Setiap wanita pasti akan mendambakan lelaki yang soleh untuk dijadikan teman hidup mereka. Mereka mengimpikanseorang lelaki yang bagus akhlaknya terhadap Allah SWT dan taat perintah-Nya. Selain itu, tutur kata yang sopan dan sedap mata memandang juga merupakan ciri-ciri yang dicari oleh wanita. Namun adakah setiap kriteria yang diinginkan itu mudah untuk diperoleh?
Malah tidak dinafikan juga ada sesetengah wanita tidak meletakkan ciri-ciri seperti yang di atas dalam mencari pasangan hidup. Mereka merasakan memiliki insan seperti itu terlalu sempurna untuk mereka. Lebih baik cari yang biasa-biasa sahaja.
Namun bagaimanakah ciri-ciri lelaki soleh yang dimaksudkan? Berikut adalah beberapa ciri-ciri lelaki soleh yang ‘jangan’ ditolak sekiranya dia datang melamar anda:
1. Hubungan baik dengan Allah
Ciri pertama yang perlu ada pada seorang lelaki adalah memiliki hubungan yang baik dengan Allah SWT. Hal ini dapat dilihat dari segi amal ibadahnya kepada Allah seperti solat 5 waktu dan melakukan amalan-amalan sunnah. Mereka yang memiliki peribadi seperti ini sentiasa ingin dekat dengan Allah dan akan menjauhi perkara-perkara yang dilarang. Sebagai contoh mereka akan menundukkan pandangannya pada wanita dan menjaga pergaulannya dengan wanita.
2. Hubungan baik dengan ibu bapa
Ciri kedua yang dimiliki oleh lelaki soleh adalah memiliki hubungan yang baik dengan kedua-dua orang tua terutama dengan ibunya. Mereka yang menjaga hubungan baik dengan ibunya dan selalu taat akan perintah ibu nescaya akan melakukan perkara yang sama terhadap isterinya kelak. Allah SWT berfirman:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa
Ads
(An-Nisa 4:36)
عَنْ اَبِي هُرَيرَةَ رضي الله عنه قال جَاءَ رَجُلٌ الى رسولِ الله صلى الله عليه وسلم فقال يَا رسولَ الله مَنْ اَحَقًّ النّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قال: اُمُّك قال: ثُمَّ مَنْ؟ قال: ثُمَّ اُمُّك قال: ثم من؟ قال :ثم امُّك قال: ثم من؟ قال : ثم اَبُوْكَ
(اخرجه البخاري)
Ertinya: dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: “Suatu saat ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah yang berhak aku pergauli dengan baik?” Rasulullah menjawab : “ Ibumu!”, lalu siapa? Rasulullah menjawab: “ Ibumu!”, lalu siapa? Rasulullah menjawab: “Ibumu!”. Sekali lagi orang itu bertanya: kemudian siapa? Rasulullah menjawab: “ Bapamu!”
Ads
(H.R.Bukhari)
Hadis di atas menjelaskan bahawa seorang anak yang soleh adalah anak yang sentiasa menjaga hubungan dengan kedua-dua orang tua terutama insan yang melahirkannya.
3. Prihatin terhadap kanak-kanak
Ciri yang ketiga adalah memiliki sifat keprihatinan dan ambil peduli terhadap anak-anak kecil. Apabila ternampak sahaja anak-anak kecil, secara semulajadi si dia akan menunjukkan keprihatinannya. Perasaan ini akan muncul tanpa disengajakan tetapi memang sudah sedia ada dalam dirinya. Hal ini sangat penting kerana mencari suami adalah sama seperti mencari calon ayah bagi anak-anak anda kelak.
Maka pastikanlah lelaki itu mempunyai sifat suka akan budak-budak. Baginda Rasulullah SAW juga sangat mencintai anak kecil. Ketika pulangnya dari peperangan apabila terserempak dengan anak kecil baginda turun dari untanya dan memberikan senyuman kepada anak kecil tersebut. Perkara ini menunjukkan baginda juga sangat prihatin terhadap kanak-kanak.
Ads
4. Hubungan baik dengan sosial dan masyarakat
Berumah tangga adalah proses yang lengkap iaitu dengan mempertemukan dua insan yang berbeza dari keluarga yang berbeza untuk kehidupan yang baru. Kehidupan berumah tangga sudah menjadi seperti satu kewajipan oleh setiap orang. Maka kemampuan dalam menjalin hubungan kemasyarakatan adalah sangat penting yang harus dimiliki oleh suami.
Suami juga adalah ketua keluarga dan dialah yang harus membimbing isteri dan anak-anaknya kearah kemasyarakatan. Contoh baik hubungan sosial dan kemasyarakatan yang dimaksudkan adalah seperti pergaulan sesama jiran tetangga, rakan sepejabat dan orang sekeliling.
5. Pandai mengurus kewangan
Ciri yang kelima adalah lelaki yang pandai mengurus kewangan. Ya, wang memang bukan segala-galanya. Namun kegagalan dalam mengurus wang dengan baik akan menjurus kepada kehancuran. Kehancuran yang dimaksudkan adalah seperti berlakunya perceraian dalam rumah tangga.
Kemampuan dalam mengurus wang atau kewangan dengan baik adalah kemampuan wajib yang mesti dimiliki oleh si suami. Baik hubungannya dengan wang bukan bererti seorang yang kaya raya. Si suami mestilah mampu mengendalikan wang dengan baik (dari segi pengeluaran dan perbelanjaan demi penggunaan masa hadapan)
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri ni bila dia masak, dia selebihnya tak fikir pon sedap atau tak. Tapi kebahagian dia untuk bagi suami rasa tu yang yang buat dia lebih excited. Bengah kongsi di akaun instagram miliknya, macamana nak tackle bila isteri tanya sedap tak masakan dia.
“Masakan mak dengan i mana lagi sedap?” . Ni macam soalan terakhir matematik yang susah nak dijawab dan dirungkaikan.. sebab soal sedap atau tak ni kalau mak mak dan isteri ni masak bergantung pada Mood Nak Memasak! . Bengah request kat Mak mertua nak makan kari.. Cik Bunge pulak offer nak masak gulai lemak. 2 masakkan ni memang hasil tangan Mak dalam dunia ni yang ada citarasa tersendiri.. berbalik soalan sedap ke tak sedap masakkan isteri tu… bersyukurlah atas nikmat yang diberi. Perkataan SEDAP tu boleh lahir dari rasa syukur keatas nikmatNYA.. . Dan isteri tanya lagi.. kali ni lebih extreme macam soalan 1 Juta! Who Wants To Be A Millionaire… masa tengah makan dia akan tengok.. suami dia tambah ke tak… ? . “SAYANG TAK NAK TAMBAH NASI KE?” . isteri semangat nak memasak untuk suami tu laa nikmat sedap bagi aku. kalau masakkan dia sedap? itu bonos nikmat! kesungguhan dia nak memasak tu yang jadikan penambah perisa sedap.. ? . Lelaki pon boleh masak la. kita lelaki la yang paling terer dalam masak memasak ni! Apa yang paling aku terer bab masak ni ialah.. fikir masak masak nak makan kat mana kalau isteri takde mood masak ? Kepci atau Roti canai pon ok? ON tak ON? hahaha.. . #AbangYangPenyayang #DahPutihPonPakaiBedak
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan kita akan berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kita akan menerima keluarga baru yang semestinya tidak sama dengan keluarga kita sendiri. Jika dengan ibu bapa kita, tentu mereka sudah faham dengan perangai kita. Tetapi berbeza dengan keluarga mentua. Mereka belum kenal diri kita sepenuhnya dan jangan lupa ditunjuk sikap buruk kita di hadapan mereka. Takut terkejut pula mereka nanti.
Untuk memiliki keberkatan dalam rumah tangga, redha ibu bapa dan mentua adalah penting. Jangan biarkan ibu bapa kita dan mentua kita terasa dan berkecil hati dengan sikap kita. Sedikit sebanyak, ia akan mengganggu keharmonian rumah tangga kita bersama pasangan.
Hormatilah ibu bapa mentua sama seperti kita menghormati ibu bapa kita. Redha mereka penting dan jika mereka senang hati, insyaAllah rezeki anda dan pasangan juga akan melimpah ruah. Ingat, berkahwin dengan anak mereka bermakna anda juga perlu berkahwin dengan keluarganya.
Kami kongsikan beberapa tip untuk membina hubungan yang baik dengan mentua.
1. Hormati Mentua
Mereka ibarat ibu bapa kita sendiri. Hormatilah mereka sebaiknya dan jangan sesekali cipta jurang dengan mereka. Layani mereka dengan adil. Bercakaplah dengan lembut dan sentiasa letakkan mereka di atas.
2. Sayangi Mentua
Sayangi mereka seperti anda sayangi diri anda sendiri. Jangan beza-bezakan mereka dan jangan sesekali membandingkan mereka. Setiap ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendidik anak-anak mereka.
3. Terima Teguran Mentua
Terima setiap teguran mereka dengan baik. Janganlah anda bertindak keras kepala dan melawan setiap teguran mereka. Anggap sahaja teguran mereka itu sebagai cara untuk memperbaiki diri anda ke arah yang lebih baik.
sekadar gambar hiasan
4. Sentiasa Mengalah
Janganlah bertengkar dengan mentua sendiri. Sentiasalah mengalah walaupun anda kurang setuju dengan pendapat mereka. Tak rugi jika anda mengalah asalkan hubungan anda dan mentua tidak terjejas.
5. Berdamai Dengan Diri Sendiri
Sentiasa bersangka baik dengan mentua anda dan tepis jauh-jauh segala prasangka buruk anda. Sentiasa berfikiran positif. Cipta suasana tenang dalam diri anda sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amalkan Doa Dari Surah Yusof Ini Kalau Nak Wajah Nampak Cantik Berseri & Awet Muda. Wanita dan kecantikan memang cukup sinonim. Dek kerana mahu kelihatan cantik wanita sanggup melakukan apa sahaja termasuk rawatan yang mengubah wajah.
Ada cara lain yang boleh dilakukan. Salah satunya adalah amalan doa yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bagi sesiapa yang ingin wajahnya sentiasa nampak cantik dan berseri boleh baca doa berikut:
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
(Maksud Surah Yusuf Ayat 4)
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang, matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Setelah membaca Surah Yusuf, lanjutkan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
“Dan Aku telah melimpahkan padamu kasih sayang yang datang dariku. Supaya kamu diasuh/dipelihara di bawah pengawasanku.”
Cara amalannya:
*Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
*Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Ketika membaca ayat ini, jangan membacanya tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca di hadapannya.
Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!