Raut wajah yang jelita dan bakat tersendiri, Azira Shafinaz Ramlan , 27 tahun antara pelakon yang menjadi pilihan penerbit produksi. Bertemu dengan gadis jelita ini yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan De Fam pada satu sesi fotografi baru-baru ini, banyak impiannya dikongsi bersama.

Bicara soal jodoh dengan penyanyi dan juga pengacara PopTV ini, dia mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan lelaki yang dikenalinya sejak lima tahun lalu.  Namun persoalannya bilakah Azira bakal mengakhiri zaman bujangnya? “Kami belum ada kata putus bila untuk melangsungkan perkahwinan. Tetapi di dalam hati sering berkata ingin akhiri zaman bujang pada akhir tahun. Tetapi tidak tahu tahun bila,” tertawa memberi jawapan.

Ciri-ciri lelaki pilihan

Akui Azira menyukai lelaki yang penyayang dan memahami dirinya. “ Ternyata ‘dia’ seorang lelaki yang matang, rajin dan yang paling saya suka ialah dia amat mementingkan keluarga. Memahami itu sangat penting, sikap itu kena ada dalam diri partner kita. Selain itu Azira menyukai lelaki yang ‘family man’ . Azira tidak memandang sangat rupa paras yang elok, sebab ia hanya luaran, apa yang penting ialah dalaman diri seseorang itu. Di samping itu dia juga boleh membimbing Azira ke jalan yang sebaiknya,” jelasnya. Tambah Azira, pasangannya itu amat memahami kerjayanya sebagai anak seni dan sering menasihati supaya sentiasa pandai menjaga diri.

Faktor usia yang muda bukanlah halangan baginya untuk menjalin kasih, malah pernah dahulu mempunyai pasangan yang lebih muda. “Bila berpasangan dengan yang muda Azira pentingkan dalaman dirinya, tak kisah tentang umur, ia hanya sekadar nombor. Tetapi lebih mementingkan pengetahuan mereka. ‘What make him a man’itu yang Azira pentingkan,” akuinya.

Sejujurnya, Azira lebih menyenangi lelaki yang lebih tua daripadanya memandangkan mereka lebih berpengalaman. “Lelaki yang berumur mereka lebih relaks berbanding yang muda mereka tidak memikirkan tentang masa hadapan dan lebih mementingkan diri sendiri. Itu adalah satu sebab mengapa Azira memilih yang lebih tua dari usianya,” jelasnya.

Ads

Majlis perkahwinan impian

Mengakui suka melihat rekaan dan dekorasi yang ditampilkan oleh pereka Rekateemor dan Glam Wedding. Idea yang dicetuskan oleh keduanya sangat memukau setiap kali majlis perkahwinan berlangsung. Akui Azira rajin membuat rujukan di online perkahwinan dari Indonesia. Terpukau melihat dekorasi yang diilhamkan dalam majlis perkahwinan mereka. Tidak seperti mana dekorasi perkahwinan di Malaysia.

Buat masa kini, dia belum lagi memikirkan tentang tema majlis perkahwinan idamannya. Namun ada yang menarik perhatiannya di mana pelamin menggunakan Cinderella Carriage. “I like simple tapi memberi kesan wow,” akuinya.

Sebenarnya impian Azira mahu mengadakan majlis perkahwinan di Bali, di tepi pantai. Majlis perkahwinan tidak sempurna jika tidak dihidangkan dengan makanan yang enak buat tetamu. Itu antara salah satu sebab mengapa tetamu suka ke majlis perkahwinan. Di majlis Azira nanti akan pastikan makanan yang dihidangkan buat tetamu enak dan memuaskan hati tetamu mengikut cita rasa Azira. Tidak lengkap juga majlis perkahwinan tanpa pelamin dan juga adat yang merenjis. Tetapi untuk majlis Azira nanti , mahukan persembahan oleh rakan-rakan,” ceritanya.

Ads

Perlukah melalui proses bertunang? Dia dan pasangan bakal terus mendirikan rumah tangga tanpa majlis pertunangan seperti kebiasaan pasangan bercinta.

Memilih tema warna putih yang dirasakan suci untuk majlis perkahwinan. “ Rona putih kelihatan lebih tenang. Ditambah dengan percikan rona velvet  Selain itu diserikan pula dengan bunga-bungaan yang menjadi kesukaan Azira, berkonsep ala fairy tale garden,”

Definisi perkahwinan

Ads

Mudah untuk mengungkap perkataan kahwin namun hakikatnya tidak. Bagi wanita ini, berkahwin ialah satu komitmen yang besar di mana perlu bersiap sedia dari aspek gaya hidup, pergaulan dan sebagainya. Oleh itu saling memahami dan bertolak ansur itu amat penting antara pasangan. Kalau tiada persefahaman , suatu perkahwinan itu tidak akan kukuh.

Buat Azira impian bulan madu ialah  ke Maldive memandangkan suasananya yang romantik dan dirinya yang menyukai pantai.

4 perkara tentang Azira;

  1. Kuat tidur
  2. Pernah mengambil kursus Diploma in Business kemudian pernah belajar di London ambil kursus pendek untuk mekap.
  3. Suka kumpul barang  mekap
  4. Teringin nak ada kembar

Perkembangan terkini

Buat masa ini, dia baru sahaja habis penggambaran tele raya dan tidak lama lagi muncul dalam drama 40 episod untuk slot Akasia di TV3. De Fam bakal tampil dengan single keempat dalam waktu terdekat. Namun kali ini bekerjasama dengan produser baru dan cara penyampaian lagu semua bertukar tidak sama seperti Supergirl tapi elemen rap masih kekal.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI