kerana terdapat beberapa risiko kehamilan lewat usia buat wanita.
.
Antara yang paling popular adalah risiko mendapat anak autisme akan menjadi lebih tinggi jika wanita mengandung pada usia tua.
Ya, kenyataan tersebut ada benarnya.Pun begitu, pernahkah anda tertanya-tanya tentang risiko yang terpaksa dihadapi ibu hamil jika si suami yang berusia 40 tahun ke atas? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya! Ia bukan salah pasangan wanita sahaja.Hakikatnya, kita selalu sahaja menyalahkan golongan wanita sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan kehamilan.
Namun, kita juga perlu tahu golongan lelaki juga tidak boleh terlepas begitu sahaja. Sebagai contoh, kita boleh lihat dari aspek kesuburan. Pasangan yang mahu hamil dengan cepat dan mudah perlu subur kedua-duanya. Ini bermakna, jika salah seorang tidak subur, ia tetap sukar. Samalah juga halnya dengan perkara ini. Bukan sahaja usia isteri yang perlu diambil kira malahan usia suami juga sama!
Kedua-duanya memainkan peranan dalam menurunkan atau meningkatkan risiko kehamilan. Menurut perkongsian Dr. Imelda Balchin melalui laman sosial Facebook beliau, ada beberapa risiko kesihatan buat bakal bayi jika usia bapanya semakin tua – 40 tahun ke atas.
“Semakin tua usia bapa, semakin tinggi risikonya. Inilah dinamakan dose-response relationship”, jelas beliau lagi. Persoalannya, apakah risiko-risiko yang diperkatakan itu?
.
Risiko isteri hamil anak suami lewat usia
Di Malaysia, tiada sebarang peraturan yang menghalang atau melarang anda dan pasangan untuk memiliki anak pada usia bila sekalipun. Ia adalah terpulang kepada anda untuk memikirkannya secara rasional.
Pun begitu, ada beberapa risiko isteri hamil anak suami lewat usia yang kalian perlu tahu, iaitu:
.
#1. Keguguran bayi
Pertama sekali, ini adalah risiko yang paling dibimbangi akan terjadi.
Ini kerana isteri yang hamil anak suami lewat usia dikatakan akan meningkatkan risiko keguguran bayi sebelum minggu ke-20 kehamilan (stillbirth).
#2. Kecacatan bayi
Selain itu, kehamilan isteri dengan suami yang berusia 40 tahun ke atas juga boleh meningkatkan risiko kecacatan bayi – kelainan pada pertumbuhan tengkorak, anggota tubuh badan dan jantung bayi.
#3. Autisme
Seperti mana yang selalu kita baca atau dengar, wanita yang hamil lewat usia berisiko melahirkan anak autisme. Namun, kajian juga menunjukkan ia boleh terjadi jika si suami berusia 40 tahun ke atas.
#4. Childhood Acute Lymphoblastic Leukaemia
Buat anda yang belum tahu mengenai terma ini, ia adalah sejenis kanser darah di mana penghasilan sel darah putih tidak normal. Ia berisiko terjadi kepada bayi dengan ibu atau bapa yang lewat usia.
#5. Skizofrenia
Akhir sekali, terdapat kajian yang mengatakan bahawa usia isteri atau suami yang tua akan meningkatkan risiko anak lahir dengan penyakit mental skizofrenia. Namun, ini cuma sekadar satu risiko dan tidak semestinya akan terjadi. Walau bagaimanapun, adakah anda mahu berhadapan dengan risiko-risiko yang dinyatakan ini? Tepuk dada tanya selera…
PESONA PENGANTIN : Konklusinya, tiada siapa yang dapat menghalang atau melarang sesiapapun hamil pada usia yang mereka mahu. Sebaliknya, kita hanya mampu memberikan nasihat, maklumat atau informasi yang boleh membantu kalian membuat keputusan sendiri. Pertimbangkanlah faktor bilangan anak, tahap kesihatan anda dan pasangan, kewangan, kerjaya dan ekonomi anda sebelum memutuskan untuk menambah ahli keluarga. Selain itu, pertimbangkan juga faktor usia anda. Adakah anda mahu risiko-risiko yang kami nyatakan ini menimpa anak anda?
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...