Siapa sangka selepas kisah seorang guru Fizik wanita tular kerana bertemu jodoh dengan pelajar sendiri pada 11 Ogos lalu, terbaharu seorang lagi guru Fizik lelaki turut mendirikan mahligai bersama pelajar tuisyennya.
Posting mengenai perkahwinan mereka tular di Twitter selepas dimuat naik oleh guru berkenaan, Muhammad Shamsul Bahari Abdul Rani pada Isnin lalu.
“Hari tu tengok cikgu Fizik perempuan kahwin dengan anak muridnya, sekarang tiba giliran guru fizik lelaki dan anak muridnya.
“Saksikan Cikgu Fizikku, Suamiku di TV3,” tulis guru lelaki tersebut. Posting berkenaan menerima 10,203 ulang kicau dan mendapat 8,611 tanda suka.
Perkenalan mereka bermula ketika Muhammad Shamsul Bahari, 32, mengajar subjek Fizik di sebuah pusat tuisyen swasta di Kulim, Kedah.
Ketika itu, pelajar tersebut yang kini sudah menjadi isterinya mengikuti kelas tuisyen Muhammad Shamsul Bahari sewaktu berada di Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
Kira-kira empat tahun selepas itu barulah mereka berkenalan secara rapat apabila Intan Syazwani Mohd Hairizan, 20, menambah guru tersebut sebagai kenalan di Instagram pada awal tahun ini.
Ads
Pada awalnya dia tidak mengenali Intan Syazwani kerana wajah gadis tersebut tampak berbeza berbanding sebelum ini.
Namun menurutnya, semasa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa kerana sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang. Walaupun dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain.
Bibit-bibit perkenalan mereka bertambah mekar selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas pesanan pada Instastory guru fizik tersebut tentang azam tahun baharunya.
Ads
Pasangan tersebut bergambar bersama anak perempuan Muhammad Shamsul Bahari, Dania Qaisara.
Menurut Muhammad Shamsul, gadis itu membalas: “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itu hubungan mereka semakin rapat.
Tambah guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah itu, jarak umur 12 tahun antara mereka tidak menjadi penghalang kerana sikap isterinya yang matang dan pandai berdikari.
Melihat dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat, katanya.
Ads
Namun, menurutnya sebelum itu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang (layan) sedikit,” tambahnya yang sudah sembilan tahun mengajar subjek Fizik di SMK Sultan Badlishah.
Pasangan tersebut diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Sumber : Mstar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira melihat rezeki selebriti, Neelofa selepas menjadi isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz, cukup murah rezeki walaupun berniqab dan memakai jubah.
Malahan suaminya percaya berkat ketaatan isteri, Neelofa terhadap dirinya membuatkan rezeki wanita kesayangannya itu melimpah ruah.
Rezeki Neelofa Laju Mengalir Masuk
PU Riz atau atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, bangga dengan pencapaian isteri yang memikat banyak jenama besar melantik dirinya sebagai duta, biarpun berniqab.
“Alhamdulillah, itu rezeki dia dan berkat ketaatan kepada suami dan menjaga syariah.
“Sebagai suami, sudah tentu saya bersyukur dan gembira atas apa yang diterima isteri,” katanya.
Suami Ingatkan Jaga Penampilan
Riz sentiasa mengingatkan Neelofa agar mematuhi syariah dalam apa juga perkara termasuk soal penampilan.
Bapa kepada dua cahaya mata itu sentiasa menyokong apa sahaja yang dilakukan Neelofa asalkan perkara itu diredai Allah.
“Bagi saya, pelantikan isteri sebagai duta adalah bukti penerimaan orang luar terhadap tuntutan agama.
“Muslimah yang tampil berhijab atau berniqab bukan lagi alasan bagi segelintir pihak untuk tidak bekerjasama dengan mereka,” katanya mengulas pelantikan isterinya sebagai duta jenama antarabangsa bagi ‘stroller’ jenama Hamilton.
Sekadar info, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 1 tahun dan Abdullah Abbas, lima bulan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dari mata jatuh ke hati, begitulah perumpamaan cinta Dr Zulfati Izazi Zulkifli, 29 dan Dr Md Yushalify Misro, 31. Pertemuan di kampus universiti menyatukan hati mereka dalam satu majlis pernikahan pada 29 Januari 2022. Paling istimewa, Dr Zulfati Izazi sarung Hanbok di hari pertunangan mereka!
Sewaktu Pesona Pengantin menghubungi Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi sudi meluangkan masa menjawab setiap persoalan sungguhpun sedang sibuk menjalankan tanggungjawab sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS).
Perkenalan Dr Izazi dengan suami bermula di universiti ketika dia sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana di mana suaminya pula sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah.
“Kami berjumpa kali pertama secara tidak sengaja di kafe kampus, itupun melalui seorang rakan. Selepas pertemuan itu, kami masih tidak berhubungan sehinggalah beberapa bulan kemudian, kami terserempak di kampus. Ketika itu, Yus yang menegur saya dahulu dan sejak itu kami mula berkawan.
Bila dah serasi, kami buat keputusan untuk menjalinkan hubungan lebih serius. Walaupun tidak ada lamaran secara rasmi, tapi kami bersetuju untuk mengikat tali pernikahan. Keluarga pun setuju maka segalanya jadi sangat mudah!”
Bertunang Atas Talian
Cantiknya bila seorang Wanita Melayu sarung hanbok, pakaian tradisional Korea di hari pertunangan. Lain dari yang lain!
“Pada 5 Disember 2021 adalah Tarikh pertunangan kami di mana majlis diadakan secara atas talian sahaja. Pada waktu itu saya berada di Korea manakala keluarga saya, suami dan keluarganya berada di Malaysia. Keluarga suami datang ke rumah saya di Kuala Lumpur dan saya menyaksikan sendiri perbincangan mereka melalui satu video call.
Majlis pertunangan yang diadakan secara atas talian.
Sempat juga saya meminjam hanbok daripada salah seorang rakan di sini sebagai busana pertunangan.”
Hanya beberapa minggu selepas bertunang, Dr Izazi Kembali ke Malaysia untuk melangsungkan pernikahan. Selesai kuarantin, Dr Izazi dan keluarga terus membuat persediaan nikah.
“Masa yang ada begitu suntuk kerana saya perlu kembali ke Korea. Mujur keluarga banyak membantu. Akhirnya, Masjid Negara menjadi saksi cinta kami disatukan dalam suasana yang cukup indah. Hantaran nikah kami juga digubah kedua-dua belah ahli keluarga kami (ibu saudara dan kakak). Manakala sebahagiannya digubah oleh Little Lily’s Creation.”
Majlis pernikahan di Masjid Negara.Pasangan pengantin bersama ahli keluarga.Ahli keluarga Dr Zulfati Izazi.
Hantaran yang telah digubah indah.
Melihat foto pernikahan Dr Izazi dan suami, pasangan ini tampak begitu berseri. Memilih busana tradisional set kurung tenun emas dan baju Melayu sepadan daripada sentuhan Seth & Luna, majlis pernikahan mereka turut disaksikan keluarga dan kenalan rapat.
Tahniah dan selamat melayari bahtera perkahwinan dan bahagia sehingga ke Jannah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda merupakan peminat K Pop, nama Lee Min-ho sememangnya tidak asing lagi. Aktor Korea tersebut sememangnya menjadi sebutan ramai kerana kekacakannya. Baru-baru ini tular seorang lelaki kelahiran Korea Selatan bernama Lee Min-ho selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya yang berasal dari Indonesia, Puput Norman Desyta, lapor laman berita Suara.com.
Video perkahwinan Min-ho dan Puput menjadi tular di media sosial kerana nama pengantin lelaki itu sama seperti aktor popular Korea Selatan, Lee Min-ho.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook Irvan Julivansyah, Min-ho dipaparkan melafazkan akad nikah dalam bahasa Indonesia dengan sangat fasih dan lancar.
Selain namanya yang serupa dengan aktor popular itu, hantaran perkahwinan Min-ho buat Puput juga menarik perhatian apabila menghadiahkan hantaran mewah berupa satu unit apartmen, sebuah kereta jenama Hyundai dan berlian seberat 15 gram!
Majlis tersebut berlangsung di Desa Kalimanggis Subah dalam wilayah Jawa Tengah. – Age
Sumber: Kosmo.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!