Ibu kandung dan ibu mentua, kedua-duanya perlu disayangi dan dilayan dengan baik. Jika boleh jangan ada ‘pilih kasih’ antara keduanya.
Layanilah dan santunilah mereka dengan sebaik mungkin. Berkat doa kedua-dua insan istimewa ini membuatkan rezeki anak menantu sentiasa mengalir dan dipermudahkan.
Saya kongsikan kisah saya ini sebagai inspirasi kepada sahabat semua.
Tiap kali nak berjalan ke mana-mana, ma dan ibu takkan pernah tercicir. Mesti ajak dua-dua pintu syurga saya yang masih ada di dunia.
Ads
Ibu dan ma selalu cakap, banyak abih duit nanti. Tapi saya bagitau ma dan ibu, tiap kali saya belanja untuk ibu dan ma, tak penah lagi duit saya abis. Yang lagi saya syukur sangat-sangat, rezeki tiba-tiba melimpah datang tak disangka.
Ma pun dah sebulan kat rumah saya. Memang saya siapkan bilik untuk Ma tinggal dengan saya lepas abah meninggal dunia masa Raya Haji baru-baru ni. Ma risau nyusahkan saya.
Ads
Kata saya, tiap kali ma datang, ma bawak rezeki, berkat. Kalau anak tak korban untuk ma, takkan orang lain nak korban pulak kan.
Buat anak-anak, sementara ibu ayah masih hidup, berkorbanlah buat mereka. Kalau nak berjalan ke mana-mana, ajaklah mak ayah dulu. Kalau mak ayah tak dapat ikut, takpe.
Ads
Setidak-tidaknya kita tak lupakan mereka. Kalau nak pegi dengan famili memasing je, tak yah la plan macam-macam depan mak ayah, tanpa ajak mereka. Ada mak ayah nak sangat ikut, tapi takut anak tak mampu nak bawak. Terasa hati mak ayah.
Saya syukur dan sangat beruntung sebab ma (mentua) saya sangat baik. Dan ma pun beruntung sebab dapat menantu yang baik. Hihi…(jangan marah). Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ibu dan ma.
Kenapa? Mungkin itulah persoalan orang ramai apabila Lesti Kejora membuat keputusan untuk menarik balik laporan polis berkaitan tentang keganasan rumahtangga yang dilakukan suami, Rizky Billar. Mungkin kerana sayang dan memikirkan tentang anak yang masih kecil mungkin menjadi sebab Lesti bertindak sedemikian.
Menurut laporan dari media Indonesia, sebaik pulang dari mengerjakan umrah, Lesti terus menarik balik laporan polis. Manakala, Rizky yang ditemui media pula enggan memberikan komen tentang keputusan yang diambil isterinya.
Dari laporan Detik Hot, Rizki memberitahu bahawa dia menyesal memukul isterinya sehingga mendatangkan kecederaan. Perkara itu menjadi pengajaran besar buat dirinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.
Ada juga sumber memberitahu bahawa Ustaz Subkhi, yang bersama-sama Lesti ketika mengerjakan umrah menyampaikan sesuatu yang begitu menusuk kalbu tentang Lesti.
Selain tubuhnya yang kelihatan semakin kurus, Lesti dilihat seperti menyimpan pelbagai ‘beban’ dalam hatinya. Namun wajahnya tetap kelihatan tenang dan sentiasa meluangkan masa begitu lama di hadapan Kaabah walaupun sudah terik matahari!
Keputusan untuk kembali ke pangkuan suaminya Rizky adalah kerana dia tidak mahu satu hari nanti, anaknya Muhammad Leslar Al-Fatih Billar mengetahui tentang bapanya yang pernah menyarungkan unifom penjara.
Semoga apa yang berlaku kepada Lesti Kejora tidak akan diulangi Rizky Billar. Kesakitan seorang isteri adalah ketakutannya sepanjang hidup. Untuk kembali menjadikan hubungan mekar bahagia, suami perlu ada kesungguhan untuk berubah. Itu fakta!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau anda masih mencari idea doorgift kahwin yang sesuai, boleh cuba tempat produk Gardenia dan jadikan kenangan kecil buat tetamu yang datang.
Apa yang menarik, doorgift yang diberi nanti itu tidaklah membazir dan memberi manfaat kepada mereka yang menerimanya. Boleh makan!
Namun bagaimana nak dapatkan doorgift seperti ini. Haaa… jom tengok cara yang dikongsi Nurshahira Roslo.
Step untuk tempah roti Gardenia.
1. Telefon kilang gardenia di talian 03-51613228 dan mintalah bercakap dengan orang yang bileh uruskan tentang tempahan untuk majlis yang bakal diadakan.
2. Bagi tahu Cik/Puan/Datin/Puan Seri nak tempah berapa banyak roti. Kalau nak tau harga sila lah tanya dulu. Kalau kena dengan bajet boleh proceed langkah seterusnya.
3. Lepas dapat harga, mereka akan bagi no akaun gardenia & email. Apa kita kena buat, kita kena bayar duit dan kita kena email resit dalam bentuk PDF.
4. Waktu send email bagi sekali details kita. Nama, Alamat, Tarikh nak anta roti, berapa banyak roti nak dan no telefon kita.
5. Okey, sampai hari kejadian tak perlulah nak gelabah apa. Memang lori gardenia akan sampai depan rumah kita.
6. Dah sampai, kita pack sendiri lah roti masuk dalam kotak tu. Kita bayar harga roti dan harga kotak itu sekali.
7. Tak ada charge delivery, percuma sahaja sampai depan pintu rumah kita.
Jika bajet nak murah lagi, boleh tempah NUMEE GARDENIA, siap dengan kotak.
Nampak menarik, bukan? Tak payah penat nak gubah bagai, sampai barang sudah cantik elok. Senang!
Pejam celik sudah setahun arwah Siti Sarah meninggal dunia. Pemergiannya begitu dirasai seluruh rakyat Malaysia. Sebuah video dari perkongsian Shuib benar-benar menyentuh hati. Titipan pesanan Shuib buat para suami begitu mendalam sekali.
9 Ogos 2021, negara dikejutkan dengan pemergian arwah Siti Sarah. Paling terkesan adalah Shuib dan anak-anaknya Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, dan Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan. Kehilangan isteri dan ibu secara mengejut begitu memberi kesan mendalam kepada mereka.
Selepas setahun, Shuib berkongsi satu posting yang boleh buat ramai menitiskan airmata.
9.8.2022.
Genap setahun sayang pemergian U. Inilah video yg selalu buat i sedih yg teramat. Masa ni pregnant 5 bulan. U nak sgt makan dkt tmpt favourite U. Berkali kali call sebab nak ajak pegi makan. Bila i pegi amik,buat pulak muka comel 😜 Dengan manjanya skali 😜Alhamdulillah dapat u makan kat tempat yang U nak.
Pada suami semua, selagi mana kita boleh tunaikan permintaan orang yang kita sayang. Cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan yang tersayang kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.
Terima kasih yg terus mendoakan Siti Sarah,Semoga kita semua diberkati dan di rahmati dunia dan akhirat.Amin.Al Fatihah buat
SITI SARAH BT RAISSUDDIN
Ini kisah yang pernah Pesona Pengantin paparkan setahun lalu…
“Bidadari syurga saya pergi buat selamanya…” Perkhabaran pagi yang cukup menyentuh hati singgah di dinding akaun Instagram Shuib Sepahtu, menyampaikan berita mengenai isteri tercinta, Allahyarhamah Siti Sarah bt Raissuddin.
Ini artikel yang pernah Pesona Pengantin kongsikan setahun lalu….
Seringkas nota maya itu, pastinya doa yang dikirimkan buat Allahyarhamah sejak 6 Ogos 2021 lalu tidak putus-putus dititipkan buat bintang kesayangan ramai ini. Disahkan positif Covid-19 di saat sedang hamil, anak keempat mereka terpaksa dikeluarkan lebih awal dan Allahyarhamah terpaksa ditidurkan kerana berada di stage 5 Covid-19.
Pelantun lagu Kesetiaan ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras dan menghembuskan nafas terakhir di tempat sama.
Sebagai suami, usahawan dan pelawak Shuib turut menzahirkan kesedihan di saat kehilangan isteri tersayang. Info hanya disampaikan melalui akaun media sosialnya iaitu di Instagram malah Shuib dan keluarga turut mengadakan majlis bacaan Yassin secara maya sejak Jumaat lalu.
Allahyarhamah Siti Sarah meninggalkan suaminya, Shuib Sepahtu dan empat orang anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, bayi yang baharu dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat lalu.
Membelek kembali laman Instagram Allahyarhamah, ada satu posting yang mungkin boleh membuka minda para wanita yang ingin berumahtangga. Perkahwinan yang telah dibina sejak 2011 pastinya meninggalkan kenangan paling indah selama 10 tahun buat Shuib.
Di dalam posting tersebut, Siti Sarah mengulas mengenai satu posting viral seorang wanita tentang hantaran yang tidak mampu dibayar pihak lelaki…
“Salam sabtu semue. Sarah scroll-scroll IG, lepas tu terjumpe posting cam gini.. MasyaAllah, Adik Alea yng cantik. Tuhan cipta kn setiap manusia semue sempurna. Setahu Kak Sarah, kt Sabah tu ramai wanita yng cantik2, putih gebu, lawa2 semue nye. rasanya adik dah salh konsep pasal hantaran ni 😁
Tk kisah la berape pon hntaran, tu semua x penting, Apelah agaknye perasaan orang2 Sabah bile nampak ayat adik nie, Mesti sedih tau, kecil hati diorng. Okay nak throwback. Sarah teringat time kahwin dgn @shuibsepahtu dulu, hantaran time tu RM15K. Tapi Sarah nak bagi tau satu rahsia, RM15k tu hutang ye 😂 Betholll, x tipu. Sbab x mampu nak baya time tu. Hutang dgn abah sarah tau. 🤣
Sarah tahu Shuib struggle, dia bersusah payah nak bina kerjaye tapi apa yg sarah beli masa tu akhlak die, kerajinan die , tggjwb die.. die tk pernah lupa tggungjwb dgn sarah, dgn famili. Alhamdulillah pas kahwin tu, rezeki makin banyak. Shuib dpat duit kemenangan maharajalawak n nak bayar balik duit abah. bila dah ada duit utk baya.. abah kata jangan jadi bodoh.. simpan duit tu untuk anak nanti .. kita ni sebagai perempuan kene tengok lelaki tu jenis macam mana , baran ke , kedekut ke berkira ka.. kalau awal2 kenal dah ajak kite kelua kalau mak bapak tak kasi .. die ajar kita utk tipu mak bapak kita, tak mustahil die akan tipu kita..
macam mana die dengan mak die , kalau jenis melawan mak memng die takkan hormat kita sebagai isteri..Maybe bagi Adik Alea rasa bahagia dgan RM20K tu, tapi bagi orang lain nilai kebahagian bukan dari wang ringgit semata mate je tau. Moge adik2 yg nak kawin tu jangan lah menekan2 sangat nak menunjuk kwin sapa lagi gempak.. sebab kehidupan yg sebenarnya adalah selepas kenduri tu 😂 jangan lak ada yg buat loan beria2 akhirnya tersiksa…”
Semoga Allah memberikan pengampunan buat Siti Sarah bt Raissuddin, merahmatinya, memaafkannya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya. Semoga Allah juga mengurniakan kesabaran kepada ahli keluarganya serta menempatkan Siti Sarah bersama orang-orang yang beriman.
Amin…
Kredit foto: Instagram Shuib dan Siti Sarah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...