Terpanggil pula unutk buat artikel mengenai wanita yang menjadi kegilaan lelaki. Wanita ‘Gomen’ atau kakitangan kerajaan memang menjadi pilihan ramai lelaki. Kerana apa? Senang hidup dan masa hadapan. Andai lelaki yang berkerjaya, tak ada masalah besar. Yang menjadi isunya bila si lelaki tidak bekerja (bukan atas sebab kecacatan) dan mencari kesenangan dengan ‘memancing’ gadis-gadis kerja kerajaan.
Dalam posting yang ditulis Dr Azizul Azli Ahmad, senarai kelebihan awek gomen memnag banyak. Jadi, gadis-gadis gomen sekalian, buatlah pilihan yang bijak. Carilah seorang lelaki yang boleh menjagamu, keluargamu, memberi kebahagiaan, menjadi ketua keluarga yang baik dan paling penting, yang boleh bersama-sama memberi kesenangan kepada keluarga yang bakal dibina.
************************************************************************
PANCING AWEK GOMEN?
Jadi gadis kerja gomen ini, jagalah diri baik baik. Diluar sana memang ada lelaki baik dan tidak baik.
Dapat lelaki baik, itu rezeki namanya.
Dapat lelaki buruk, itu ujian yang maha Esa buat anda.
1. Gadis gomen ini banyak kelebihannya, ia dambaan lelaki yang nak hidup senang tapi malas usaha adakalanya.
2. Mereka ada pencen tetap bila bersara. Jika mereka meninggal dulu sebelum suami, suami dapat pencen bulanan mereka setiap bulan.
3. Kadar pinjaman perumahan gred paling rendah pun boleh dapat biaya RM320,000 untuk kediaman pertama.
4. Mereka ini Bank People paling suka, senang nak buat hutang koperasi dan pembiayaan peribadi.
5. Ada kenaikkan gaji setiap tahun, jarang majikan dan kerajaan nak buang kerja. Ekonomi tsunami macam manapun jarang kena potong gaji.
6. Cuti bersalin mereka lama, banyak manfaat yang mereka ada. Nak ikut suami pergi belajar cuti tanpa gaji pun ada kemudahannya.
7. Selain duit pancen bulanan, mereka ada ganjaran persaraan yang diterima waktu bersara. Baki cuti dibayar jika cuti tak habis guna.
8. Mereka ada elaun perumahan, COLA, elaun keraian dan perkidmatan dan pindah rumah juga.
Kawan kawan,
Nak senaraikan kelebihan awek gomen ini luar biasa banyak sebenarnya.
Maka,
Jaga diri baik baik, pilihlah calon suami dari syurga. Pasti ada, doa dan cari saja.
Jangan asal “hai” di insta terus “dia jodoh saya”.
Belajar seperti Loffa, bila kita ada kelebihan kita akan pilihan yang ada agama, sedap mata memandang dan pilihan hati kita.
Memilihlah!
Biar jual mahal, dari nampak murah sangat.
Jangan mudah jatuh cinta, terutama lelaki yang penuh hutang didada.
Kata Pythagoras seorang ahli matematik Yunani – Jangan sekali-kali percaya pada kasih sayang yang datang tiba-tiba, kerana dia akan meninggalkanmu dengan tiba-tiba pula.
Jadilah gadis bijak bukan yang dipijak pijak.
Abah Qilah
Pesan Buat Semua Gegadis dan Jejaka.
#Kahwin dengan niat yang betul.
#Jangan terperangkap dalam perkahwinan bawa bencana.
#Rasional dan jangan mudah cair sebab dapat coklat dan bunga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI