Mesti ada rakan-rakan kita yang dahulunya langsing tapi kini badannya semakin berisi bagaikan dipam-pam selepas mendirikan rumah tangga kan? Selalunya apabila ditanya, pasangan itu akan menjawab, “Biasalah… dah bahagia.” Tapi betul ke bahagia punca sebenarnya?
Coach yang dikenali dengan nama Syai Aizat ini menjawab kenapa lepas kahwin je gemuk. Fakta atau auta?
LEPAS KAHWIN JE MESTI ORANG GEMUK?
Selalu kita lihat orang naik berat badan selepas berkahwin. Kenapa jadi mcam tu? Adakah tu side effect kahwin?
.
Okay biar syai share sket. Sebenarnya kahwin tidak salah dan bukanlah penyebab anda naik berat badan dan ada yang kata mungkin kesan daripada “hubungan suami isteri” yang menyebabkan perempuan tu naik berat badan.
Sebenarnya ia adalah tidak benar. Cuba anda semak semula aktiviti anda seharian selepas kahwin. Apa perbezaan sebelum kahwin dan selepas kahwin?
Selalunya orang selepas kahwin dia akan ada satu cabaran baru ni iaitu:
1) Rasa bebas pemakanan selepas dah ada suami. Aku dah ada suami yeahh so masa ni aku nak makan segala-galanya sebab aku dah ada suami ? dulu takde suami kene la jaga body sket huhu
2) Selepas kahwin adalah satu perkara yang paling sweet bile
?makan sama sama?
Ya makan sama tu tak salah malah lebih bagus mengeratkan hubungan keluarga. Masalahnya sebelum suami balik rumah awak dah makan nasi 2 pinggan. Lepas suami balik awak makan lagi 2 pinggan
3) Makanan anak makanan mak, makanan mak makanan mak jugak.
Okay ni adalah satu lagi cabaran untuk sorang yang sudah berkeluarga. Sebab kebanyakan makanan anak tak habis so terpaksa la si ibu atau ayah habiskan pemakanan mereka.
So, kesimpulan kat sini yang saya cuba sampaikan adalah, apa yang menyebabkan anda naik berat badan selepas kahwin adalah akibat daripada pemakanan anda yang tidak betul bukan la side effect selepas kahwin. Sekiranya anda masih kekalkan habit menjaga kesihatan selepas kahwin anda pasti tidak akan naik berat badan.
Bahagia walau macam mana sekalipun, kalau gemuk sampai berpenyakit pun tak guna juga. Maka, jagalah kesihatan anda bersama-sama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI