Kalau ke Pantai Timur, ikan celup tepung memang akan menjadi santapan wajib kan, pastinya lokasi tepi pantai menjadi tumpuan. Namun sukarnya nak dapatkan hasil gorengan beserta kerak halus bila buat sendiri.
Namun kalau korang ikut resipi yang dikongsikan Rosmawati UKSB ini, pasti puas hati. Tengok sahaja hasil yang dikongsikan. Siap dengan resipi membuat kuah colek. Resipi ini boleh dibuat untuk gorengan hasil lautan atau pisang goreng. Rahsianya, gunakan kuning telur dan air ais agar kerangupan tahan lama.
Bahan :
Tepung beras
Telur (ibu ambik yang kuning je untuk keranggupan tahan lama) yang putih ranggup cuma tak lama. Tapi biasa tak lama beetahan zasss licin..hahahah
Serbuk kunyit
Kapur sireh
Ads
Bancuh dengan air ais (Kalau ada ketulan ais lagi cantik serbuknya nanti) Tapi air ais ok dah
Kuah colek Ganu
Bahan :
Asam jawa + air
Ads
Nisan@gulamelaka
Gula pasir
Cili boh (cili kering blend)
Ads
Cara :
1. Masuk semua sekali gus menggunakan api perlahan.
2. Reneh biar sedikit pekat. Rasakan tahap kemanisan dan kemasaman dan tambah ikut selera.
3. Kuah colek ini boleh bertahan selama berbulan-bulan jika disimpan dalam peti sejuk.
*gula kena taruk dua-dua jenis..manis gula melaka@nisan tak sama dengan manis gula putih. Masukkan dua-dua jenis baru sedap.
Tarikh untuk majlis pertunangan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Namun hantaran masih belum digubah.
Usah panik! Tarik nafas dalam-dalam. Sebenarnya hanya dengan sedikit bahan-bahan ringkas serta kreativiti, anda mampu menghasilkan hantaran dengan hasil air tangan sendiri.
Tidak perlu menggunakan bunga segar. Olahan bunga artifisial mampu mencipta gaya hiasan yang tersendiri. Yang penting anda bukan sahaja dapat menghasilkan hantaran yang cantik tetapi juga ‘super jimat.’
Bagi mereka yang ingin membuat sendiri hantaran boleh cuba idea ringkas seperti di bawah.
BAHAN-BAHAN:
Tin bekas makanan
Plastik pembalut
Dawai
Bunga artifisial
Gunting
Lidi
Reben
Pita Pelekat
4 Span (balut sekelilingnya dengan pita pelekat)
Tali Jut
Langkah Demi Langkah:
Ikat dua tin dengan tali Jut dengan kemas. Pastikan ikatan ketat bagi memastikan kedudukan tin tidak berganjak.
2. Letakkan tin di atas pelapik dulang kaca. Susun span di empat penjuru hantaran dan ikat dengan kemas menggunakan dawai.
3. Kemaskan kedudukan span dengan lidi buluh. Ia bagi mengelakkan span bergerak-gerak.
4. Cucuk bunga di atas span dengan kemas. Mulakan dengan bunga rona krim.
5. Seterusnya susun bunga dengan rona terang berselang dengan bunga rona krim tadi. Letakkan di atas dulang hantaran. Nah! hasilnya menjentik pandangan meskipun ringkas.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Air cendol merupakan minuman yang penuh dengan rasa lemak dan berkrim. Minuman ini memang sedap dan sesuai diminum waktu musim panas. Memang terasa lega ditekak setiap kali kita menikmatinya,
Populariti minuman itu sama seperti air batu campur (ABC). Pun demikian, untuk membuat cendol yang sedap, mestilah kena tahu bahan-bahan dan cara membuatnya. Sebenarnya tak susah mana pun hendak membuat minuman cendol. Bahan pun tak banyak.
Mari kita cuba resipi Cendol Gula Melaka seperti yang dikongsikan oleh Shida Ambok ini. Pasangan yang baru kahwin bolehlah cuba buat untuk dihidangkan pada sanak saudara dan rakan taulan yang datang beraya di rumah ya!
RESIPI CENDOL GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1.5 kg cendol segera
1 tin susu sejat (*bahan rahsia)
1 tin santan pekat (resipi akan lebih enak bila guna santan perahan kelapa parut)
Secubit garam
Gula melaka (kalau tiada gula melaka boleh juga guna gula merah)
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Campur 1 tin susu sejat dengan santan pekat (Nisbah1:1)
2. Kacau dan masukkan secubit garam untuk naikkan rasa.
3. Cairkan gula melaka di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
4. Untuk penyediaan, isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap apabila ditambah ais.
Bila tekak ni dah selalu sangat menjamu rendang dan ketupat sepanjang Syawal ni, tidak salah kita beralih sekejap dengan menu popular A&W ini. Walaupun hampir sama, tapi rasanya jauh lebih sedap sebenarnya. Sudahlah jimat, boleh dinikmati secara banyak pula. Ikuti perkongsian resepi jejaka ini bersama Pesona Pengantin.
——————————————————————————–
Hai geng. Alkisah.. Anak-anak buah saya ni nak makan roti sosej coney atau coney dog yang dekat A&W tu.. Nak beli, rasa kurang berbaloi.. Mana tak nya harga RM 7 – 8 satu roti tu. Hahahaha. So, baik buat sendiri je lah.. Jimat dan lagi puas hati. Boleh buat untuk moreh. Mudah je cara nak buat.. Jom saya kongsi resepi.
Bahan-Bahan
– Roti sosej
– Sosej
– Daging kisar lembu
– sebiji bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– sebiji tomato
– 5 biji cendawan butang
– 2 sudu serbuk cili
– 2 sudu sos tomato
– 2 sudu serbuk jintan putih
– 1 sudu serbuk kari
– 1 sudu serbuk lada hitam
Cara penyediaan
1. Mula-mula potong dan cincang separuh bawang holland, bawang putih, sebiji tomato dan cendawan butang. Tomato tu saya rebus dulu sebab nak buang kulit dia & isi tengah.
2. Daging kisar tu jangan lupa basuh dulu bang.. Saya biasa basuh dengan gandum pastu sejat daging kisar tu untuk buang air.
3. Kemudian tumis sekejap bahan² yang dipotong cincang tadi tu dengan minyak panas dan masuk kan daging kisar yang disejat.
4. Lepas tu, masukkan serbuk cili, sos tomato, serbuk jintan putih, serbuk kari dan lada hitam seperti dalam resepi tu. Tambahkan secawan air. Jangan lupa sedikit garam & gula untuk bagi secukup rasa.
5. Kacau hingga masak. Pastikan sambal tu tidak terlalu kering. Bila dah masak, biarkan seketika.
6. Roti sosej tu saya kukus supaya nak bagi roti tu lembut. Dalam 1-2 minit macam tu.
7. Sama juga dengan sosej. Saya kukus dalam 5 minit macam tu. Sosej tu saya pilih sosej pulut jumbo. Supaya rasa dia mewah sikit. Tak kisah pun sosej apa nak guna, terpulang. Dan sebelum saya kukus sosej tu, saya kelar/hiris dulu. Nak bagi dalam sosej tu masak sekali.
6. Apabila semua dah selesai, letakkan sosej diatas roti, kemudian letakkan sambal daging kisar tu atas dia. Akhir sekali separuh lagi bawang holland tu potong dadu dan taburkan di atas sambal daging kisar tu. Kalau tak nak pun takpe.
7. Sedia untuk dihidang. Kalau nak tambah cheese ke, letak sos cili ke, sos mayonis ke, pun boleh je takde masalah. Makan macam tu pun dah sedap dah.
Selamat mencuba..
Mohamad Fakhrul Aiman
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!