Pernah tak anda lihat seorang lelaki bersungguh-sungguh memanjakan kucing. Dia punya seronok sampai tak perasan orang sekeliling. Ha, itu satu berita baik. Kenapa? Menurut kajian, lelaki yang suka kucing ini penyabar dan lembut hati.
Pada kaca mata wanita (sesetengahnya) melihat kucing ini haiwan yang sangat comel. Berbulu, nakal dan sangat aktif. Kadang-kadang tengok mukanya pun kita rasa geram. Namun untuk seorang lelaki menjaga, membersihkan bulu dan memberi makanan bukan satu tugas mudah. Sebab itu, bila ada lelaki yang membela kucing, mereka adalah seorang penyayang!
Ada beberapa lagi kelebihan lelaki yang sukakan kucing. Baca ni:
Setia
Untuk menjaga seekor kucing bukan mudah. Keperluan mereka perlu diambil kira termasuk membersihkan najis bagi mereka yang memelihara kucing indoor. Kaum lelaki yang menjaganya akan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan kucing jagaan bersih. Dan jika anda lihat kucing yang berada bersamanya selama bertahun, itu tandanya mereka setia!
Ads
2. Memahami
Bukanlah mereka faham Bahasa kucing tetapi mereka sebenarnya faham body language kucing jagaannya. Dia pasti tahu mood dan perasaan kucingnya. Begitu halnya dengan memahami hati anda. Mungkin mereka lebih peka berbanding anda.
Ads
3. Penyayang
Apabila mereka menerapkan kasih sayang dalam diri, pastinya mereka juga boleh menujukkan nilai kasih sayang kepada keluarga terutamanya kepada anak-anak. Bukankah ini ciri-ciri yang anda inginkan daripada seorang lelaki? Mereka juga mudah didekati dan disenangi. Cuma, mereka juga sedikit sensitif.
Ads
Tapi lebih best lagi kalau anda berjumpa dengan lelaki yang sukakan kucing atau pasangan anda pencinta kucing, hadiah ni sangat sesuai untuk mereka. Bukan sahaja memudahkan malah boleh tengok sejauh mana kesabaran mereka menjaga kebersihan anak bulu ni. Jom tengok SINI!
BlackMimi PETKIT Pura X Self-Cleaning Cat Litter Box xSecure/Odor Removal/APP Control Automatic Cat Littler Box
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barang hantaran merupakan tradisi orang melayu yang sering ada ketika majlis perkahwinan. Ianya tidaklah wajib hanya sebagai adat turun-menurun.
Pemilihan barang hantaran, warna hantaran dan juga hiasan menjadi perkara yang penting agar ianya kelihatan menarik.
Di sini kami ingin kongsikan tips memilih barang untuk hantaran. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda.
1. Melihat Bajet Kewangan
Perkara utama sekali dalam pemilihan barang hantaran ialah dengan melihat kepada bajet kewangan anda. Pilihlah barang yang akan memberi manfaat kepada pasangan untuk digunakan selepas kahwin.
Seelok-eloknya beli ketika ada jualan murah. Janganlah berhabis wang semata-mata untuk beli barang yang berjenama. Anda perlu bijak memilih barang bergantung kepada budget yang telah anda tetapkan.
2. Melakukan Perbincangan dengan Pasangan
Perbincangan bersama pasangan amatlah penting untuk mengetahui barang apa yang perlu disediakan dan untuk memastikan barang tersebut sesuai untuk diletakkan di atas dulang.Dengan adanya perbincangan ini, ianya dapat mengenal pasti jumlah dulang kedua-dua belah pihak yang akan dibawa pada majlis nanti.
Ini dapat mengelakkan membawa jumlah dulang hantaran yang sama. Bilangan barang hantaran adalah ganjil. Pihak perempuan perlu lebihkan dua dulang dari pihak lelaki. Sebagai contoh jika lelaki membawa 5 dulang hantaran, pihak perempuan haruslah membalas 7 dulang hantaran.
3. Senarai Barang Hantaran
Perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan ataupun buah tangan. Sebagai contoh hantaran dari pihak perempuan ialah sirih junjung,kemeja/seluar,beg duit/tali pinggang,al-quran biasa/digital,sejadah,jam tangan,set minyak wangi/barangan mandi,kasut,buah-buahan,kek/kek cawan,coklat,gajet.
Untuk barang hantaran dari pihak lelaki ialah mas kahwin/duit hantaran,cincin/barangan kemas,tepak sirih,al-quran biasa/digital,sejadah,bunga rampai,jam tangan,kasut,telekung,beg tangan,set wangian/barang makeup,buah-buahan,kek/kek cawan.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh mengantikannya dengan tepak sireh. Bagi hantaran perkahwinan, sireh junjung bukan lagi perkara penting yang perlu ada, ianya bergantung kepada anda.
Sumber : Stella doorgift
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kucing berak merata-rata dan kencing sesuka hati sama ada di dalam rumah atau di luar rumah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk dan hancing sehingga menyebabkan kita tidak selesa untuk melakukan tugas dan aktiviti harian. Inilah tabiat kucing jika dia membuang najis tentu masih di tempat sama walau berpuluh kali anda membersihkannya.
Mulai sekarang, anda semua tidak perlu lagi rungsing memikirkan masalah kucing berak kerana perkongsian daripada Puan Ella Ahmad ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu menyelesaikan masalah anda iaitu cara hilangkan bau kencing kucing di rumah. Jom ikuti apakah yang dikongsikan wanita ini.
Kencing atau tahi kucing bersepah-sepah dekat garaj kereta. Pernah tak jadi macam ni? Yang letak air merah (air sirap) dalam botol dah tak jalan. Kucing sekarang dah sekolah.
Ok, saya nak kongsi apa yang saya buat supaya kucing-kucing ini tak berak dan tak kencing lagi dekat garaj kereta. Resepi ini saya buat sendiri mengikut logik akal dan resepinya sangat mudah dan simple.
Bahan-bahan dan caranya:
1. 7 hingga 10 titis cuka makan (pada firasat saya, bau dia masam dan busuk, so kucing tak suka nak kencing atau berak kat tempat yang telah disembur itu).
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisahlah brand apa, sebab nak bagi wangi sikit je. Sebab kalau letak cuka saja, nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni, wangilah sikit baunya).
3. Air paip (agak-agak lah sampai penuh bekas spray seperti dalam gambar).
Haa, semua bahan dah dicampurkan dalam ni, goncang-goncangkan, dah boleh spray kat tempat mana yang kucing suka berak atau kencing. Alhamdulillah setakat ni, garaj kereta saya dah bebas bau kencing kucing. Kalau tak, buka je sliding door rasa nak pengsan.
Spray la dua hari sekali. Kalau rajin, spray hari-hari pun tak pe, selamat mencuba semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang tercari-cari apakah kaedah penyelesaian untuk masalah berat badan. Anda sudah cuba bermacam-macam diet tetapi masih tiada perubahan? Mungkin itu persoalan biasa yang bermain di fikiran anda yang sering risau dengan komplikasi masalah obesiti ini.
Yang bestnya tentang tip-tip ini adalah, kaedah ini tidaklah susah untuk dipraktikkan dan ianya juga amat berkesan. Anda nak cuba tak? Kalau ya, jom baca artikel ini sampai habis dan pilih mana-mana cara yang anda rasakan sesuai untuk diri sendiri, ok?
Anda hanya perlukan sedikit disiplin diri dan kekuatan untuk menangkis godaan-godaan kek, teh ais madu, nasi lemak ayam rendang dan pizza. Makan benda sebegini memanglah takkan bantu anda turunkan berat badan!
Antara cara paling mudah dan berkesan untuk para pengantin cuba bagi menurunkan berat badan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta. Saya sendiri sudah mencubanya dan ternyata, ia sangat berkesan!
Walaupun gula, atau juga dikenali sebagai glukosa, fruktosa, dan sukrosa, ada dalam banyak makanan, anda masih boleh mengelak daripada mengambil gula yang jelas kelihatan, iaitu gula putih yang diproses. Jangan minum air manis, elakkan pemanis mulut ataupun jauhi daripada makan buah manis.
Selain itu, anda juga perlu elak daripada mengambil:
Selain daripada menahan diri daripada mengambil gula putih, ada satu lagi cara yang berkesan untuk anda turunkan berat badan. Nak tahu apa dia? Kurangkan daripada makan karbohidrat!
Karbohidrat itu apa? Ia adalah kumpulan makanan yang merangkumi gula, kanji dan selulosa. Semua ini anda harus kurangkan dengan segera kalau nak cepat turun berat badan. Bila cakap tentang karbohidrat, saya pasti anda terfikir pasal nak kurangkan makan nasi.
Eh, jangan ingat karbohidrat itu nasi sahaja ya! Anda juga perlu elakkan semua jenis mee, kentang, gandum, roti, dan pasta. Semua ini adalah makanan berasaskan karbohidrat.
Sememangnya, dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, 80% daripada caranya adalah melalui diet pemakanan! Jadi, cara seterusnya untuk bakal-bakal pengantin seperti anda turunkan berat badan adalah dengan mengambil minuman teh hijau setiap hari.
Anda boleh beli produk teh hijau di pasaraya terdekat dan bancuhnya sendiri di rumah. Ingat, JANGAN sekali-kali memasukkan gula putih!
Letakkan uncang teh ke dalam cawan, tuangkan air panas dan minum begitu sahaja. Kalau anda masukkan gula, akan hancurlah impian anda untuk nampak slim dan fit ketika berkahwinan nanti. Kalau nak lagi sihat, masukkan serai dan halia. Ia membantu mengurangkan angin dalam badan. Perut pun boleh menjadi kurang kembung!
Selain turut menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Jadi, ambillah teh hijau setiap hari kalau nak kurus ya. Memang cepat perut boroi anda mengecil.
Selain cara-cara di atas, anda juga boleh cuba mengamalkan sama ada diet Atkin atau diet Keto, atau nama penuhnya Diet Ketogenik.
Diet Atkin adalah cara pemakanan yang rendah-karbo, tinggi-protein. Manakala, Diet Keto pula adalah rendah-karbo dan tinggi-lemak.
Memang ada sedikit beza antara kedua-duanya. Tetapi, fungsinya lebih kurang sama, iaitu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan.
Cumanya, kalau anda mengikuti Diet Atkin betul-betul, ia ada beberapa pantang-larang tambahan yang lain lagi. Jadi, pilihlah salah satu diet ini dan ikutinya ya.
Anda juga perlu tahu yang antara kesan sampingan yang boleh berlaku selepas mengamalkan diet ini adalah: badan anda mungkin akan sedikit menggeletar kerana tidak biasa hidup tanpa gula atau kanji. Tapi jangan risau, selepas 4 ke 5 hari, badan anda akan biasa dengan diet baru ini.
Yang paling penting, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan dahulu jika anda ada masalah kesihatan. Tidak boleh main ikut saja, takut terjejas pula kesihatan anda.
Selain daripada mengawal makan, anda juga boleh cepat turunkan berat badan kalau mengamalkan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari. Senang kan? Tak perlulah sampai bersenam secara berat.
Setiap pagi, luangkan masa selama setengah jam untuk berjalan-jalan, sama ada di taman, di atas treadmill di gimnasium, mahupun window-shopping di mall! Kalau boleh, cuba capai 10,000 langkah setiap hari. Ia bukan sahaja baik untuk badan (kelihatan kurus), malah amalan senaman ini juga bagus untuk kesihatan jantung anda!
Macam mana nak track langkah anda? Senang saja. Beli fitnesswatch atau pegang smartphone anda sambil bersenam. Ia akan membantu mengira langkah anda! Macam mana pula senaman berjalan kaki boleh membantu anda menguruskan badan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...