Turun berat badan kemudian memiliki tubuh yang lebih langsing tentu sahaja menjadi keinginan sesiapa pun. Ada yang puas berusaha namun badan masih kekal berlemak di sana sini, mana salahnya mungkin tidak bijak memilih makanan dan menyusun diet dengan tepat.
Ternyata, ia membuatkan diri rasa down dan enggan berusaha. Akhirnya bersikap reda dengan bentuk badan sedia ada. Kebaikan menjaga tubuh badan bukan hanya untuk penampilan malah paling utama untuk kesihatan. Fahami apa yang terbaik untuk tubuh agar anda kekal sihat dan bertenaga.
Program diet Eat Clean (Makan Bersih) adalah mengenai makan makanan pada tahap yang paling semula jadi. Ini bermakna anda mengelakkan makanan yang diproses, makanan yang mempunyai banyak pengawet, makanan yang banyak gula dan makanan dengan tahap yang tinggi lemak jahat/kolesterol (sesetengah lemak tepu/semua lemak trans). Selain itu, anda juga perlu mengelakkan pengambilan makanan yang telah disuntik dengan dos bahan kimia.
Sebab utama anda perlu “makan bersih” adalah untuk meningkatkan kesihatan. Dengan mengelakkan bahan kimia, pengawet dan gula halus, anda berupaya untuk mengurangkannya, sekali gus menggelakkan pelbagai penyakit.
Bersama Coach Yatie Nadzli beliau kongsikan 40 menu program pemakanan sihat dan EAT CLEAN yang boleh anda ikuti. Jika lakukan dengan konsisten, pasti hasrat untuk kurus berjaya. Selamat mencuba!
EAT CLEAN adalah perkara yang paling penting dalam proses Turun Berat Badan. Tak guna bersenam bagai nak rak siang malam kalau makan “TIDAK CLEAN”.
80% kejayaaan turun berat adalah dari pemakanan dan dalam program coaching, saya fokus pada pemakanan sihat dan EAT CLEAN. Lidah kita ni sebenarnya boleh di reset semula.
FAHAMI APA ITU EAT CLEAN
✔ Makan whole food bukan proses food. Maksudnya makan ikan, bukan bebola ikan. makan nasi bukan bihun, mee.
✔ Tiada minyak, gula, sos dan serbuk perasa.
✔ Makan seimbang semua kumpulan dalam piramid makanan bukan makan protein sahaja.
✔ Makan 4-5x sehari ikut keperluan kalori badan.
JAUHKAN MAKANAN INI SEMASA PROGRAM EAT CLEAN
?? Semua makanan bergoreng
?? Pastry, kek, desert, biskut, coklat, aiskrim
?? Semua jenis air manis
?? Processed food nugget, hotdog
?? Fast food KFC, MCD, PIZZA
?? SEMUA jenis sos dan kicap
?? Kerepek, kekacang yang bersalut
IKLAN
EAT CLEAN bukan saja dapat membantu cepatkan proses turun berat badan tetapi membantu badan kita MEMBERSIHKAN diri dari HIGH FAT dan HIGH SUGAR food yang selama ini jadi makanan ruji kita.
EAT CLEAN MENGEMPISKAN PERUT!
Ya sangat betul! Selama ni puas buat senaman dan makan macam-macam ubat kurus untuk kempis perut tapi tak berkesan?
Semua berbalik pada makanan kita. Minuman kita.
Jangan mengeluh badan naik baju ketat kalau masih lagi mengendong air manis, mengunyah cekodok pisang, menyudu char kuew tiaw.
Buat perubahan pada menu makanan anda bermula hari ini. Jangan bertangguh lagi!
SENARAI MENU NASI CARA EAT CLEAN UNTUK 40 HARI
Menu mesti seimbang dan mengikut portion yang betul.Salmon grilled tanpa minyak, sayur rebus, nasi perang, sambal cili tanpa belacan.
IKLAN
Nasi kat pinggan lain. paling senang nak makan sayur, tak perlu masak.Ayam bakar dan ulam.Sup telur.Ikan rebus dan ulam. nasi kat pinggan sebelah.
Tips makan kat luar. Ambil ikan masak lemak tanpa kuah tanpa sambal belacan.
Sup ikan merah.Ikan jaket bakar.Sambal gesek salmon..Sambal gesek salmon.
IKLAN
Sambal gesel ikan kembung. Nanti saya share resipi. senang sangattt!Salmon grilled tanpa minyak.Sambal gesek lagi. Perghhh.Kerabu ayam.Ayam bakar dan terung bakar.Sup tauhu.
Makan Netflix, Tidur Netflix… kiranya semua Netflix. Pasti bukan penulis seorang sahaja yang sebegini, pasti ada beberapa pembaca turut layan Netflix.
Orang sekarang ramai layan Netflix sebab di sana ada pelbagai cerita yang menarik serta menyeronokkan boleh ditonton seisi keluarga, sahabat malah seorang diri juga. Cumanya bila terlalu banyak program, kita akan jadi keliru mahu menonton yang mana. Nak mudahkan semua peminat Netflix, ini ada beberapa cerita admin ingin recommend yang langsung tidak membosankan malah anda boleh tonton sampai habis.
Sky Castle
Baiklah jujurnya penulis agak picky dalam memilih sesuatu cerita, walaupun ianya trending dan menjadi bualan hangat. Tapi lain pula berlaku pada drama Korea bertajuk Sky Castle. Ada sebab Sky Castle mencapai kutipan tertinggi dalam sejarah drama Korea kerana jalan cerita sangat segar, pemilihan pelakon kekal mantap langsung tidak hambar. Bayangkan episod pertama sahaja sudah memberikan elemen kejutan yang membuatkan anda tidak sabar mahu menonton kesudahan. Tabik spring untuk soundtrack yang sedikit sebanyak menghidupkan plot drama ini.
Modern Family
Selain Friends, ini satu lagi sitkom yang boleh penulis ikut dari musim pertama sehingga seterusnya. Jika anda mahu berjinak dalam bahasa Inggeris, this is for you! Dialog yang ringkas serta mudah difahami sangat berbaloi untuk anda pelajari. Bab lakonan juga tak perlu dipertikaikan kerana setiap karakter sangat hidup dan keserasian juga tampak semulajadi. Memang worth it!
Delhi Crime
Kenapa penulis suka Delhi Crime? Anda tahu skandal rogol berkumpulan melibatkan remaja perempuan dan lelaki dalam sebuah bas yang pernah kecoh di India suatu masa dahulu? Drama ini berdasarkan kisah tersebut. Walau permulaannya agak perlahan dengan sinematografi yang gelap tapi setiap babak berbaloi untuk ditonton dan berkait rapat. Bagaimana pihak polis, detektif dan orang awam berkerjasama mendapatkan bukti, sangat suspen dan keterlaluan. Dalam drama ini, anda langsung tidak nampak aktor yang kacak, cantik, pemandangan indah tapi yang ada hanyalah bandar New Delhi yang kotor, padat dan sesak dengan manusia.
Alias Grace
Sangat underrated tapi jalan cerita sangat genius, tak dijangka, suspen dan penuh tanda tanya, sehingga ke penghujungnya. Sampaikan kita tertanya “dia pembunuhnya ke”, “apa yang berlaku sebenarnya”, “dia ada masalah gangguan jiwa” dan bermacam lagi soalan bermain di minda yang menjadi tanda tanya yang tidak pengarah jelaskan. Satu lagi yang membuatkan penulis tak berganjak kerana pelakon utama menjayakan watak dengan sangat baik dan jelas – bonus dia sangat cantik, tak jemu dipandang. Anda kena tonton untuk tahu apa penulis maksudkan.
Bates Motel
Suspen, sensual, creepy, itu yang dapat digambarkan bila menonton siri Bates Motel. Vera Farmiga dan Freddie Highmore membawa watak ibu dan anak dengan sangat sempurna sekali, keserasian yang berkesan dan hidup cukup membuatkan penulis tak berganjak menontonnya. Drama mengisahkan Norman Bates dan ibunya berpindah jauh dan membuka sebuah motel yang diberi nama Bates Motel selepas insiden ngeri menimpa bapanya. Tetapi keadaan mental Norman yang tidak baik menjadikan hubungan ibu anak ini dilanda badai.
13 Reasons Why
Ya, drama kontroversi yang menjadi bualan ramai sebaik sahaja ditayangkan di Netflix. Mengetengahkan isu terkini seperti masalah buli dikalangan remaja sehingga membawa kepada perbuatan bunuh diri. Siri ini berkisarkan tentang kehidupan seorang pelajar sekolah tinggi, Clay Jensen dan rakannya Hannah Baker, yang telah membunuh diri selepas melalui siri keadaan yang tidak menyenangkan oleh beberapa individu di sekolahnya. Satu kotak yang dipenuhi dengan pita kaset yang dirakamkan oleh Hannah sebelum membunuh diri menceritakan 13 sebab mengapa dia menamatkan hayatnya.
The Crown
Drama yang bertemakan sejarah memang penulis cukup suka. The Crown salah satunya. Jalan cerita yang padat, sinematografi memukau mata, fesyen yang bergaya serta lakonan setiap aktor dan aktres patut dipuji. Siri ini benar-benar memberi gambaran terperinci tentang sejarah kerajaan Inggeris ketika era Ratu Elizabeth II, konflik di dalam kerajaan sendiri, konflik Elizabeth dan adiknya Margaret, konflik bersama suaminya Philips serta pelbagai lagi digarap cukup elegan. Menonton The Crown memberi penulis dua kelebihan, selain dapat menikmati siri drama berkualiti yang menghiburkan, penulis juga dapat mempelajari sejarah dengan cara yang menyeronokkan dan penuh pengisian.
Gilmore Girls: A Year in the Life
Siapa pengikut setia siri popular Gilmore Girls? Sebelum kedatangan Netflix, penulis terlebih dahulu sudah menonton siri di kaca televisyen sekitar awal 2000. Hubungan anak dan ibu antara Lorelai dan Rory Gilmore memang mencuit hati dan dekat di hati. Bila mereka bertelagah atas perkara kecil, penulis ikut sama emosi. Kini selepas bertahun lamanya, mereka muncul dengan sekuel Gilmore Girls: A Year in the Life yang menceritakan kehidupan Lorelai bersama Scott, Rory hidup terumbang-ambing dan menjadi kekasih gelap – ya sesuatu yang tidak dijangka dan tekanan melihat perkembangan wataknya serta banyak lagi yang berlaku di Stars Hollow.
Good Morning Call
Drama negara Jepun yang comel dan mencuit hati kerana gelagat watak utamanya, remaja perempuan sekolah menengah. Nao hidup bersendirian jauh daripada keluarga tetapi terpaksa berkongsi dengan rakan sebilik seorang lelaki yang menjelikkan. Mereka sangat membenci satu sama lain sehinggalah Nao sedari dia mempunyai perasaan aneh terhadap lelaki bernama Uehara tetapi lelaki tersebut menyukai kakak iparnya. Walau jalan cerita ringkas tetapi setiap babak ada sahaja momen kelakar yang cukup menghiburkan, memang best dan tak bosan.
Kingdom
Drama zombi tetapi berbezanya ialah latar masa ketika zaman Joseon. Episod satu sahaja Kingdom sudah memberikan impak kepada penonton, dengan kejutan kepada kewujudan makhluk aneh yang membuatkan kita tertanya-tanya, itu yang membuatkan penulis tidak berganjak. Plot drama ini kuat membentangkan elemen persahabatan serta hasad dengki yang membawa kepada dendam antara satu sama lain.
You
Melihat poster sahaja penulis sudah teruja kerana menampilkan Dan Humphrey dari Gossip Girl. Tapi siapa sangka dalam You, Penn Badgley tampil sisi berbeza sebagai lelaki psiko yang menakutkan, yang obses dan miliki kisah hitam. Jalan cerita You cukup gerun dan realistik, kita tidak sangka ada individu sebegini yang sanggup melakukan sapa sahaja demi memiliki ‘barang’ idamannya. Siri ini juga membuatkan kita lebih berhati-hati bila di media sosial.. siapa sangkakan!
Stranger Things
Siapa saja yang tidak menonton siri ini? Mengetengahkan latar masa era 80-an, siri ini menjadikan filem seram sci-fi 80-an sebagai rujukan, anda dapat lihat pengaruh dari karya John Carpenter, Steven Spielberg, dan juga Stephen King. Selain jalan cerita mantap, yang penulis suka adalah setiap pelakon memainkan watak dengan penuh kesungguhan, cara mereka berinteraksi menunjukkan keserasian semulajadi baik pelakon senior mahupun junior. Watak-wataknya sangat asli, relatable, kelakar dan mantap, tiada satu yang membosankan. Tampil dengan musim ketiga, siapa yang masih belum menontonnya, anda kena tonton!
Selain itu, gadis ini turut berkongsi senarai cerita best yang boleh ditonton sepanjang 2 minggu ini.
Kahiwn senang je asalkan dah cukup duit. Tapi yang lebih penting, kahwin kena ada restu dari mak ayah. Malah, kena kenal juga mak ayah pasangan dan pasangan yang ingin dikahwini tu. Ada 5 perkara penting perlu anda tahu sebelum berkahwin.
1. Itu pentingnya sebelum kahwin orang perempuan kena ajak bakal suami berbual² tentang benda ni. Tanya dia pandai masak ke tidak, boleh buat kerja2 rumah ke. Tanya pendapat dia tentang tugas² seorang suami dan isteri.
2. Bakal mak mertua pak mertua kena jugak tanya bakal menantu lelaki ” tau memasak? Tau mengemas? Biasa cuci pinggan lepas makan?”
3. Orang lelaki kalau kahwin sebab nak ada orang boleh masak, boleh basuh baju, baik kau ubah semua tu cepat² kalau kau sayang rumahtangga kau.
Kalau ego dan rasa kau tetap betul, bersedialah untuk kau rasa apa itu kehilangan. Dan lepas ni jangan nak kahwin dan ulang kesilapan lama sampai sorang lagi perempuan tersiksa.
4. Si isteri, ini time kau kena tunjuk keras kepala kau. Kau tak boleh dah nak merajuk masam muka, nak menangis, nak bunuh diri bagai. Ni masanya kau kena sayang diri kau lebih..
Buat apa kau menahan segalanya tapi akhir² nya tetap kau makan hati. Kau ada anak. Kalau kau sakit mental ke, mati ke, anak kau yang tersiksa. Laki kau comfirm2 tak kan tungu kau pun. Bila kau letih sampai nak bunuh diri pun dia tak peduli, ni kan pulak kalau kau sakit.
5. Nampak isteri macam dah tahap stress teruk sebab dah tahap cederakan diri sendiri. Ahli keluarga patut sesekali tanya keadaan rumahtangga adik, kakak atau anak . Sebab ada perempuan yang malu nak cerita hal² rumahtangga pada ahli keluarga.
Tidak kira lelaki atau wanita, kedua-duanya pernah berbohong dan dibohongi. Tetapi paling sakit hati sekiranya pasangan anda kerap memberi alasan sehingga anda merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan. Bagi mengetahui sama ada pasangan anda terutamanya lelaki sedang berbohong atau bercakap jujur ada cara untuk menentukannya. Sebenarnya air muka dan gerakan badan seorang lelaki itu boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak.
.
Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong. Jadi wanita di luar sana usah risau, lelaki yang berbohong dapat dilihat daripada tanda-tanda berikut
MENYENTUH HIDUNG
Apabila seorang itu berbohong tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah meneybabkan ia membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi apabila si dia bercakap engan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang disembunyikan.
MENUTUP MULUT.
Terdapat sesetengah orang menutup mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi susah dididik untuk tidka berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
GAGAP.
Apabila seseorang yang bercakap lancar tib-tiba menjadi gagap sehingga setiap bait kata-kata yang keluar daripad amulutnya tersekat-sekat itu merupakan tanda-tanda dia sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apap petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya kemungkinan lelaki tersebut bterbohong. Jadi jika ada bertanya pada teman lelaki atau suami anda dan si dia gagap untuk menjawabnya maka ada tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.
.
PERGERAKKAN MATA.
Orang yang berbohong akan cuba menyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu sekirnaya kelipan mata berkurangan daripada kadar biasa ini, ini mungkin tanda berbohong.
Sebaliknya ada juga keadaan di mana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkelip dengan banyaknya ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.
LENGAH MEMBERI JAWAPAN.
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama berdehem dan batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.
RESAH.
Orang yang berdusta kerap gelisah dan menguba-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dlaam kedaaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Ini nasihat buat bakal pengantin, untuk membina bahagia itu tidak mudah dan manis seperti dalam dram Tv. Ada masa pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang tak pernah terfikir dek akal.