Impian untuk seorang lelaki bergelar suami tidak kesampaian. Mahligai indah yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Pelamin anganku musnah, begitulah situasi yang dihadapi oleh seorang lelaki yang bernama Nidzam yang berasal dari Sarawak.
Dikhabarkan bahawa pengantin perempuan telah membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir. Mungkin sudah takdir tiada jodoh antara mereka berdua namun setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut meriah bersama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan bertukar menjadi majlis doa selamat gara-gara ketiadaan pengantin perempuan.
Dikatakan bahawa bakal pengantin perempuan membatalkan perkahwinan tersebut tiga hari sebelum majlis berlangsung.
“Pengantin lari, duda kali kedua. Tetap senyum. Takdir memisahkan kita. Tarikh bersanding adalah 18 Disember 2022. Pelamin sudah siap tetapi pengantin lari. Pelamin anganku musnah, kecundang,”tulis lelaki ini diruangan kapsyen dalam video TikTok yang dimuat naiknya.
Dalam video tersebut, lelaki yang merupakan seorang bapa tunggal kepada seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun itu sempat menggunakan khidmat andaman memandangkan tempahan tidak dapat dibatalkan.
“Tiba di hotel untuk ditata rias, masih boleh tersenyum. Kembali bergelar duda setelah majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat.
“Jangan tanya pengantin perempuan mungkin salah dua-dua belah pihak. Kita hanya merancang ALLAH berikanlah kekuatan,” tulis Nidzam pada video keduanya.
Tersergam indah pelamin yang bertemakan bertemakan rona putih dan ungu muda. Walaupun majlis itu hanya menjadi majlis doa selamat namun tetamu dan kenalan yang dijemput tetap hadir.
Kelihatan juga meja santapan pengantin lengkap dengan hiasan yang sepatutnya meraikan kedua- dua raja sehari. Resepsi perkahwinan bernilai RM20,000 juga diteruskan apabila tempahan dengan pihak katering tidak dapat dibatalkan.
@keroll0907 Kembali bergelar duda setelah majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis doa selamat..jgn tanya pengantin perempuan mungkin salah 2 2 belah pihak..kita merancang YaAllah berikan kekuatan.. #teamduda♬ Cukup Derita Itu – Siti Nordiana
“Akad nikah dan majlis persandingan sepatutnya berlangsung pada hari yang sama tetapi lokasi berbeza. Katering tidak dapat kami batalkan. Jadi kami buat doa selamat dan sedekah tetamu makan.
“Pihak pengantin perempuan membatalkan pernikahan tiga hari sebelum tarikh berlangsung kerana tiada persefahaman. Tetap tenang dan lebarkan senyuman. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, jaga kesihatan mental kita.
Ads
“Jangan rosakkan kesihatan mental, ia lebih penting daripada tanggapan orang luar,” kata lelaki ini.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Nidzam.
Semua tu terjadi sbab allah dh tentukan , sabar , tawakal dgn jln yg allah tentukkan .
“Insya Allah one day allah will find the best women for you.”
Ads
“Macam mane owg lah yg lari tu.hmmm mgkin belum jumpa yg terbaik.”
“Betul2 kuat yee awak…sabar byk2 ye ujian yg Allah bg stp org berlainan..sy 2x divorecd pom down sgt memlih utk singlemom 10 thn.”
“Semoga sabar tabah dan kuat menghadapi ujian ini.”
“Jangan risau mukin Ada hikmah disebalik yg berlaku.”
“Ya Allah sedihnya , semoga sentiasa kuat. ye🥺🤲setiap yg berlaku mesti ada hikmah.”
“Semoga terus kuat dan tabah insyaAllah pasti Allah akn hadir kn sesorg pda masa tepat peecaya lha.”
Benar kata selebriti media sosial, Dr Say Shazril, jangan terlalu berkira dalam semua hal, lebih-lebih dengan anak, isteri dan keluarga.
Menerusi Instagramnya, doktor selebriti ini menasihati agar jangan terlampau menghambakan diri pada wang ringgit hingga sanggup ikat perut dan bercatu hingga anak dan isteri terkesan.
Ada baiknya kita beri keselesaan dan nikmati hidup yang tenang dengan isteri dan anak-anak. Itu yang sebaiknya dilakukan.
Menerusi Instagramnya, bapa kepada dua cahaya mata ini berkongsi pesanan untuk semua.
“Ini pesanan mak ayah saya yang akan saya ingat sampai bila-bila. I just had this conversation with wife beberapa hari lepas on “we should enjoy what life has to offer” & tup tap terjumpa post ni kat FB mengukuhkan lagi apa yang kami bincangkan.
“Berhitung segala benda siap beberapa kali berkelahi dengan wife on money matters. Bila dah ada anak, bila rezeki makin luas, bila simpanan cantik sikit, barulah saya sedar betapa kosongnya hidup selama ni diperhambakan dengan wang.
“Kita semua nak Financial Freedom betul? Tapi apa guna financially free bila kita menghitung segala benda?
“Makan berkira, vacation berkira, dengan ahli keluarga berkira dah celah mana Financially Free-nya di situ. Sebijik macam Cikgu Fadli ni cakap YOLO, You Lived Only Once jadi apa salahnya menikmati titik peluh kita selama ni? How to enjoy it? By MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.
“Kalau kita nak beli sesuatu yang sampai the whole family kena ikat perut/ sampai kita terbeban berhutang/ sampai kita bercatu segala benda then that means kita tak mampu lagi untuk apa jua yang kita mahukan tu.
“Satu lagi ayat best saya belajar dari kawan sy @drhaqwasa adalah segala apa yg kita beli adalah SIGN OF ACCOMPLISHMENT FOR OURSELVES & ia jadi salah pabila seseorang itu beli something to impress others.
“Dont get me wrong, menyimpan still should be number one priority but IT SHOULDNT BE OUR ONLY PRIORITY. Enjoy titik peluh anda mindfully but never be a slave for your money,” katanya berkongsi.
Haaa… anda jenis berkira dengan keluarga tersayang ke? Kalau ya, sila ubah untuk rasa bahagia. Tak rugi pun sesekali beli jiwa anak-anak dan isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kepada pasangan yang baru berkahwin dan pertama kali berhari raya di rumah mentua, pasti teruja untuk mengalami suasana baru dengan keluarga pasangan. Ketika itu pelbagai perasaan dan tanda tanya bermain di fikiran.
Maklumlah jika selama ini berhari raya dengan keluarga sendiri, pada kali ini di tempat orang lain akan memberi suatu pengalaman baru dan secara tidak langsung menimba pengalaman mempelajari budaya dan adat istiadat pasangan.
Walaupun tidak dinafikan perasaan sedih tetap ada kerana tidak berhari raya dengan keluarga sendiri dan sanak saudara di kampung halaman, namun saat pertama berhari raya dengan keluarga mertua adalah momen penting dalam sejarah perkahwinan. Lelaki ini kongsi, adab beraya di rumah mentua.
ADAB BERAYA DI RUMAH MEnTUA
Setiap tahun, pasti banyak keluarga yang akan beraya di kampung. Sama ada di kampung suami atau isteri, sudah semestinya salah seorang akan menjadi menantu.
Perkara ini nampak mudah. Takkan beraya pun nak kena ada garis panduan? Untuk orang yang biasa, betul. Tak perlu baca pun mereka sudah pandai bawa diri di rumah mentua apabila beraya di sana.
Tetapi, penulisan ini saya tujukan kepada kita semua yang masih keliru bagaimana nak bawa diri atau mainkan peranan di rumah mentua pada musim perayaan.
Penulisan ini ditujukan untuk pihak suami dan pihak isteri. Ya, jangan kita ingat suami sahaja yang perlu ilmu ini, ramai juga para isteri yang masih terlepas pandang tanggungjawab mereka semasa di rumah mentua.
Adab Semasa Beraya di Rumah Mentua
Nampak seperti mudah, tapi ramai yang tak endahkan. Ramai yang mengelat. Tak kurang juga yang duduk berkurung dalam bilik. Ada juga yang buat-buat sibuk jaga anak walaupun anak tu dah besar dan tak perlu penjagaan 24 jam pun.
Yang mana tak begitu pandai masak, jangan jadikan tu sebagai alasan. Proses memasak tu bukan hanya campak benda dalam kuali je. Penyediaan bahan-bahan masakan tu pun penting.
Potong bawang, blender cili, potong ayam, daging, basuh pinggan, siapkan tempat makan, tolong kacau lauk dan macam-macam lagi boleh dibuat untuk membantu. Pokok pangkalnya nak dengan tak nak je.
Jadikan diri tu berguna. Percayalah yang banyak mata memerhati setiap gerak geri anda. Nanti tak pasal-pasal jadi bahan umpatan.
Perkara paling utama ialah mengemas tempat tidur selepas bangkit dari tidur. Di kampung, selalunya akan ramai tidur di ruang tamu. Jadi, selepas bangun tidur tu, kemaslah tempat tidur korang sekeluarga. Takkan nak tunggu Tuan Rumah kemaskan kot? Tak manis la macam tu. Nampak rumah bersepah, tolong la kemas sekali, atau tolong sapu ke. Kita balik kampung ni umpama kita menumpang rumah orang. Orang berbudi, kita berbahasa la. Tak gitu?
Para suami, bila isteri sedang membantu mentua atau ipar mereka di dapur, tolong la jagakan anak tu. Jangan la sibuk sangat dengan urusan lain sehingga mengganggu isteri. Bagi ruang untuk dia jalankan peranan dia.
Memang la ada ketika perlu panggil mamanya untuk menyusu, tapi kalau bab salinkan pampers dan basuh kencing dan berak anak tu, rasanya sepatutnya takde masalah kot kalau nak buat sendiri?
Berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu, pencukur dan lain-lain tu tolong bawa sendiri punya. Takkan la nak habiskan semua yang tuan rumah punya? Kalau satu keluarga tak mengapalah. Tapi kalau dah yang baliknya 4-5 keluarga? Botak kepala mertua nak topup tu semua.
Benda yang selalu orang tak terfikir nak bawa ialah extension plug. Benda ni sangat-sangat penting. Nak pulak kalau satu keluarga tu ada 4-5 telefon. Sebut pasal telefon, charger pun bawa la sekali. Orang lain nak cas telefon diorang sendiri. Kan dah menyusahkan je kalau asyik nak pinjam charger orang lain?
Masa inilah masa yang patut kita manfaatkan untuk merapatkan silaturrahim. Bukan selalu jumpa pun. Tanyalah khabar, berboraklah, cerita la pasal apa pun. Asalkan jangan terlebih-lebih cerita pasal politik. Memang akan menjadi satu perkara yang teramat bosan. Walaupun satu keluarga tu sokong satu pihak sahaja, tapi pasti akan penuh dengan kecaman dan lain-lain sedangkan masa itu sepatutnya digunakan untuk cerita pasal keluarga, bukannya ahli politik itu ini.
Kepada yang kaki bisnes tu, tinggalkanlah kerja di rumah. Jangan datang rumah mertua, asyik sibuk dengan kerja. Memanjang bergayut, telefon orang itu, orang ini. Cakap pulak kuat-kuat. Sembang kencang semacam. Orang lain pulak yang jadi tak selesa dengan kita.
Tolong la, berhentilah membanding-banding sesama keluarga. Nak muntah rasanya dengar anak orang tu degree sini, anak orang ni diploma sana, anak orang ni Doktor sini, anak orang tu Peguam kat sana.
Stop it ! Berhenti riak, berhenti berbangga-bangga, menunjuk-nunjuk dan berlagak. Tak semua orang mampu, tak semua orang ditakdirkan berjaya dan tak semestinya kita perlu menilai orang dari segi tahap pembelajaran, pekerjaan dan duit semata-mata. Hargailah orang di hadapan kita tu sebagai saudara kita. Susah sangat ke?
Aurat sendiri wajib jaga. Wajib bertudung dan pakai baju lengan panjang. Tak boleh la pakai baju lengan pendek je. Lengan tu aurat jugak. Banyak sangat mata bukan mahram yang nampak.
Bapa dan mak saudara sebelah pasangan bukan mahram ye. Tak perlu salam cium tangan. Sepupu bukan mahram, tak perlu laga-laga pipi la. Buat dosa je. Orang tua yang berlainan jantina pun bukan mahram kecuali mak, bapa saudara atau nenek dan datuk sendiri. Mertua tu sendiri memang mahram. Rasanya tak perlu bagitau.
Cara nak elak mudah je, senyum dan letak tangan kat dada. Yang penting tu senyum, supaya orang tu tahu yang anda hormat dia cuma anda tak boleh salam je.
Satu lagi benda yang sangat-sangat penting tapi orang tak endahkan atau pandang ringan. Aurat anak kecil. Terlalu ramai orang yang salin pampers anak depan orang lain. Walaupun baby, itu tidak memberi lesen untuk anda pamerkan kemaluan anak kepada orang lain. Lagipun, kita di zaman yang tenat sekarang, banyak kes pedofilia yang bernafsu terhadap budak kecil. Bayangkanlah, anda jamu nafsu dia dengan anak sendiri macam tu je.
Situasi mandi juga perlu diambil perhatian. Jangan la pergi berkemban depan ipar duai, mentua, sanak saudara. Perempuan satu hal, lelaki pun sama. Selamba pakai seluar pendek, nampak pusat depan isteri abang atau adik. Tutup la sikit. Anak-anak lepas mandi pun, janganlah dibiarkan mereka berbogel dari bilik air sampai ke bilik. Memang tak patut macam tu.
Ada yang dah hantar anak awal-awal kerana cuti raya kali ini didahulukan dengan cuti sekolah. Kononnya untuk bagi anak bergembira main dengan sepupu-sepapat. Lepas hantar anak, mak ayahnya pun balik. Tinggalkan anak dengan baju seluar je. Yang lain tak peduli pun. Anak nanti nak makan ape, anak nanti nak mandi, nak berak. Semua siapa yang nak buat? Dah sah-sah la mentua yang kena buatkan semua. Ingat mertua dah takde keje lain nak basuh berak cucu je setiap hari? Fikirlah sikit. Mertua pun kebanyakannya dah tua. Bukan tugas diorang nak jaga anak kita.
Anak tu pulak kalau yang dah besar darjah 1 ke atas kira ok la jugak, reti mandi berak sendiri. Ini dengan anak umur 3 – 4 tahun pun ditinggalkan macam tu je. Dah jadi keje mertua nak masakkan anak-anak yang tak puasa ni, bagi makan pagi, tengahari, malam. Bagus sangat jadikan mertua sebagai orang gaji. Kalau bayar gaji betul pun belum tentu diorang larat nak buat. Memang pentingkan diri betul. Fikir sikit, kita nak seronok berjalan pergi beli belah baju raya, anak ditinggalkan macam tu je.
Manusia tak lepas dari perbalahan atau salah faham. Bila terjadinya kat rumah mertua, tolong la simpan masalah tu. Jangan ditunjuk depan orang ramai. Kalau malam tadi bergaduh dengan suami kat dalam bilik, jangan esoknya dok hempas itu ini depan suami. Kalau tadinya bergaduh dengan isteri, janganlah marah dia tengking dia depan mak ayah atau adik beradik dia. Jagalah air muka pasangan. Diorang mesti malu kalau dibuat begitu.
Bila bersama dengan keluarga lain, amat penting untuk jaga air muka atau aib keluarga dan pasangan. Jangan sekali-kali buat hal dalam rumah orang. Itu tandanya anda tak hormat kat pasangan dan tak hormat kat mentua yang juga tuan rumah.
Tolong awasi anak-anak anda. Janganlah merosakkan harta benda mentua. Memang kalau terjadi apa-apa mereka akan cakap, “tidak apa” atau “biasalah budak-budak”, tapi siapa yang tak marah kalau barang berharga kita orang rosakkan?
Lepas tu, nak guna atau nak pakai apa-apa milik mentua tolong la minta kebenaran dulu. Jangan gatal tangan guna set pinggan Corell atau set Tupperware mertua dengan selamba je. Kita tak tahu benda tu dibeli untuk pakai je atau perhiasan dan koleksi. Jadi, jangan memandai-mandai sebelum meminta kebenaran.
Yang mana balik beberapa hari tu dah tentu ada yang basuh baju sendiri. Jangan la dilonggok je mengharapkan mertua yang basuhkan. Dah la orang tua tu tolong basuh, dia jugak yang kena sidai dan lipat. Kalau balik nak menyusahkan, baik jangan balik. Tak kesian langsung kat mertua.
Paling penting, bawa plastik untuk buang pampers anak. Jangan selamba je buang tepi toilet atau dalam tong sampah biasa. Bau tu menyengat, bila campur jumlah 5 6 orang budak, memang busuk. Bila dah penuh pulak, rajin-rajinkanlah diri buang. Kesian mentua nak kena buangkan pulak taik anak kita.
Jangan balik tangan kosong. Bawa sekali barang dapur atau beli kat sana. Tolong bantu dan topupkan barang dapur tu. Bukan murah-murah bahan mentah sekarang. Bayangkan memasak untuk 5 keluarga, ayam je dah berapa ekor habis sekali masak tu. Kalau duduknya pun 3, 4 hari dah berapa banyak habis tu?
Konsepnya mudah je. Permudahkan urusan mereka, jangan menyusahkan. Tak semua orang mampu untuk tanggung makan minum 5 keluarga sekaligus. Mertua di kampung bukannya kerja gaji ribu-ribu. Ada yang menoreh lepas sahur lagi. Kita sedap-sedapnya perabihkan duit diorang.
Buka mata, tanya mentua atau tanya isteri apa yang tak cukup. Lepas tu pergi beli. Tak perlu tunggu sampai mentua sendiri terpaksa pergi sendiri.
Kat kampung tu ramai orang. Melainkan ada bilik khas sendiri, kalau tidur kat ruang tamu tu, bangun la awal. Jangan dah pukul 10, dah terang- benderang, budak-budak dah berlari sana sini, orang pun dah mula menyapu rumah semua, masih lagi terbongkang kat tengah rumah tu. Karang dengan yang tidur tu sekali orang sapu, baru ada akal.
Jangan ambil kesempatan, bila ipar duai dah balik, jangan nak rasa macam tuan rumah sangat. Tak boleh la semua nak mengharapkan diorang je buat. Anda sebagai anak pun kena sama bantu dan list ini juga untuk anda baca dan amalkan.
Bila berkumpul tu selalunya akan ada ipar atau biras yang baru melahirkan. Jadi, ada la baby comel yang ramai geram nak pegang, dukung, cium. Kena tahu yang baby ni antibodi dia tak kuat mana. Pakcik yang baru lepas merokok tu tak payah la nak pegang cium baby. Yang mak saudara pulak, kalau baru lepas potong ayam ke, sapu rumah ke, tak perlu la nak gomol baby orang. Habis semua kekotoran, bakteria tu kena kat baby. Bahaya.
Lepas tu, kalau anak tu baru umur 6, 10 tahun, tak perlu la bagi diorang pegang baby. Keselamatan baby tu sangat penting. Kalau jatuh sapa yang susah? Nak marah budak tu ke mak budak?
Kipas on 24 jam. Aircond kalau ada pun on selalu. Tv jarang tutup. Lampu pun sentiasa banyak yang bukak. Belum masuk lampu lip lap lagi. Air pun banyak guna. Berbelas, berpuluh orang mandi setiap pagi.
Sebelum pulang tu, hulurlah sedikit buat bantu bayar bil elektrik dan air. Lega sikit hati mentua. Takde la mereka rasa terbeban dengan kehadiran kita sekeluarga.
*****
Sebagai menantu ni, walaupun anda dah berkahwin dengan suami atau isteri, tak semestinya anda tak perlu lagi ambil hati mertua. Mertua ni sama sahaja dengan mak ayah kita, layan mereka dengan sebaiknya. Mereka yang melahirkan pasangan kita. Itu jasa yang kita takkan mampu balas sepenuhnya. Tapi kita boleh berusaha untuk meringankan beban mereka.
Semoga dengan penulisan ini dapat membuka mata kita semua. Janganlah terlepas pandang lagi.
Tolong SHARE supaya satu Malaysia lebih peka tentang adab beraya di rumah mertua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau ruang tamu jenis memanjang yang bersambung hingga ke dapur, ini idea yang boleh dipraktikkan. Barulah naik seri dan cantik teratur perabot tersusun.
Sebenarnya apabila keluasan kediaman terhad, idea nak menghias kediaman pun jadi sedikit ‘terbantut.’
Bagaimanapun faktor ini bukanlah halangan untuk kita menghias kediaman. Ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan agar kediaman dengan ruang memanjang kelihatan menarik.
Berikut perkongsian Adawiah Burhanuddin jemput baca dan cedok mana yang sesuai untuk ubah suasana dalam rumah.
“Saya kongsikan deko hall rumah kami. Hall memanjang sambung terus ke dapur. Semoga dapat memberi idea kepada yang sedang mencari-cari idea untuk deko hall.”
Biasanya ruang yang memanjang terutama kawasan yang paling jauh dari tingkap akan kelihatan gelap. Gunakan langsir yang agak nipis untuk mendapatkan cahaya sebanyak mungkin.
Ini adalah muslihat yang berfungsi untuk semua ruang yang kecil. Warna putih membantu memberikan efek luas dengan dibantu dengan pencahayaan yang baik. Gunakan warna putih sebagai asas contohnya dinding.
Adunkan bersama perabot dan hiasan rona tanah. Semasa menambahkan warna, lebih baik memilih nada pastel ringan yang memberikan mood ceria tanpa mengurangkan cahaya.
Jalur adalah kaedah perspektif yang membantu memberikan ilusi ruang yang lebih luas. Boleh juga buka tingkap bagi memastikan ruang ini mendapatkan cahaya natural.
Televisyen yang ‘dilekatkan’ pada dinding sangat menjimatkan ruang. Rak televisyen hanya digantung pada dinding. Banyak ruang banyak dijimatkan apabila tiada rak televisyen yang diletakkan di atas lantai.
Ruang tamu yang memanjang sukar dihiasi dan anda harus memilih elemen yang benar-benar penting sahaja. Sofa juga mesti memanjang dan hampir lebih baik tanpa chaise longue.
Letakkan set meja makan (meja makan dan kerusi) yang kecil sahaja pada ruang kediaman yang memiliki keluasan memanjang. Banyak ruang boleh dijimatkan apabila set makan makan dipilih daripada set yang serba ringkas dan saiz yang kecil.
Ini adalah salah satu cara untuk menjadikan ruangan kelihatan lebih luas. Pantulan cahaya cahaya menjadikan ruangan memanjang tampak lebih luas. Cermin sangat membantu kita mewujudkan cahaya dan ‘kelapangan’ pada sesuatu ruang.
Dapat sesuatu dalam idea dekorasi kali ini? Moga tip ini membantu pasangan suami isteri untuk naikkan seri dalam rumah.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...