Ada di antara kita yang sudah mula bekerja di pejabat sejak Isnin lalu. Jadi, tentunya anda tidak punya banyak masa untuk memasak hidangan berbuka nanti. Masa yang ada pun agak terhad. Jadi, masaklah sepantas yang boleh.
Selalunya, masa untuk memasak lebih banyak digunakan untuk menyediakan bahan-bahan. Waktu itulah nak kisar cili, waktu itu jugalah nak kisar bawang merah.
Jadi, apa kata mudahkan kerja anda dengan menyediakan cili dan bawang kisar. Cuma anda perlu tahu cara penyimpanan yang betul supaya tidak mudah rosak. Ayuh kita baca tip yang dikongsi oleh Ani Zam ini.
Ads
*****
Hari ini nak kongsi cara2 menyimpan cili kisar dan bawang kisar agar tahan lebih lama.
Ads
Bila nak masak lauk pauk atau goreng mee , goreng bihun n goreng kue tiau tinggal cedok jer..stok utk seminggu..
Ads
Dah nak masuk bulan puasa ni , senang buat stok macam ni…
Cara-cara membuat cili kisar
Gunting cili kering lebih kurang 1 inci
Masukkan ke dalam tapis yang berlubang agak besar untuk membuang biji cili
Kemudian masukkan ke dalam periuk dan rebus cili hingga mendidih
Letakkan satu sudu besar garam dalam rebusan dan kacau sebentar
Bila telah mendidih, tutup api
Basuh cili tersebut di bawah aliran air paip menggunakan tapis tadi untuk mengeluarkan saki baki biji cili
Masukkan cili yang sudah di basuh tadi ke dalam blender
100 gm cili kering blender bersama dengan 3 biji bawang besar dan satu labu bawang putih (8 @ 9 ulas)
Blender menggunakan air tapis
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti ais..
Boleh tahan hingga sebulan cili kisar tersebut
Cara-cara membuat bawang merah kisar
6 biji bawang besar, 10 biji bawang kecil
Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Cara-cara membuat bawang putih kisar
5 labu bawang putih
Kupas bawang, cuci, keringkan dan hiris kecil
Blender bawang bersama minyak masak
Anggaran minyak masak adalah separuh dari jumlah bawang
Jika bilangan bawang penuh satu blender, gunakan minyak anggaran setengah blender
Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas
Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar tersebut sebelum di simpan ke dalam peti ais
Boleh tahan seminggu @ 2 minggu bawang kisar tersebut
Untuk sarapan pagi mahupun minum petang tidak perlu menu berat, cukup sekadar untuk mengisi perut. Sekadar goreng mehun atau nasi sudah mencukupi. Bukan apa, kadang kala kasihan melihat ibu-ibu yang terpaksa berperang daripada pagi sehingga ke malam duduk di dapur sahaja. Sarapan nasi lemak, selepas itu sibuk memasak empat jenis menu untuk tengahari, belum sempat berehat, anak-anak mahu kudapan petang pula, sambil-sambil itu kena menyediakan hidangan makan malam.
Jadi manfaatkan masa dengan mengatur jenis hidangan yang sesuai untuk keluarga.
Bahan :
2 keping mehun
4 ulas Bawang merah *
4 ulas Bawang putih *
Cili padi ikut citarasa * / boleh gunakan lada hitam
Udang kering kalau suka *
*kisar semua
Telur di goreng hancur
Udang, sawi, kobis & karot
Cara :
1. Panaskan kualidan goreng telur hancur dan ketepikan.
2. Kemudian tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan udang dan sedikit air.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka.
4. Masukkan sedikit cuka.
5. Selepas itu, masukkan bihun dan sayur sayuran. Masak sehingga bihun lembut dan masukkan telur hancur kacau rata.Sedia untuk dihidangkan.
Mesti perkara ni selalu terjadi pada anda, bila masuk kedai je mesti ada je rasa nak beli. Lagi-lagi tu kedai kegemaran kita, lepastu ada ‘sale’ pula. Boleh jadi tak tentu arah lihat perkataan itu.
Tapi, bukan sebab ‘sale’ je orang jaditak tentu arah. Kalau tengok bekas cantik-cantik pun dah rambang mata untuk sesetengah orang. Siapa sangka, kedai barang-barang serbaneka ni juga banyak benda boleh ‘shopping’ sekali gus boleh buat projek Diy! Nak tahu apa? Tengok ni!
Bahan-bahan :
Batang penyapu
Bakul bertutup
Cable tight
Senang sahaja nak lakukan, apa yang anda perlu buat adalah susun dan mengikat bekas-bekas tersebut seperti dalam gambar. Selamat mencuba!
kredit: Dek Na
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penat suami balik kerja, buka peti sejuk tak ada apa-apa, isteri kena main peranan bab menjaga emosi suami. Apa kata buat suami tenang sikit dengn menu-menu kreatif lagi sedap ini. Lets para isteri kita cuba buat puding milo oreo ni, dah la mudah dan enak!
Ramuan
1 peket agar2
1 tin susu cair
1 cawan gula
4 cawan air
3 senduk milo serbuk
Acuan
Terpulang pada cita rasa masing2
Langkah
Masukkan 4 cawan air dan 1 peket agar2. Masak hingga agar2 hancur dan masukkan 1 cawan gula. Gaul smpi gula hancur.
Kemudian masukkan 1 tin susu cair dan gaul seketika biarkan ia mendidih. Bila dah mendidih tutup api.
Ambil 2 cawan atau 3 cawan agar2 tadi dan tuang dalam bekas lain. (Bahagian putih)
Balance yg dalam peruk tu dicampurkan dengan 3 senduk serbuk milo dan digaul rata.
Cara aturan:
Tuang agar2 milo kedalam bekas pilihan masing2. Sejukkan seketika hingga agar2 sedikit keras. Kemudian susun oreo diatas agar2 milo tdi dan tuangkan semua agar2 putih keatas oreo dab sejukkan seketika.
Sudah sejuk tuangkan balance agar2 milo tadi untuk lapisan akhir dan sejukkan.
Puding milo oreo is doneee!!!
KREDIT : COOKPAD
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!