Orang perempuan dan make up memang tidak boleh dipisahkan. Ada yang kadang-kadang sampai tertido dalam keadaan masih bermake up. Itu yang akan buat kulit jadi teruk dan bakteria akan muncul.
Sebab tu sebelum tidur, pastikan kulit kita terjaga. Bukan masa celik mata je jaga kulit, masa tidur pun perlu juga. Jom perhatikan beberapa perkara dibawah sebelum anda tidur.
1. Bersihkan wajah dari segala make up dan kotoran
Makeup mempunyai bahan yg bahaya, jadi sangat tak sesuai utk terus dibawa tidur. Sebelum tidur, makesure kulit bersih dari segala kotoran & makeup.
2. Rajin ganti sarung bantal
Semasa tidur, sisa makeup yg tidak dibersihkan atau kotoran di rambut boleh melekat di bantal dan menjadi sarang bagi kuman. Sarung bantal mesti diganti sekurangnya seminggu sekali agar kotoran & kuman tidak menggangu kecantikan kulit wajah.
3. Minum air putih sebelum tidur
Kelebihan minum air putih sgt banyak. Air putih boleh meneutralkan garam dan zat-zat tak berguna dari dalam tubuh badan kita, sgt bagus utk kesihatan badan & kulit muka.
4. Tidur mesti cukup dan berkualiti
Jika rehat cukup, dapat menghindari kulit kedut dan kusam. Selain itu, tidur dengan lampu yang dimatikan sangat disarankan kerana boleh mengganggu kesihatan mata dan merangsang hormon regenerasi sel tubuh untuk terus bekerja.
5. Cuci muka sebelum tidur
Akhir sekali sebelum tidur, cucilah muka dengan sabun atau Bedak Sejuk, sebagai terapi bedak sejuk cara moden. Cara ni sangat mudah utk dapatkan kulit yg cantik !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI