Seringkali pengantin bertubuh besar runsing apabila memikirkan baju perkahwinan untuk disarung di hari bahagia. Bimbang akan tampak lebih besar serta mempunyai masalah untuk mencari baju perkahwinan yang sesuai dan sempurna.
Untuk kelihatan memukau di hari perkahwinan, ada beberapa tip yang boleh pengantin bertubuh besar cuba dan praktikkan. Selain tampil anggun, pastinya pengantin bertubuh besar inginkan penampilan dirinya nampak kurus dan lebih langsing.
Agar pasangan anda terpesona melihat keanggunan anda menyarungkan baju kahwin dengan tubuh yang kelihatan kurus, jom ketahui tujuh tip ini.
1. MEMAKAI KORSET
Ads
Memakai korset adalah salah satu cara agar postur badan tampil lebih menarik dan terletak. Selain memberikan bentuk tubuh yang lebih kemas, korset dapat membantu anda untuk membentuk figura tubuh agar tidak bongkok dan menyembunyikan lemak-lemak yang menggelebeh.
2. UKURAN BAJU KAHWIN
Pastikan ukuran baju yang diambil adalah tepat dan sempurna. Jangan memilih baju kahwin yang terlalu ketat. Elakkan daripada memilih baju kahwin yang terlalu longgar bimbang ia akan membuatkan tubuh anda nampak semakin besar. Apa yang penting adalah keselesaan untuk anda bergerak sepanjang majlis berlangsung.
3. PERINCIAN MINIMALIS
Sumber : Tiar Zainal
Baju pengantin yang dipilih haruslah tidak terlalu sarat kerana bimbang anda bakal kelihatan lebih besar. Sebaiknya, pilihlah perincian manik atau jemeki yang minimalis dan tumpukan hanya pada satu-satu bahagian sahaja. Elakkan juga dari pada meletakkan perincian di bahagian yang menonjolkan tubuh anda yang besar.
Ads
4. AKSESORI KECIL
Bagi pemilihan aksesori pula, pakai aksesori yang kecil dan tidak terlalu besar. Aksesori yang besar hanya menampakkan penampilan anda berlebihan dan terlalu sarat. Cukup hanya memakai tiara dan subang sahaja bagi melengkapkan gaya. Pasti penampilan anda akan menyerlah dan elegan.
5. POTONGAN BAJU
Ads
Bagi merelka yang bertubuh besar, anda harus peka dengan potongan baju yang ingin dipilih. Jangan memilih potongan baju yang terlalu sarat sehingga menenggelamkan diri anda. Potongan yang paling ideal untuk anda ialah seperti kurung moden, empire line dan potongan sheath. Potongan ini mampu memberi ilusi yang lebih kurus dan langsing buat tubuh anda.
6. PILIHAN WARNA
Bagi membiaskan ilusi yang lebih langsing buat pengantin bertubuh besar, anda boleh memilih warna yang sedikit gelap seperti emerald green, navy blue, coklat gelap, dan midnight blue. Selain itu, anda juga boleh memilih rona pastel untuk dijadikan pilihan. Namun harus diingatkan, pilihan warna juga perlu sesuai dengan tona warna kulit anda.
7. MEMAKAI TUMIT TINGGI
Sesetengah pengantin yang bertubuh besar takut untuk mengenakan kasut tumit tinggi di hari perkahwinan. Mereka beranggapan kasut tumit tinggi tidak sesuai untuk mereka selain menyukarkan mereka untuk bergerak. Anda juga boleh mengenakan kasut tumit tinggi di majlis perkahwinan dengan memilih jenis kasut yang bersesuaian. Pilihlah kasut bertumit yang tidak terlalu tinggi antara dua hingga tiga inci. Selain itu, anda juga boleh mengenakan kasut jenis wedges bagi mendapatkan keselesaan yang optimum.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pasangan baru kahwin, mesti teruja duduk rumah sendiri. Bukan apa, setelah sekian lama tinggal dengan keluarga atau sendirian, saat-saat nilah nak bina dan mulakan kehidupan baru dengan si dia.
Tapi ramai yang masih keliru atau tertanya-tanya, barang apakah yang diperlukan bila pindah ke rumah baru ni? Berapa pula bajet untuk lengkapkan rumah baru? Admin kongsikan kelengkapan rumah yang tak sampai RM200 boleh complete!
Kelengkapan perlu ada di kediaman baru anda .
Langsir
Pindah ke kediaman baru, perkara yang paling penting sudah semestinya langsir. Langsir net ALVINE SPETS sesuai dijadikan day curtain .Sepasang dalam rona putih,145x250cm RM29.90.
Bilik tidur merupakan ruang peribadi anda berdua. Sudah semestinya mahu dihias serba sempurna, Pilihan cadar dengan rona lembut mampu membangkit mood ruang bilik tidur anda berdua. Emosi lantas jadi tenang bila diulit dengan cadar yang lembut. Pilihan cadar DVALA , fitted sheet, dengan ukuran 90x200cm dari IKEA ini cuma RM29.90.
Masuk rumah baru tentunya ramai rakan dan sanak saudara yang mahu bertandang. Set cawan jangan dilupakan begitu juga pelengkap hidangan iaitu dulang. Tak mahal dengan harga RM12.90 dulang SAMMANHANG anda boleh dapatkan di IKEA.
Hidangan tidak lengkap tanpa sambal. Ini dia penyelesaiannya, lesung penumbuk ADELSTEN diperbuat daripada bahan marmar. Tampil dengan reka bentuk moden dan rona hitam hanya di IKEA. RM39.90.
Peralatan penting untuk memasak sudah pasti set periuk yang praktikal . Buat pengantin baru, jangan lupa masukkan senarai wajib beli anda set periuk ANNONS. Terdiri daripada 5 item periuk berbeza saiz, lengkap dengan penutup kaca dan diperbuat daripada keluli tahan karat. Hanya di IKEA dengan harga RM39.90.
Tidak lengkap memasak tanpa peralatan khas untuk menggoreng dan sebagainya. Set memasak DIREKT bakal memudahkan kerja memasak di dapur. Hanya pembelian RM24.90 anda memiliki 3 peralatan memasak. Tampil dalam reka bentuk moden dan paduan bahan keluli tahan karat pada pemegang.
Agar lebih sempurna dan mudah mencari kasut yang ingin dipakai setiap hari, sediakan rak kasut GREJIG yang sempurna dengan reka bentuk moden. Kelebihan rak ini boleh dilipat dan anda boleh menambah rak sekiranya menerima kunjungan tetamu. Hanya RM17.90.
Bila sebut kahwin, pastinya menggembirakan semua orang. Bukan sahaja lelaki mahupun perempuan. Namun disebalik kegembiraan itu, pasti ada cabaran yang perlu ditempuhi pasangan bakal mempelai. Tak lain tak bukan, pastinya kewangan yang kukuh dan stabil untuk menjadikan majlis korang berjalan dengan lancar dan meriah.
Lelaki ini kongsi, sebelum kahwin, bukan sahaja lelaki malah perempuan juga perlu memiliki harta sendiri.
#TabungWanita.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Ushakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, ushakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita kemana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
Paprika ni berasaskan serbuk cili benggala kering dan sangat popular untuk kawan-kawan kita yang tengah berdiet. Tabur aje atas kepingan dada ayam, atas fillet ikan atau atas mana-mana protein kegemaran anda semua, mesti sedap.
1. Menurun Tekanan Darah
Kualiti ini boleh dikaitkan dengan kehadiran capsaicin dalam paprika, walaupun ia lebih rendah dibandingkan dengan lada lain. Capsaicin membantu menurunkan tekanan darah dengan melegakan saluran darah.
2.Anti-radang
Paprika mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang hebat dan sangat bermanfaat untuk orang-orang yang mengidap penyakit autoimun dan keradangan. Ia berguna untuk melegakan bengkak yang disebabkan oleh arthritis serta sakit dan sakit lain di dalam badan.
3.Membekalkan tenaga
Paprika merupakan sumber penting vitamin B6, yang merupakan koenzim. Dalam erti kata lain, adalah penting untuk membolehkan 100 enzim lain untuk melaksanakan fungsi mereka dengan sempurna.
Mereka memulakan reaksi biokimia dalam badan yang mencipta tenaga, memberikan glukosa semasa menghasilkan neurotransmitter dan hemoglobin. Rempah ini juga mengandungi besi, yang membawa oksigen ke seluruh tubuh dan merupakan komponen dari banyak protein.
4.Membantu pencernaan
Paprika membantu dalam pencernaan dengan menormalkan asid di dalam perut. Ia adalah perangsang yang hebat, yang memudahkan penghadaman dengan meningkatkan air liur dan asid perut.
Ia boleh digunakan untuk merawat senak. Walau bagaimanapun, dos tinggi paprika boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan lain, jadi dinasihatkan untuk berunding dengan doktor anda sebelum menggunakan paprika untuk tujuan ini.
5.Mengelakkan Anemia
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, paprika mengandungi besi, yang terlibat dalam pembentukan sel darah merah.
Selain itu, banyak vitamin C dalam rempah ini membolehkan tubuh menyerap zat besi. Dengan cara ini, kemasukan paprika dalam diet anda dapat membantu mencegah anemia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!