Cara Mudah Masak Rendang Ayam, Sesuai Untuk Isteri Yang Pertama Kali Nak Cuba Masak Untuk Suami

Share

Seperti yang kita sedia maklum, sambutan Hari Raya pada tahun ini hanya dibenarkan sekiranya anda berada di dalam daerah yang sama dan tidak dibenarkan untuk merentas negeri. Memang kecewa tetapi ini demi kebaikan kita semua.

Selain daripada ahli keluarga, antara perkara yang dirindui ketika Hari Raya adalah makanan raya. Rendang, nasi impit, kuah lodeh, lemang dan macam-macam lagi, memang sedap!

Jika tahun lepas kita hanya makan masakan mak, tahun ini berbeza kerana kita perlu memasak sendiri. Masa inilah rasa menyesal kenapa tak belajar resipi rendang awal-awal.

Jangan risau, jika anda teringin makan rendang ayam, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Nurain Sulaiman ini. Memang mudah dan anda hanya perlu ikut ‘step-by-step’.

*****

Resipi Rendang Ayam

Bahan-bahan kisar:

  • Bawang kecil + besar
  • Halia
  • Lengkuas
  • Bawang putih
  • Serai
  • Kunyit hidup

Bahan-bahan lain:

  • Ayam setengah ekor (basuh bersih dan tos)
  • Cili kering – 15 tangkai
  • 1 sudu rempah daging (optional)
  • 1 sudu rempah cili untuk warna (optional)
  • Daun kunyit
  • 2 sudu kerisik
  • 1 kotak santan
  • Gula merah (optional)
  • 2 sudu gula

Cara memasak:

1. Blend bahan-bahan kisar sehingga halus supaya kuah tidak berserabut.

2. Kisar cili kering. Dalam gambar ini, dalam 15 tangkai. Jumlah cili mengikut tahap kepedasan yang dimahukan.

3. Masukkan rempah daging dan rempah cili ke dalam bahan kisar tadi.

4. Panaskan sedikit minyak.

5. Tumis bahan-bahan tadi (bahan kisar yang dicampur bersama rempah daging dan rempah cili)

6. Masukkan cili yang dikisar.

7. Letakkan daun kunyit, yang ini kalau tak nak pun takpe sebab nanti nak letak yang racik halus.

8. Sementara menunggu kuah masak dan naik minyak, boleh racik halus daun kunyit.

9. Masukkan asam keping.

10. Masukkan kerisik dua sudu.

11. Masukkan ayam, saya masuk ayam awal sebab masak api perlahan, nak ayam tu senang terlerai dari tulangnya.

12. Masukkan santan sekotak atau sebiji kelapa.

13. Masukkan gula merah (ini optional).

14. Masukkan dua sudu besar gula.

15. Bila dah masak lebih kurang sejam, kuah akan nampak gelap dan pecah minyak. Kemudian boleh masukkan daun kunyit. Saya masukkan air 2 cawan berselang-seli bila kuah tu memekat.

16. Dah siap rendang ayam. Kena selalu kacau ye takut kuah hangit.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurain Sulaiman via grup Masak Apa Hari Ni… (MAHN)

IKLAN