Cinta adalah agong, ia adalah satu kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah untuk setiap insan di muka bumi ini. Semua berhak untuk menikmati cinta sejati, tidak dapat disangkal ada yang masih belum bertemu dengan jodoh. Tidak mustahil untuk  kita sebagai seorang insan meneruskan usaha dalam mencari kebahagiaan.

Ia tidak bermakna cinta yang ditemui itu adalah cinta sejati yang dapat menghabiskan masa bersama sehingga hujung nyawa. Masih ada pasangan yang kecewa dalam percintaan mereka ini tidak menghalang anda untuk terus mencari cinta sejati.

Kisah adik Nur Alya Damia Hairi, 19, pelajar Kolej Vokasional Port Dickson yang baru-baru ini dikejutkan dengan pembunuhan oleh teman lelakinya sendiri membuatkan ramai pihak tidak menyangka. Manakan tidak cinta yang selama ini kelihatan penuh dengan kemanisan dan gelak tawa, akhirnya menjadi tangisan semua ahli keluarga dan sahabat handai.

Bercinta biarlah berpada, bukan sehingga memakan diri sebegini. Nasihat Pesona Pengantin disini, biarlah sesuatu perkara yang ingin dilakukan di dalam percintaan ini mendapat restu daripada ahli keluarga dan biarkan ramai yang tahu akan gerak geri anda.

IKLAN

Kita tidak sedar dalam keasyikkan masih ada rasa marah yang hadirnya dalam situasi cemburu buta. Di dalam Islam, selalu mengajar kita jika ingin keluar bersama teman bukan muhrim haruslah membawa teman yang sama muhrim dengan mu, agar tidak dipandang serong dan menimbulkan fitnah.

Cinta tidak salah dalam situasi sebegini, hanya manusia yang alpa dalam keasyikkan yang menjadikan sebuah cinta yang suci itu menjadi tragedi. Jika anda sedang berkasih, jagalah pasangan mu dengan baik dan sempurna hargailah kasih sayang yang Allah berikan pada diri anda. Bukan mudah untuk memiliki rasa sayang yang berpanjangan dalam sebuah perhubungan.

IKLAN

Pastinya ada ombak melanda saat kebahagiaan. Tetapi bagaimana cara kita tangani bergantung pada individu itu sendiri. Biarlah kita mengalah sesekali saat dalam pertengkaran, tidak merugikan sesiapa dalam situasi tersebut, malahan ia mendatangkan kebaikan dalam pehubungan tersebut.

IKLAN

Cinta Yang Menjadi Tragedi

Gambar Hiasan

 

Jangan terlalu mengikut nafsu, sabar itu separuh daripada iman.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI