Rumah tangga yang bahagia mencerminkan kejayaan ketua rumah tangga. Ia membuktikan yang suami berjaya mengemudi bahtera perkahwinan. Sebagai ketua keluarga, suami wajib memimpin dan memandu hala tuju rumah tangga yang dibina bersama pasangan.
Bagaimanapun hubungan suami isteri dalam rumah tangga ada pasang surutnya. Oleh itu suami selaku pemimpin dalam rumah tangga mesti bijak memainkan peranan. Ini perkongsian Taufiq Razif yang boleh dijadikan panduan. Moga ia membantu.
1. Jangan masuk rumah dengan membawa keserabutan daripada pejabat dan tempat kerja
Tenangkan diri dan buat Deep Breathing dulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Jangan bawa masuk stress kerja ke dalam rumah hingga anak anak dan pasangan pun kena tempiasnya.
2. Sebelum masuk rumah baca doa dulu. Jangan main masuk je. Kita nak set minda kita bahawa kita sedang memasuki ‘ zon keberkatan dan kebahagiaan .’ Latih juga mindset ni pada anak kita bahawa rumah ni adalah tempat yang penuh dengan kebahagiaan. Baru la anak kita tak merapu mencari kebahagiaan di luar rumah!
3. Sesekali ajar anak kita organizational skills juga:
*Bila dah habis main, kat mana nak simpan
*Bila dah buka baju, kat mana nak letak
*Bila dah mandi, nak simpaj tuala kat mana
*Bila dah makan, nak cuci dan simpan pinggan kat mana
Bukan rumah je kurang bersepah, kemahiran anak pun kita boleh asah!
4. Hadkan bilangan mainan di rumah. Mainan bagus untuk anak kita tapi sebenarnya ‘less is better.’ Mainan yang lebih sedikit membuatkan anak kita lebih fokus. Bila mainan terlampau banyak ni, bukan kita je pening. Anak pun naik pening nak memilih!
5. Kita kena mahir membaca raut wajah, tone suara dan bahasa tubuh pasangan kita
Kita kena faham, masa pasangan kita tu nak bagitahu kita sesuatu :
*7% je yang sampai melalui PERKATAAN ( verbal communication )
*38% maksud perkataan tu terkandung dalam NADA SUARA
*dan 55% maksud perkataan tu terkandung dalam gerakan tubuh dan mimik muka
Tengok dulu raut wajah dia, ada tak tanda tanda redup akibat KEPENATAN? Dengar dulu nada suara dia, ada tak suaranya mendatar akibat cuba menyorokkkan STRESS yang melampau?
Bila kita dah mula pandai baca bahasa tubuh pasangan, insyaAllah ni la baru dikatakan RUMAHKU, SYURGAKU!
Kebelakangan ini, ramai pula orang yang mengambil kesempatan untuk bercuti. Maklumlah, hampir dua tahun ‘terperap’di rumah dek PKP, bila dah boleh melancong, kita pun ambil peluanglah! Begitu juga dengan selebriti terkenal, Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Yang jadi perhatian bukan percutian mereka tetapi membaca ayat ‘bersemut’ Amar!
Memilih Langkawi sebagai destinasi percutian bersama keluarga, Amar memuatnaik satu hantaran foto bersama Amyra dan dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kapsyen berupa pick up line membuatkan ramai yang terhibur.
“Daddy: saya rasa saya tak perlu life jacket kalau saya berenang.
Mommy: sebab apa?
Daddy: Sebab tengok awak dah cukup buat saya terapung-apung dilautan. Air masin pon rasa manis…”
Tidak habis di situ, pasangan ini juga berbalas komen sesama sendiri. Amyra pun ‘melayan’ juga. Bahkan pasangan ini memang sering dilihat memberi komen di status pasangan masing-masing.
Untuk pengetahun, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 22 Julai 2016 bertempat Hotel Premiera Kuala Lumpur. Amyra menerima mas kahwin RM1,111 bersama lima dulang hantaran dari Amar dan berbalas tujuh dulang hantaran. Amyra tampil dengan persalinan indah dengan gaun kembang rona beige rekaan Rizman Ruzaini, manakala Amar pula menyarung sut mewah rekaan Rizman Ruzaini juga.Mereka dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Tak semua dapat rezeki kahwin muda tetapi kalau sudah jodoh, apa salahnya. Kalau zaman dulu, perkara ini nomal. Tetapi zaman sekarang orang rasa macam, “Eh, mudanya dah kahwin!” Begitulah pandangan orang.
Seperti yang dilalui pasangan muda ini, gambar mereka tular di media sosial apabila ramai menganggap suami isteri ini seolah-olah adik-beradik yang masih bersekolah kerana faktor tubuh dan ketinggian.
Syarah Aliya Ahmad, 19, dan suami, Muhammad Naqib Mohamad Nasir, 20, memilih menamatkan zaman remaja mereka dengan memikul tanggungjawab besar sebagai suami isteri pada 2 Mac lalu.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Syarah Aliya berkongsi video perkahwinan yang meraih 1.3 juta tontonan dan pelbagai reaksi netizen, baru-baru ini.
Syarah Aliya berkata, dia hanya mengikut trend TikTok yang berkongsi perbandingan usia dan sikap suami isteri, namun tidak menyangka akan mendapat perhatian warganet.
“Banyak juga komen yang cakap kami beruntung kahwin muda dan ada juga sangka kami masih sekolah lagi selain cakap seperti kakak dan adik.
“Lucu juga tetapi saya tak ambil hati mungkin orang nampak kami seperti adik dan kakak sebab suami rendah sedikit daripada saya. Tinggi saya 160 sentimeter (cm), manakala suami 156 cm.
“Tetapi itu tak jadi masalah sebab yang penting kami perlu sepakat dan saling bertolak ansur sepanjang perkahwinan ini dan harap ia berkekalan selamanya,” katanya tinggal bersama mentua di Kampung Telok Durian, Kupang, di sini.
Mereka berkawan sejak dia berusia 14 tahun selepas berkenalan di Lata Celak, Kupang dan sepakat membina hidup bersama kerana tidak mahu terlalu lama berkawan, selain mengelak perkara tidak baik.
“Suami sudah ajak bertunang dan berkahwin sejak saya berusia 17 tahun tetapi saya pilih untuk menamatkan persekolahan dulu, malah keluarga kami juga berpendapat sama.
“Saya anggap berkahwin awal ini adalah rezeki kerana saya belum ada rezeki menyambung pelajaran tetapi bersyukur perkahwinan ini banyak mendidik saya ke arah lebih baik,” katanya memberitahu suaminya menguruskan perniagaan makanan ternakan haiwan milik keluarga mentua.
Katanya, usia remaja bukan penghalang untuk mereka memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan mereka disokong keluarga terutama ibu bapa, Maznah Hassan dan Ahmad Abd Rahman serta mentua, Robaayah Abdul Karim dan Mohamad Nasir Khamis.
“Sejak berkahwin saya sematkan dalam fikiran yang saya ini isteri orang dan perlu menjaga nama keluarga dan mentua. Kalau dulu bangun pagi mesti lambat tetapi sekarang perlu bangun awal untuk sediakan sarapan buat suami sebelum dia pergi kerja.
Haaa… satu rezeki kahwin muda, kalau anda pun ada jodoh awal, teruskan. Minta doa dan restu daripada orang tua, itu lebih dari cukup. Pasal kewangan atau masalah lain boleh sama-sama usahakan yang terbaik. Hidup ini lebih bahagia jika kita abaikan kata-kata dan pandangan orang. Betul tak?
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...