Zaman sekarang, ketua keluarga mesti kena celik kewangan. Tahu menguruskan kewangan dan ekonomi keluarga.
Kau perlu tahu, antara faktor penceraian rumah tangga adalah berpunca daripada masalah kewangan.
Tidak perlu sampai menjadi seorang pakar kewangan pun. Janji tahu duit aliran wang keluar masuk dan tidak berhutang sesuka hati, itu sudah memadai.
.
Kalau rasa bakal suami kau ada perangai seperti di bawah, kau kena nasihatkan dia. Antaranya;
1. Masa kau tengah dating, dia asyik mengeluh pasal kena bayar PTPTN. Cakap PTPTN menipu bagai. Nak suruh kerajaan bagi pendidikan percuma, tapi dia sampah pun buang merata-rata.
2. Bercinta agak lama. Kau ajak jumpa mak ayah kau pun dia mengelak bagai. Kata tak sedia la, segan lah. Kalau masuk 5 tahun bercinta pun tak nampak lagi hala tuju menuju perkahwinan, kau suruh dia “Cintai Sungai Kita” je la.
3. Merancang untuk membuat pembiayaan peribadi untuk kahwin. Kahwin hanya sekali katanya. Biarlah grand. Barulah bangga sampai anak cucu. Nak update FB pun senang.
4. Selalu menceritakan tentang kereta mewah. Dapat gaji je modified kereta. Dapat gaji je tukar tayar jadi senget terkeluar.
5. Tidak tahu apa itu CCRIS dan CTOS. Kaki berhutang sana sini. Selalu bercinta dengan pinjaman peribadi semata-mata untuk nampak bergaya.
6. Ada kad kredit sampai tiga, empat keping. Beli tiket wayang guna kad kredit, makan dekat kedai hipster guna kad kredit. Padahal hutang kad kredit dah berlambak.
7. Selalu guna ayat “Kita kena sama-sama susah dan senang” bila nak pinjam duit kau. Sebab ada kereta import mewah, bayar ansuran tinggi, hobi mahal tak padan dengan gaji. Hisap vape pulak tu memang tengah bulan akan pokai.
.
Kau kena ingat dik. Masa muda, masa zaman bercinta ni kau akan nampak yang indah-indah belaka. Pakwe sanggup belikan anak patung besar, baju sedondon, kasut sama bagai.
Bila kau tengok pakwe orang lain buat kejutan kononnya sweet tu, mulalah kau menggelupur tag pakwe kau sendiri. Minta buat benda sama. Pesen nak ikut orang je. Kesian pakwe kau.
Hakikat hidup berumah tangga kau kena belajar juga. Takkan sampai bila-bila nak bercinta yang tak halal je kan?
Kalau masa bercinta kau dah bersweet bagai, nanti lepas berkahwin kau dah tak merasai manisnya bercinta lepas kahwin. Dah tak ada apa yang tinggal. Semuanya dah kau lalui.
Seelok-eloknya bercintalah selepas kahwin. Bersweet lepas kahwin, barulah best dan dapat pahala.
Masa bercinta ni tak payah nak membina kenangan terindah bagai la. Pergi jalan sana sini dengan pakwe / makwe kau. Beli anak patung besar, tempah restoran mahal-mahal. Duk bazir duit je tapi nak menyimpan untuk buat majlis kahwin langsung tak ambil peduli. Niat nak jadikan makwe kau sebagai kekasih halal langsung takde.
Dah kenal setahun dua tu eloklah percepatkan perkahwinan. Takde duit? Buat kecil-kecilan saja. Bincang dengan bakal mak ayah mertua kau elok-elok.
Diorang lagi suka ada orang nak jaga dan tanggung anak mereka. Taklah mereka risau kalau kau keluar malam angkut anak dia. Ye dak?
Ini tidak. Setiap minggu lepak kedai kopi hipster lah, keluar tengok wayang lah, lepak kedai makan mahal-mahal, pergi bercuti luar negara je. Tapi nak membina tabung perkahwinan bersama-sama pun susah. Apa nak jadi la. Kah!
#AmirSyahir
Sumber : Facebook Amir Syahir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI