Kecantikan

Cerahkan Bawah Lengan Anda Dengan Isi Betik!

Share

Mencerahkan kulit bukan sahaja tertumpu pada kulit wajah, ianya harus selari tonanya dengan warna tubuh badan anda. Pasti aneh kan? jika hanya kulit muka anda sahaja yang kelihatan putih berseri, manakala kulit badan anda kelihatan gelap dan kusam.

Ini termasuklah di celahan bawah lengan yang sering kali dikatakan menjadi masalah seperti parut hitam, kesan cukuran yang boleh menghitamkan bawah lengan anda.

Banyak tips yang boleh dipraktikkan anda untuk mendapatkan kulit bawah lengan anda menjadi cerah. Antaranya ialah dengan menggunakan isi betik sebagai jalan penyelesaiannya.

Bagi yang tidak tahu, buah ini sangat berkesan untuk mencerahkan kulit sekaligus memudarkan parut hitam dan juga zon bawah lengan yang gelap.

Betik mempunyai enzim yang mampu menanggalkan set kulit mati dan juga tinggi kandungan papain dan juga vitamin A yang bersifat anti-oksidan. Sebab itu wujudnya produk kosmetik berasaskan betik, kan?

Bahan-bahan:

1. Isi betik

2. Madu secukupnya

Cara-caranya:

1. Hancurkan isi betik.

2. Masukkan 1 sudu madu ke dalam mangkuk berisi isi betik tadi. Gaul rata.

3. Sapukan pes ini pada bawah lengan sebelum anda mandi. Lakukan selang sehari dan pasti anda akan terkejut dengan hasilnya.

Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat, anda haruslah rajin dalam menjaga kebersihan kulit anda. Kulit yang bersih mampu menjamin kesihatan kulit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit : wanista.com

IKLAN