Cuba Petua Wanita Ini Atasi Pori-Pori Wajah Terbuka Hanya Dengan 3 Bahan Mudah!

Share

Pasti ramai yang ada masalah pori-pori wajah terbuka luas akibat jerawat kan? Jika terbuka luas ia akan menampakkan wajah yang tidak sempurna.

Lebih teruk lagi jika miliki pori-pori wajah yang luas umpama kulit limau. Liang pori yang terbuka luas boleh menyebabkan kulit wajah cepat nampak tua, kusam dan tidak bermaya.

Untuk cara yang lebih jimat dan mudah, anda boleh cuba petua yang dikongsikan Mem Myrah ni. Moga pori-pori yang terbuka luas tiu akan semakin mengecil dan menjadikan kulit wajah anda lebih gebu.

Pori terbuka susah nak nampak kulit flawless dan glowing. Kadang2 nampak macam kulit muka berlubang. Selalunya terjadi dekat area pipi, dagu dan hidung. Banyak faktor pori terbuka ni salah satunya disebabkan malas cuci kulit muka. Ini punca utama kotoran akan melekat dan tersumbat seterusnya liang roma menjadi lebih besar. Tapi jangan risau, jangan stress, jom ikut #tipscantikmyfa ni. Guna bahan didapur je awakkkk! .

Bahan : pisang, yogurt dan madu asli.

1. Haluskan semua bahan dan kacau rata sehingga campur rata.
2. Sapu masker pada wajah. Fokuskan pada kawasan pori terbuka.
3. Tunggu sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan berkesan.

Ketiga-tiga bahan ni banyak sgt manfaat untuk kulit muka. Lepas buat masker ni, jangan lupa apply Argan oil n honey bee macam biasa sebelum tidur. Lepas ni bolehlah keluar rumah tanpa makeup tebal untuk tutup pori ituww.

IKLAN